Suasana pada waktu malam di Gunung Beratus Ribu sangat sunyi-sepi. Apabila seseorang itu berjalan di atas jalan yang berliku-liku di situ, kesejukan yang menusuk hingga ke tulang dapat dirasai.
Sebaik sahaja seseorang itu melangkah masuk ke dalam kawasan pergunungan itu, suasana di situ berubah dalam sekelip mata.
Runutnya yang sempit dan diselaputi dengan dedaun itu membuatkan kawasan itu berbau unik. Baunya masam seakan-akan wain yang beraroma matang dan pekat.
Di dalam kesunyian itu, bunyi serangga bertambah kuat seperti sebuah simfoni apabila serangga-serangga ni mengeluarkan bunyi pada masa yang sama.
Kerap-kerup!
Ketika Bu Fang memijak dedaun yang menyelaputi runut di situ, dia rasa seperti dia memijak lapisan kapas yang lembut dan dia tidak sangka sensasi itu wujud di kawasan yang mempunyai rupa bumi yang teruk seperti itu.