Apa yang Tauke Bu cuba lakukan?
Orang ramai menjadi bingung... Jika Tauke Bu ingin memasak Sup Buddha Melompat atas Tembok, bukankah dia tidak perlukan tepung?
Kehadiran tepung di situ agak pelik...
Orang ramai tidak faham dan tidak dapat meneka gerak-geri Bu Fang.
Air telah mendidih di dalam Kuali Buruj Penyu Hitam. Wap pekat keluar daripada kuali itu, menyebabkan Tauke Bu ditutupi dengan lapisan wap tersebut.
Bu Fang mencurahkan tepung dari kuali, meletakkan Si Udang ke dalamnya dan membiarkan udang itu terlompat-lompat.
Mahkluk kecil ini seperti tidak suka akan tepung. Badan asal udang yang bersinar keemasan itu menjadi putih dalam sekelip mata.
Cuma kedua-dua mata Si Udang yang tidak henti-henti berpusing sahaja yang belum ditutupi.