Selepas kuali itu menghempap ketua puak orang ular itu sehingga mati, aura Bu Fang yang sudah dianggap kuat itu tiba-tiba menjadi lagi kuat. Kuali Buruj Kura-kura Hitam itu terapung di atas telapak tangan Bu Fang apabila dia melihat orang di sekelilingnya dengan ekspresi yang dingin.
"Saya tak sangka Bu Fang sangat bongkak orangnya. Ketua puak tu tegur saja, tapi Bu Fang telah hancurkan dia sampai menjadi pes daging. Dia sangat panas baran macam Tuan Segala Anjing ni."
Yu Feng telah lama memancarkan ekspresi yang hodoh di wajahnya dan ketua-ketua puak orang ular yang berada di belakangnya naik berang dan melihat Bu Fang dengan geram.
Bu Fang telah membunuh orang sesuku mereka di hadapan mereka semua dengan tidak disangka-sangka. Bukan itu sahaja, dia telah membunuh seorang Santo Pertempuran kelas ketujuh. Ini menunjukkan yang dia memandang rendah terhadap puak mereka.