Apabila mengetahui tema ujian ini ialah masakan, Luo Li mengeluh di dalam hati.
Bukan kerana dia tidak tahu bagaimana memasak, tetapi lebih kepada tidak gemar memasak... Walaupun dia kini merupakan antara pakar terbaik di Bandar Shura Purba, namun dia bukan berasal daripada keluarga berada.
Semasa muda, Luo Li membesar dalam keluarga petani yang miskin. Hal ini berbeza dengan Santa Shura yang dilahirkan dengan kemewahan. Semasa dia dilahirkan, gugusan bintang berkumpul, yang menandakan dia akan mempunyai masa depan yang cerah.
Luo Li, bagaimanapun, berjaya sampai ke tahap sekarang hasil titik peluh dan keringatnya. Dia telah banyak berkorban supaya dia tidak berada di takuk yang sama.
Tetapi, memori zaman kanak-kanaknya adalah paling sukar dilupakan. Memasak merupakan memori lama di mindanya.
Pada ketika itu, dia berkerja di sebuah restoran...