Baixar aplicativo
5.86% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 56: Jangan Senyum... Saya Mungkin Halau Kamu

Capítulo 56: Jangan Senyum... Saya Mungkin Halau Kamu

Editor: EndlessFantasy Translation

Darah mengalir dari tepi mulut Xiao Yue dan wajahnya yang tampan telah bertukar menjadi agak mengerikan. Bagaimanapun, dia masih memaksa dirinya untuk senyum apabila dia melihat Bu Fang.

"Tauke Bu, ada orang buat kacau di kedai... Adakah Tauke Bu akan campur tangan?"

Hun Qianduan yang wajahnya putih seperti sehelai kertas memandang ke arah Xiao Yue seolah-olah dia melihat seorang gila sambil berkata dalam hatinya, 'Dia ni... Adakah dia cedera di kepala? Apa yang dia mengarut ini? Ada dua Santo Pertempuran kelas ketujuh di luar! Apa yang dia cuba lakukan dengan meminta bantuan daripada pemilik kedai ini?'

"Kau ini sudah gilakah?! Kof... Lelaki ini hanyalah seorang Maniak Pertempuran. Kau benar-benar rasa dia boleh bantu kita?" kata Hun Qianduan sambil batuk darah dan menggelengkan kepalanya.

Kali ini, sembilan sekta besar telah mengalami kerugian yang amat besar. Sekurang-kurangnya separuh daripada ahli mereka terbunuh semasa operasi menyelamat itu. Mereka tidak jangka Ji Changfeng begitu ganas!

"Diam! Jika orang bawahan kau yang tak berguna itu tidak mendedahkan identitinya terlebih dahulu... adakah keputusan operasi ini akan menjadi seperti ini? Sekta Jiwa kau akan bertanggungjawab atas kegagalan operasi ini!" Xiao Yue menjadi dingin apabila dia menjeling ke arah Hun Qianduan. "Sekarang, aku tidak mahu bergaduh dengan kau. Kalau kau mahu terus hidup, tolong diam. Kedai ini tidak semudah yang kau fikirkan!"

"Engkau!"

Hun Qianduan begitu marah sehingga kecederaan di dadanya mula sakit. Dia tidak dapat menahan kesakitannya dan membatukkan darah sekali lagi. Dia terus menarik keluar eliksir-eliksir daripada dadanya dan menyumbat eliksir-eliksir itu ke dalam mulutnya.

Xiao Yue berpaling ke belakang dan melihat Bu Fang dengan harapan. Dia tahu satu-satunya peluang untuk dia terus hidup ialah dengan bergantung kepada Bu Fang.

Bu Fang berlingkar di atas kerusi. Dengan cahaya matahari yang bersinar pada mukanya, dia kelihatan seperti seorang yang kudus.

Ouyang Xiaoyi naik berang apabila dia bersembunyi di belakang Bu Fang dan merenung ke arah Xiao Yue dengan tajam. Dia berkata dalam hatinya, 'Orang jahat ini... Berani dia angkat saya! Dia juga mengugut akan bunuh saya! Memang tak boleh dimaafkan!'

Bu Fang memandang Xiao Yue tanpa sebarang emosi sementara Xiao Yue dengan tenang menoleh ke arahnya.

Akhirnya, Xiao Yue tidak tahan dengan renungan Bu Fang yang tidak berperasaan itu. Hatinya berdegup kencang dan dia terpaksa menoleh kepalanya ke arah lain.

Bu Fang mengangguk puas hati dan terdetik dalam fikirannya, 'Bagus, ingat aku takut ke renungan kau tu!'

"Tauke Bu?" Suara yang garau didengari dari luar kedai. Xiao Meng, yang sedang memakai perisai, tangkas menghampiri mereka dengan emosi yang serius.

"Apa yang kamu mahu?" Bu Fang memandangnya dengan bingung.

"Tauke Bu, penjenayah-penjenayah yang dikehendaki oleh mahkamah diraja baru saja memasuki kedai kamu. Aku ingin masuk ke dalam untuk tangkap mereka." Xiao Meng berasa agak takut dengan kedai yang penuh misteri itu.

Seorang pemilik yang mempunyai latar belakang yang tidak diketahui, seekor anjing hitam yang kuat dan penuh misteri dan sebuah boneka yang setanding Santo Pertempuran... Sekiranya dia cuba untuk pecah masuk, masalah ini mungkin tidak akan selesai dengan baik.

Lian Fu berasa bingung ketika melihat Xiao Meng. Dengan mengayunkan cemeti ekor kudanya dan memicit ibu jari dan jari tengahnya bersama-sama1. Dia berkata dengan suara nyaring, "Jeneral Xiao, kenapa kita tak masuk untuk menangkap iblis-iblis daripada sekta yang bersembunyi di dalam? Jangan beritahu aku yang kau masih menganggap iblis itu sebagai anak?"

"Gong gong1, kau tak faham... Kedai ini rumit. Kita tak boleh masuk sesuka hati!" kata Xiao Meng dengan serius.

"Jeneral Xiao... Macam mana kau boleh takut dengan sebuah restoran biasa yang terletak di lorong kota diraja ni? Seseorang dengan reputasi jeneral Empayar Bayu yang gagah berani tak sepatutnya rasa takut." Ejek Lian Fu sambil memberi isyarat kepada Xiao Meng sambil memicit ibu jari dan jari tengahnya bersama-sama.

'Siapa yang kau cuba nak tipu? Ada banyak lagi kedai macam ini di kota diraja. Kau boleh tahu pencapaian tahap pertapa tauke tu dengan sekali pandang saja. Dia hanyalah seorang Maniak Pertempuran. Apa yang kau nak takutkan? Patut ke Santo Pertempuran seperti kau rasa teragak-agak?' Fikir Lian Fu.

Bu Fang memandang tanpa perasaan ke arah Xiao Meng dan... sida-sida itu.

'Eh... Sida-sida?' Tanya Bu Fang dalam hatinya sambil matanya berkedip-kedip. Itu kali pertama dia melihat seorang sida-sida yang hidup. 'Hebatnya.'

"Kamu boleh masuk ke dalam restoran. Tapi, kamu dilarang bertempur dan membuat kacau. Jika tidak, kamu akan terima balasannya." Kata Bu Fang.

Xiao Meng mengerutkan keningnya. Jika dia tak dibenarkan berbuat apa-apa, bagaimana dia akan menangkap Xiao Yue? Walaupun Xiao Yue cedera parah, masih sukar bagi Xiao Meng untuk menangkapnya jika dia cuba melawan.

"Amboi! Hanya kerana kami tunjuk hormat, kau ingat kau hebat... Seorang Maniak Pertempuran yang seangkuh Tuhan Pertempuran Kelas Kelapan. Oh, takutnya."

Sebelum Xiao Meng dapat membalas, Lian Fu mencemuh sambil memicit ibu jari dan jari tengahnya dan memberi isyarat kepada Bu Fang manakala tangan sebelahnya menopang dagu.

Meremang bulu roma Bu Fang di seluruh badannya... Dia berkata dalam hati, 'Ya Tuhan... Saudara, bukankah lebih baik kalau kita berbincang dahulu?'

Shua shua shua!

Sewaktu mereka bercakap, beberapa orang muncul di lorong itu.

Ouyang Zongheng tiba dengan penuh keberanian bersama aura dominan yang tak dapat ditandingi. Wajahnya yang bengis itu penuh dengan rasa berang. Di platform hukuman mati, dia bertempur dengan begitu ramai pihak lawan dan menghapuskan beberapa Maharaja Pertempuran kelas keenam sambil membunuh ramai Raja Pertempuran kelas kelima. Dia seakan-akan binatang liar berbentuk manusia!

"Celaka! Beritahu aku siapa yang masih hidup!" kata Ouyang Zongheng sambil mengusap janggutnya. Dia sememangnya seorang yang ganas!

"Ya Tuhan! Anak perempuanku, apa yang kamu buat di dalam? Cepat keluar! Bahaya kat dalam tu." Apabila Ouyang Zongheng melihat Ouyang Xiaoyi berada di dalam kedai, hatinya terus berdegup kencang. Ada dua orang yang tak berhati perut di dalam. Jika ada apa-apa yang berlaku kepada Ouyang Xiaoyi... habislah mengamuk ibunya!

"Ayah!" Mata Ouyang Xiaoyi berseri apabila dia melihat Ouyang Zongheng dan menjerit dengan penuh kegembiraan.

"Oh, anak perempuanku." Ouyang Zongheng membalas dengan penuh kasih sayang. Dia tak lagi kelihatan seperti binatang liar seperti beberapa ketika lalu.

Sekumpulan besar askar yang berdiri di belakang Ouyang Zongheng tergamam apabila mereka melihat jeneral mereka... Apa yang berlaku kepada martabat jeneral mereka?

Xiao Yue tersenyum lebar. Benar... Xiao Meng tidak berani untuk terus masuk ke dalam kedai itu dan dia juga takut akan kedai yang penuh misteri itu.

Dia telah membuat pilihan yang tepat!

Hun Qianduan melihat Bu Fang seolah-olah dia telah melihat hantu. Pemilik kedai yang gelisah macam semut itu... sebenarnya yang menyebabkan pakar nombor satu dari Empayar Bayu itu rasa teragak-agak? Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada dunia ini?

Seperti sida-sida Lian Fu, Hun Qianduan tidak faham dengan situasi itu.

"Jeneral Xiao, cepat tangkap iblis-iblis daripada sekta yang sedang bersembunyi di dalam!" kata Lian Fu dengan dingin.

"Tak boleh!"

"Tak boleh!!"

Ouyang Zongheng dan Xiao Meng menjawab serentak. Xiao Meng takut sementara Ouyang Zongheng pula bimbang akan Ouyang Xiaoyi.

"Xiaoyi, datang ke sini. Dengar cakap Ayah." Selepas menjerit, Ouyang Zongheng berkata dengan manis kepada Ouyang Xiaoyi.

Ouyang Xiaoyi merenung tauke busuk dan memandang ke arah ayahnya yang kasar itu. Dia kelihatan teragak-agak semasa dia mengelipkan matanya yang comel itu.

"Kamu patut pergi." Kata Bu Fang hanya sambil mengusap kepala Ouyang Xiaoyi.

"Baiklah! Tauke busuk, tolong berhati-hati." Kata Ouyang Xiaoyi dengan manis sambil berjengket dan menepuk bahu Bu Fang.

Selepas dia selesai, dia berlari ke arah Ouyang Zongheng.

"Celaka! Siapa-siapa tolong masuk ke dalam dan tangkap iblis-iblis daripada sekta itu!" Apabila Ouyang Xiaoyi berada di sisinya, sifat lemah lembut Ouyang Zongheng dengan segera berubah menjadi bengis. Dia mencekak pinggangnya lalu mengarahkan askar-askarnya dengan garang sambil menunjuk ke arah restoran itu.

Raut wajah Xiao Meng segera berubah.

Lian Fu tersenyum sambil mencubit ibu jari dan jari tengahnya bersama-sama.

Setelah menerima arahan, lima orang bawahan Raja Pertempuran Ouyang Zongheng meneriakkan laungan perang apabila mereka berlari ke arah restoran itu. Objektif mereka, untuk menangkap Xiao Yue dan Hun Qianduan!

Wajah Xiao Yue menjadi pucat, tetapi dia masih tersenyum sambil memandang ke arah lima orang yang semakin menghampirinya.

Ini kerana satu susuk tubuh gergasi tiba-tiba muncul di pintu masuk dan mata mekanikalnya bersinar.

Lima Raja Pertempuran terkejut dengan kemunculannya. Dalam fikiran separa sedar, mereka membangkitkan daya tulen mereka dan menghalakannya ke arah kepada boneka mekanikal yang menghalang jalan mereka itu.

Dengan bunyi yang kuat, lima Raja Pertempuran itu tercampak ke belakang dan jatuh ke tanah lalu berguling beberapa kali sebelum mereka berhenti.

"Saya sudah kata. Kamu boleh masuk ke dalam, tapi jangan buat kacau... " Bu Fang berpeluk tubuh dan berkata tanpa sebarang perasaan, "Kamu ingat saya bercakap mengarut ke?"

Pada masa itu, orang-orang yang sedang berkumpul di luar restoran tergamam dan berkata dalam hati mereka, 'Boneka apa tu yang boleh mengalahkan lima Raja Pertempuran sekaligus?! Budak tak guna ni... Siapa dia sebenarnya?!'

Ekspresi Hun Qianduan juga dingin sementara Xiao Yue tersenyum.

Tiba-tiba, Bu Fang menoleh. Dia melihat ke arah Xiao Yue dan berkata dengan acuh tak acuh, "Saya tak suka digunakan oleh orang lain, jadi jangan senyum... Jika saya mahu, saya mungkin akan halau kamu."

Raut wajah Xiao Yue segera menjadi kaku...

  1. "Memicit ibu jari dan jari tengahnya bersama-sama" (兰花指) - Dalam budaya Cina, sida-sida dan orang homoseksual sering digambarkan melakukan isyarat seperti ini.
  2. Gong gong (公公) - Pada zaman dahulu, orang ramai memanggil sida-sida sebagai gong gong sebagai satu bentuk penghormatan. Istilah gong gong juga merujuk kepada datuk atau bapa mertua wanita yang sudah berkahwin.

Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C56
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login