Baixar aplicativo
2.72% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 21: Saya Tak Akan Ke Mana-mana

Capítulo 21: Saya Tak Akan Ke Mana-mana

Editor: EndlessFantasy Translation

Sesudah Nightingale selesai bercerita, kamar itu kembali sunyi dan hanya bunyi api bergemeretak yang memecah kesunyian.

Riak wajah Roland begitu serius kerana akhirnya dia faham sifat ahli sihir yang sebenar.

Kebanyakan ahli sihir dibangkitkan semasa Bulan Kunjungan Iblis dan pada hari itulah Gerbang Neraka akan dibuka. Biasanya waktu baligh ahli sihir adalah titik penentuannya. Jika seseorang gadis masih belum dibangkitkan menjadi ahli sihir menjelang hari jadinya yang ke-18, kemungkinan besar dia tak akan menjadi ahli sihir langsung. Tetapi gadis yang dibangkitkan sebelum hari jadinya yang ke-18 terpaksa mengharungi seksaan Azab Syaitan pada hari kebangkitan pada setiap tahun selepas itu.

Kalau mengikut cerita Nightingale, kesakitannya memang tidak tertahan oleh manusia biasa. Bila dia mula bercerita tentang ini, suaranya tiba-tiba bergetar. Mengikut pengalaman peribadi dia, kesakitan itu adalah umpama sesuatu mahu melepaskan diri daripada tubuh kita. Setiap urat darah dan otot kita terasa seperti disiat-siat. Salur darah kita akan pecah dan cebisannya terperangkap bawah permukaan kulit dan bebola mata kita akan tersembul…

Jika kita selamat sekalipun, tubuh kita yang lemah memerlukan empat ke lima hari untuk pulih. Kalau mereka tak mati akibat azab itu, selalunya mereka akan mati semasa fasa pemulihan ini.

Nightingale telah menyaksikan begitu ramai saudara-saudaranya mati di depan mata. Tubuh mereka terlalu lemah untuk menampung kuasa yang begitu luar biasa dan akhirnya hancur lumat menjadi gumpalan daging berlumurah darah. Cebisan organ dalaman dan ketulan darah beku akan bersembur keluar dari setiap rongga tubuh dan udara akan bertukar merah kehitam-hitaman di sekelilingnya. Darah tidak akan berhenti memancut keluar sehingga tubuh mereka jadi kering-kontang.

Sebab itulah ahli sihir dikatakan sebagai jelmaan syaitan.

Orang biasa yang melihatnya tentu akan merasa ketakutan yang amat sangat tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku sebenarnya. Gereja Inggeris pula memburukkan keadaan dengan mendakwa inilah nasib yang menimpa syaitan di neraka. Lama-kelamaan, ahli sihir terus dianggap tak jauh beza daripada syaitan.

Tidak kira apa sebab sebenarnya, azab ini memang dahsyat dan sering menjadi punca jangka hayat ahli sihir selalunya singkat. Semakin lama, semakin kurang ahli sihir yang berjaya mengharungi ini jadi kebanyakan mereka lebih sanggup membunuh diri.

Sekiranya Azab Syaitan ini berlaku serentak dengan masa baligh seseorang ahli sihir pada usia 18 tahun, ia akan menjadi azab yang paling sukar untuk dilalui. Sebelum baligh, kuasa sihir mereka masih belum stabil. Selepas kuasa sihir mereka stabil sebaik sahaja mencecah usia baligh, ia akan turut meningkat dan mungkin akan muncul kuasa khusus yang lain.

Malangnya proses penstabilan ini sangat menyakitkan. Kuasa sihir yang bergelojak dalam diri mereka tidak tertahan oleh manusia biasa dan ramai ahli sihir selalunya mati pada hari ini.

Selepas mendengar penjelasan Nightingale, Roland terdiam untuk masa yang lama. Selepas itu dia berbisik perlahan, "Menurut kitab purba, ahli sihir perlu pergi ke Pergunungan Suci untuk mendapat ketenangan abadi dan agar mereka selamat daripada Azab Syaitan itu. Ini betul?"

"Tiada siapa tahu. Pergunungan Suci hanya disebut dalam mitos dan legenda sahaja. Tapi kalau saya boleh bawa Anna dan Nana ke kampung Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir, mereka ada kebarangkalian lebih tinggi untuk selamat. Di sana, mereka tak perlu menyembunyikan diri sendiri dan boleh hidup dengan bebas. Mereka tak perlu lagi menderita seperti nenek-moyang mereka dahulu."

Roland serba salah kerana Anna dan Nana memainkan peranan penting dalam rancangannya, tetapi dia tidak sanggup membiarkan mereka menderita hanya untuk kepentingan dirinya saja. "Bilik Anna ada di bawah. Beta akan panggil dia dan kalau dia mahu ikut awak, Beta akan benarkan dia pergi. Tapi Beta akan jumpa Nana esok," katanya lemah.

"Terima kasih kerana memahami, nampaknya Patik memang tidak silap mempercayai Tuanku," kata Nightingale seraya bangun dan tunduk untuk memberi hormat pada si putera itu.

Pada waktu itu, Anna masih belum tidur dan semasa Roland pergi ke biliknya, dia sedang duduk di meja dan menulis sesuatu. Dia terkejut bila Roland datang ke biliknya. Bila Roland meminta dia untuk mengikut dia ke kamar diraja, Anna terus bangun dan mengikut tanpa banyak soal.

Bila Anna melihat ada orang lain dalam kamar diraja itu, dia tersentak. Roland memimpin tangannya untuk mendekati Nightingale dan memperkenalkan kedua-dua wanita itu. Selepas itu, mereka bertiga duduk di sebuah meja bulat. Nightingale mengulangi semula permintaan dia tadi. "Jadi di kampung itu, ada ramai lagi orang macam awak dan mereka akan jadi saudara-saudara awak."

"Ya. Begitulah, Cik Anna. Walaupun Beta sudah menandatangani kontrak kerja dengan awak, sekiranya keadaan ini boleh mengancam nyawa awak, Beta akan menghormati keputusan awak. Jika awak mahu…"

"Patik tak mahu pergi."

Roland tergamam. "Apa… apa awak kata?"

"Patik kata Patik tak mahu pergi." Anna menjawab pantas. "Patik nak duduk di sini."

"Anna, saya bukan cakap main-main." Dahi Nightingale berkerut. "Saya dapat rasa tahap kuasa dalam tubuh awak sudah semakin mencecah paras yang tertinggi. Saya ramalkan awak akan baligh dua bulan selepas bermulanya Bulan Kunjungan Iblis. Semakin awal awak bersama kami, semakin tinggi kebarangkalian awak untuk selamat."

Anna tidak mengendahkan kata-kata Nightingale tapi sebaliknya, dia berpusing untuk bercakap pada Roland.

"Tuanku, Tuanku masih ingat bila Tuanku tanya sama ada Patik mahu kembali ke sekolah Cikgu Karl bersama Nana dan belajar bersama budak-budak lain?"

Roland mengangguk.

"Pada masa itu, Patik tidak jawab soalan Tuanku. Tapi apa yang Tuanku kata selepas itu… Patik sudah tidak ada keinginan untuk hidup seperti manusia biasa." Anna bercakap lancar tanpa teragak-agak. "Patik hanya ingin berada di samping Tuanku, itu sahaja yang Patik mahukan."

Sebelum ini Roland menyangka dia sudah memahami fikiran Anna tetapi nampaknya semua sangkaan dia telah melayang ke luar tingkap.

Matanya tidak menunjukkan sebarang emosi. Tiada kasih sayang, tiada kesetiaan, tiada ada-apa pun. Hanya ketenangan yang kosong tanpa sebarang perasaan.

Dia masih ingat lagi kali pertama mereka bertemu. Pada masa itu, matanya juga kelihatan setenang ini.

Cuma bezanya kali ini wajahnya bukan muka cengkung mahukan kematian tetapi wajah yang penuh semangat untuk hidup. Dia masih tidak takut mati, tetapi dia juga bukan sedang menunggu maut.

"Azab Syaitan itu tak akan membunuh saya," kata Anna, "Dan saya pasti dapat mengharunginya."

Nightingale memejamkan matanya dan menghela nafas dengan dalam. "Baiklah, saya faham."

"Jadi awak tak akan ganggu kami lagi?" tanya Roland.

"Tidak, Patik akan tinggal di sini," dia berkata seraya bangun dan menyarungkan kembali kerudung kepalanya. "Kumpulan kami tak boleh bergerak pun selagi Bulan Kunjungan Iblis belum tamat."

"Tapi kenapa?" Roland terkejut. Tak akan Nightingale mahu duduk sini dan memerhatikan mereka sepanjang musim sejuk ini?

"Patik rasa ahli-ahli sihir muda yang belum matang masih tidak faham betapa bahayanya proses ini. Patik sendiri pernah bertarung dengan maut dan menyaksikan kematian ramai saudara-saudara Patik. Bila hari itu tiba kelak, Patik mahu membantu dia. Kalau…" Nightingale mengangkat bahunya. "Kalau dia terkorban pun, Patik ada pengalaman untuk mengurus pengebumiannya."

Dia melangkah ke pintu dan menarik pisaunya yang tertembus di pintu tadi. Sekali lagi dia tunduk hormat depan Roland. "Patik mohon diri terlebih dahulu," dia berkata dan perlahan-lahan tubuhnya hilang ditelan malam. Pergerakannya tidak mengganggu asap kabus pun.

'Adakah ini kebolehan Nightingale?' Roland berfikir dalam hati. 'Suaranya dan pergerakannya yang licik menyelinap sudah menunjukkan dia ada bakat jadi pembunuh upahan. Melihat cara dia membaling pisau itu, nampaknya dia juga terlatih dalam seni tempur. Adakah Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir turut melatih ahli-ahli mereka dalam seni tempur? Atau adakah ini hidup lamanya sebelum dia menyertai Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir?'

Tidak banyak yang Roland ketahui tentang kumpulan itu dan Cheng Yan juga tidak menemui apa-apa maklumat berguna dalam memori Roland yang asal. Namun dia meramalkan mereka tentu akan berentap satu hari nanti selagi Roland masih meneruskan pencarian ahli sihir.

"Sudah lewat malam. Pergi balik bilik awak," Roland kata sambil menepuk lembut kepala gadis itu.

Roland tersentak bila Anna menolak tangannya dan pergi tanpa sepatah kata lagi.

Sebaik sahaja Anna tiba ke biliknya, dia menutup pintu dan dia tercegat dalam kesuraman biliknya. Perlahan-lahan dia bersandar pada pintu biliknya dan matanya yang tenang tadi kini bergenang dengan air mata.

Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya ke hadapan muka seperti ingin menadah tangan untuk berdoa. Dia membisikkan satu perkataan yang hanya boleh ditangkap oleh telinganya sahaja.

"Bodoh."


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C21
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login