Naga Melimpah Tanah Belantara itu menjadi kaku apabila bebola matanya yang besar itu terpaku pada anjing hitam yang sedang berdiri di hadapannya. Di hadapan naga yang besar ini, anjing hitam itu kelihatan seperti seekor lalat sahaja. Mata naga itu pun lebih besar daripada anjing hitam itu.
Aum!!
Naga itu menyeringaikan gigi tajamnya apabila naga itu mengaum. Asap putih juga dihembuskan keluar daripada lubang hidungnya dan satu aura yang mengerikan terpancar dari badannya. Apabila Naga Melimpah itu melebarkan sayapnya yang bersisik itu untuk terbang ke udara, pergerakan sayap naga itu menyebabkan angin di sekitar kawasan itu bertiup kencang. Kibasan sayapnya sangat kuat sehingga boleh menghancurkan anjing hitam yang kecil itu. Walaupun Naga Melimpah itu mengibas-ngibaskan sayapnya dengan kuat, tetapi naga itu tidak boleh gerak seinci pun dari tempatnya. Si Hitam hanya terpacak berdiri di tempatnya seperti sebuah gunung yang mana puncaknya mencecah syurgawi di langit.