"Awak?" Kedengaran Zhang Xuan mencelah, semua orang terpegun sejenak.
Mereka semua melihatnya seperti sedang melihat seorang dungu.
"Uhuk uhuk!" Tidak tahan dengan suasana janggal yang hanyut di udara, Wu Shi batuk dengan kuat sebelum meneruskan, "Pengetua Zhang, saya tahu bakat Pengetua memang unggul dan Pengetua juga ada pemahaman unik tentang pertapaan. Tetapi… Santo Cakerawala ini bukanlah sesuatu yang boleh dikecapi oleh sembarangan orang. Malah, boleh dikatakan mustahil bagi sesiapa sahaja untuk berjaya!"