Saat lelaki pertengahan umur itu mengatakan sedemikian, kebanyakan daripada askar-askar di situ mula tertawa. Gelak tawa mereka yang tidak henti itu bergema di seluruh berek dan penuh dengan ejekan.
Ramai di antara mereka yang memandang Bu Fang dengan wajah bersimpati kerana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama sebelum ini. Mereka semua sangka bila sudah menyertai Unit Tentera Tukang Masak, mereka hanya perlu memasak. Rupa-rupanya, mereka perlu ada kelayakan untuk memasak juga.
Lelaki pertengahan umur ini merupakan Kapten Unit Tentera Tukang Masak, iaitu Wei Dafu. Kebolehan memasaknya sangat hebat dan rasa masakannya begitu enak. Dia sangat tegas dalam menilai hidangan. Selalunya, ramai orang yang dimarahinya sehingga mereka mula meragui hidup mereka sendiri. Sebelum ini, semasa mereka baru sahaja menyertai berek itu, mereka semua telah diperlekehkan oleh lelaki pertengahan umur itu.