Baixar aplicativo
4.6% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 44: Herba Sej Syurgawi dan Ayam Phoenix Merah Darah

Capítulo 44: Herba Sej Syurgawi dan Ayam Phoenix Merah Darah

Editor: EndlessFantasy Translation

Bila malam tiba, dua bulan sabit menghiasi langit dan memancarkan cahaya sejuk seperti satu tirai misteri yang meliputi segenap dunia.

Bandar Diraja, dewan besar kediaman Xiao.

"Ayah, Kakak… tak apa-apa ke?" Xiao Xiaolong berasa bimbang dan wajahnya penuh ketakutan. Dia takut ayahnya akan utarakan perkara yang dia paling takut dengar.

Wajah ayu Xiao Yanyu sangat pucat dan matanya yang selalunya ceria itu seperti tak bernyawa. Di sebalik kulitnya yang pucat, ada urat berwarna hitam yang berlingkar dan kekuatannya untuk hidup semakin berkurangan.

Xiao Meng yang sasa itu berdiri sugul di sebelah Xiao Yanyu. Sambil dia menggunakan daya tulen untuk memeriksa anaknya dan keningnya berkerut dalam. Perasaan ingin membunuh semakin membuak-buak.

"Siapa yang buat semua ni?! Bagaimana Yanyu boleh jadi begini?" Xiao Meng bertanya dengan dingin sambil menahan rasa marah.

"Kami… kami pergi ke Restoran Fang Fang dan jumpa… jumpa Abang." Xiao Xiaolong menggigil dan sukar bernafas kerana takut dengan ayahnya. Orang biasa tak mampu bertahan dengan Santo Pertempuran kelas ketujuh.

Xiao Meng menoleh dan memandang tajam ke arah Xiao Xiaolong. "Kamu jumpa siapa? Xiao Yue?"

"Ya…"

"Jadi, dialah yang cederakan Yanyu?" Xiao Meng mengetap giginya. Penumbuknya digenggam kuat sambil dia menahan rasa marah yang meluap-luap.

Xiao Xiaolong terkejut dan cepat-cepat menidakkannya. Dia pun menceritakan semua yang berlaku dalam restoran itu kepada ayahnya.

"Jadi, Yanyu dicederakan boneka restoran itu?" Wajah Xiao Meng tiada ekspresi tapi itu lebih menakutkan Xiao Xiaolong. Dia tahu kemarahan yang tak ditunjuk itu lebih menakutkan.

"Tauke kedai itu cakap… dia boleh selamatkan kakak tiga hari dari sekarang." Xiao Xiaolong berkata.

"Dan kamu percayakan dia? Kamu biarkan orang yang tak dikenali latar belakangnya itu tentukan hidup mati kakak kamu?" Xiao Meng tersenyum dingin sambil dia memandang anak lelakinya itu. Xiao Xiaolong rasa seperti dia telah dibenam dalam ais.

"Kamu balik dulu. Ayah sudah panggil doktor Diraja. Harapnya mereka dapat selamatkan kakak kamu." Xiao Meng yang keletihan itu menyuruh Xiao Xiaolong pulang.

Selepas Xiaolong beredar, Xiao Meng mengarahkan hamba-hambanya membawa Xiao Yanyu ke dalam bilik dan dia turut beredar dalam sekelip mata.

"Aku nak lihat siapa yang berani mencederakan anak perempuan aku." Suara sugul Xiao Meng kedengaran.

Di bawah langit malam, Restoran Fang Fang nampak tenang. Lorong itu tersorok dan sunyi, dan kelihatan sedikit pancaran cahaya di sebalik pintu kayu yang tertutup rapat.

Anjing besar hitam itu berbaring malas di pintu masuk dengan matanya yang tertutup. Ia kekal berbaring seolah-olah tidur itu ialah hobinya yang paling hebat.

"Hmm?" Anjing besar hitam itu tiba-tiba membuka matanya dan memandang ke arah ruang kosong dengan penuh kehairanan.

Ia nampak satu susuk tubuh menghampiri Restoran Fang Fang dengan wajah sugul. Auranya begitu menakutkan.

Xiao Meng berdiri megah dengan menyilangkan tangannya di belakang sambil dia memandang rendah restoran itu. Pandangannya tertarik ke arah anjing hitam besar yang berbaring di pintu masuk.

"Anjing hitam besar?" kata Xiao Meng perlahan. Wajahnya berubah serius sambil dia merenung anjing itu. 

Anjing itu tak dapat diduganya! Xiao Meng rasa bingung. Dia tak dapat menafsir anjing itu. Walaupun ia hanya berbaring malas di situ, Xiao Meng dapat rasakan kalau dia cuba musnahkan restoran itu, anjing itu akan membalas dengan dahsyat.

"Restoran misteri dan anjing misteri… Ia tak semudah itu." Xiao Meng rasa yang Xiao Xiaolong berkata benar. Mungkin tuan kedai ini boleh selamatkan anak perempuannya dalam masa tiga hari.

"Kalau kau tak dapat selamatkan anak perempuanku dalam masa tiga hari, aku akan pertaruhkan nyawa aku untuk pastikan kedai ini hancur." Xiao Meng mendengus dan terbang merentasi langit.

Anjing hitam besar itu memandang ke tempat Xiao Meng berada tadi dengan acuh tak acuh. Ia membuka mulut untuk menguap sebelum mendengus dan menyambung tidurnya.

Bu Fang yang berada dalam restoran itu tak sedar pun apa yang berlaku di luar. Pada masa itu, tumpuannya diberikan sepenuhnya untuk belajar Masakan Eliksir, iaitu cara memasak Sup Ayam Phoenix Herba Sej .

"Masakan Eliksir: Eliksir dengan nilai perubatan dicampur bersama bahan yang kaya dengan tenaga semangat, dan memenuhi keperluan untuk digunakan dalam perubatan. Teknik memasak istimewa digunakan untuk memproses eliksir dan bahan-bahannya untuk menghasilkan masakan berubat dengan warna, bau, rasa dan keupayaan penyembuhan." Sistem menerangkan kepada Bu Fang.

"Sup Ayam Phoenix Herba Sej: Ini ialah sup yang dimasak menggunakan herba semangat kelas kelima iaitu Herba Sej Syurgawi dari Tanah Belantara, Ayam Phoenix Merah Darah yang merupakan semangat binatang kelas kelima dan banyak lagi herba semangat dengan sukatan tertentu. Sup ini mempunyai berupaya memulihkan tenaga hayat dan menambah semula darah dan tenaga. Nilai perubatannya sangat tinggi tapi herba semangat perlu digunakan mengikut sukatan tertentu."

Bu Fang selesai membaca cara memasak Sup Ayam Phoenix Herba Sej . Dia tak biasa dengan masakan berubat kerana dia tak banyak ilmu tentangnya. Walaupun dia faham kenapa sukatannya sangat ketat, bukannya mudah untuk mempraktikkannya.

"Aku patut mula berlatih." Bu Fang mengerutkan dahinya dan membuat keputusan untuk cuba cara memasak makanan berubat itu.

"Sistem akan sediakan tiga hidangan bahan memasak untuk tuan. Tuan hanya ada tiga percubaan untuk menyiapkan hidangan ini." Suara bersungguh sistem kedengaran sekali lagi dan mengejutkan Bu Fang. Dengan hanya tiga hidangan bahan memasak, dia hanya boleh gagal dua kali.

Dia meneliti resipi Masakan Eliksir itu sekali lagi. Sambil dia menarik nafas dalam, matanya penuh yakin.

Tanpa Bu Fang sedari, satu almari besar tiba-tiba muncul dalam dapur. Ia terletak berasingan di satu bahagian dan tiga hidangan bahan memasak itu sudah tersedia di dalamnya.

Sambil Bu Fang membuka pintu almari, tenaga semangat dengan jumlah yang padat melimpah keluar dan menyebabkan bulu roma Bu Fang meremang.

"Gugu…"

Di bahagian bawah almari, terdapat tiga sangkar ayam. Setiap sangkar mempunyai seekor ayam cantik dengan bulu semerah darah. 

Bu Fang berfikir tanpa perasaan, 'Ayam-ayam ini masih hidup… Ingatkan sistem sudah memproses mereka.'

"Sistem sudah menyekat pencapaian tahap pertapaan Ayam Phoenix Merah Darah. Tuan hanya perlu mengikut prosedur biasa memproses ayam. Peringatan: badan ayam perlu dipelihara. Balung Ayam Phoenix Merah Darah tak boleh rosak."

Bu Fang menyambar seekor Ayam Phoenix Merah Darah dengan penuh mahir sambil ayam itu cuba mengibaskan kepaknya dan berketak-ketak dengan kuat.

Seekor Ayam Phoenix Merah Darah yang telah disekat pencapaian tahap pertapanya sama saja seperti ayam ternak lepas di Bumi. Tapi yang membezakannya sudah tentulah rupanya.

Ayam Phoenix Merah Darah sangat segak. Badannya selaras dan balungnya besar dan berwarna merah darah. Bulunya merah merona dan sangat menarik perhatian. Dari jauh, ia nampak seperti api yang marak menyala.

Ayam Phoenix Merah Darah yang merupakan semangat binatang kelas kelima itu sebenarnya tak begitu kuat bertarung. Paling tidak pun, ia antara yang paling lemah berbanding semangat binatang kelas kelima lain. Namun, ia sangat tangkas dan itulah sebabnya ia berada pada kelas kelima. Sudah tentu, dalam Restoran Fang Fang, Ayam Phoenix Merah Darah itu tak ada bezanya dengan ayam biasa. Ia tak mampu melawan pun bila disembelih Maniak Pertempuran kelas ketiga seperti Bu Fang yang tak ada kemahiran bertarung.

Bu Fang memproses Ayam Phoenix Merah Darah itu dengan handal dan mengendalikannya dengan hampir sempurna. Dia kemudian membawa keluar pelbagai herba bernilai dari almari itu.

Herba semangat itu penuh dengan tenaga semangat dan jumlah yang meresap keluar itu memenuhi dapur sehingga ia nampak seperti syurga. Tenaga semangat yang meresap keluar dari Herba Sej Syurgawi itu amatlah padat seperti awan.

Mengikut arahan dalam resipi, Bu Fang bermula dengan memerah jus Herba Sej ke dalam mangkuk. Dia kemudian menggunakan teknik pisau yang hebat untuk menghiris Herba Sej itu.

Bu Fang menyumbat herba semangat itu ke bahagian perut Ayam Phoenix Merah Darah mengikut sukatan yang diberikan resipi. Dia kemudian membawa keluar periuk tanah dan meletakkan seluruh bahagian ayam ke dalamnya. Dia mengisi periuk tanah itu dengan air dari mata air semangat dan mula merenehnya.

Selepas setengah jam, dia membuka penutup periuk dan menuang jus Herba Sej ke dalamnya dan membiarkan ia terus mereneh.

Kali ini, dia biarkan ayam itu mereneh selama dua jam. Haruman daging ayam itu bersama aroma Herba Sej meresap keluar dari periuk tanah. Seperti kabus, ia memenuhi ruang dapur dan tidak hilang.

"Aku berjaya ke?" Bu Fang agak terperanjat.

Namun, suara bersungguh sistem kedengaran dalam mindanya.

"Percubaan pertama tuan gagal."


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C44
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login