Peningkatan tahap pertapaan Ni Yan adalah luar dari jangkaan semua orang.
Dia bagaikan menunggang roket ke langit. Semua orang tidak bersuara dan berasa dengki.
Berbanding dengan yang lain-lain yang telah bertapa selama berpuluh-puluh tahun, tidak ada yang dapat mengalahkan pertapaan wanita ini yang telah meningkat dalam satu nafas... Apabila manusia dibandingkan dengan manusia, itu memang tidak adil.
Sebaliknya, Ni Yan tidak mempunyai perasaan yang istimewa. Mungkin kerana tahap pertapaannya telah meningkat dengan begitu cepat membuatkan dia tidak terkejut bahkan tidak berasa apa-apa.
Oleh kerana tahap pertapaannya meningkat dengan banyak, dia rasa lebih yakin dalam menangani si celaka yang menyerangnya.
Walaupun Bu Fang terkejut, dia tidak iri hati. Tidak kira apa, dengan adanya sistem itu, tahap pertapaannya meningkat tidak kurang daripada Ni Yan.