アプリをダウンロード
22.72% Tunang Paling Sweet / Chapter 5: Bab 4

章 5: Bab 4

Dari awal persekolahan sampailah waktu pulang aku hanya berdiam diri. Kawan kawan aku memang perasaan perubahan aku. Masa rehat tadi aku tak makan. Dalam kelas aku membisu. Selalunya aku yang paling bising.

Aku tahan je perasaan aku, aku sedata upaya tahan dari menangis di sekolah. Aku taknakla kawan kawan aku risau ke apa kan.

Bila ada tanya kenapa aku jadi macam ni aku jawabla aku tak berapa sihat dan pelbagai alasan cliche

Loceng berbunyi nyaring, semua pelajar kelas aku berebut nak keluar dari kelas. Kalau nak balik bukan main laju.

Kini tinggal aku ,Alia dan Najihah je dalam kelas. Seperti biasa kitorang akan tunggu Afif,Izham dan Aqis habis kelas dan balik sama sama. Maksud aku naik bas sama sama la.

Walid aku boleh hantar je tapi tak boleh ambil sebab busy kerja. Takpelah, aku bahagia je balik dengan kawan aku.

Alang alang tunggu mereka bertiga aku ada niat lain..

Niat aku nak pujuk Aqim...

Macam orang bodoh aku sekarang. Terkejar kejar orang yang tak bersungguh nak kat kita

"wei tu diorang" kata Najihah dan melambai kearah Afif yang turut memandang kearah pintu kelas kami. Alia pula dah pergi belakang kelas untuk tutup suis kipas.

Aku pula menunggu kelibat Aqim keluar. Nampak sahaja kelibat dia terus aku keluar dari kelas.

Tapi baru selangkah aku keluar kelas,Aqis sudah memaut lengan aku . Menghalang aku pergi ke arah Aqim

Yang sedang berjalan bersama Kamila....

Berpegangan tangan..?

"Iliya i should tell you this .. I mean ,we should tell you the truth that you need to know" kata Aqis dan memegang kedua bahu aku. Dia menatap mata aku dalam dalam.

Jelas aku nampak kesedihan terpancar di matanya.

"kau tahu tak ?" kata Aqis dan senyap seketika. Dia menunduk dan meraup muka.

"weh Aqis, kau--"

"kau diam" Aqis memandang Izham tajam. Izham yang baru nak halang niat Aqis tadi terbatal.

"takpela Iz, iliya patut tahu" kata Afif dan aku kerutkan dahi aku. Kening aku bertaut rapat dan aku memandang silih berganti muka setiap kawan aku.

"teruskan jela Aqis " kata Alia dan menepuk bahu Aqis

"aku harap kau okay tau. Aku nak kau tahu yang kau ada kitorang walau apa pun yang jadi. Faham tak?" ujar Najihah . Aku makin hairan

"tak, apa yang aku tak tahu ni..kenapa korang pelik sekarang ni..apa yang jadi sebenarnya?" kata aku dan mengesat peluh di dahi aku.

"weh Alia kau pasang balik kipas,aku panas" kata aku dan memandang kearah Aqis. Selepas Alia hidupkan balik suis kipas,aku pandang Aqis balik

"Tell me the truth.."bisik aku dan mendekatinya.

"Sebenarnya Aqim curang belakang kau Iliya"

Kata Aqis

Terkaku aku di situ. Kaki aku terasa kejang teramat dan bagai tak boleh bergerak. Dada aku mula sesak dengan berita yang lansung tak boleh diterima akal ini

"sejak bila weh ?" soal aku dengan suara bergetar

"2minggu lepas Iliya kami baru tahu. Tapi aku rasa lama lagi kot and aku rasa bulan lepas Aqim curang" jawapan Afif membuatkan aku menunduk. Bahagian tepi baju kurung sekolah aku digenggam erat sampai berkedut.

"and dia couple dengan Kamila.." kata kata Izham membuatkan aku mendongak kepala aku. Baru teringat tempoh hari aku pergi kelas Aqim,Kamila ada sekali. Okey. Fine.

Ni Kamila

like seriously wei

Aku masih tak boleh terima dengan apa yang baru aku dengar.

Aku jatuh terduduk,air mata aku mula menitik setitia demi setitis. Broken sial.

"weh janganla nangis"pujuk Najihah

"dah lama korang tahu.."kata aku perlahan

"maaf weh,kitorang tak sampai hati nak jujur" kata Izham kesal . Dia dan Afif hanya mampu pujuk aku dengan kata kata sahaja. Yela,takkan nak peluk aku kot. Haram yatuhan

"kenapa baru sekarang korang nak bagitahu aku ?" soal aku dengan suara agak meninggi.

"sebab dulu kau couple lagi dengan Aqim..so kitorang macam takut nak jujur dengan kau sebab kitorang tahu kau sayang sangat dekat Aqim tu.." jelas Alia perlahan . Dia mula mengusap bahu aku perlahan.

"apa beza waktu tu dengan sekarang weh?" soal aku lagi tak puas hati.

"kau dah break dengan dia sebab tu aku berani jujur dekat kau" jawapan Aqis membuatkan tangisan aku mati. Aku cepat cepat mendongak

Afif dan Izham awal awal dah jaga pintu kelas depan dan belakang 5Akaun takut ada pelajar atau cikgu lalu . Naya kalau orang nampak aku nangis bagai nak rak macamni.

"bila aku break dengan dia !?" jerit aku tanpa aku sedari aku sudah naik suara pada sahabat aku .

"weh..kau tahu kan aku suka mengusik orang.. Walaupun aku tahu dia curang..aku tetap usik dia dalam kelas guna nama kau walaupun aku tahu Kamila pun sekelas dengan kitorang.." jelas Aqis

"lepastu tadi Aqis usikla Aqim dengan nama kau , pastu Aqim cakap kat semua orang dengan suara kuat . Satu kelas dengar . Dia kata dia dah lama putus dengan kau " sambungan penjelasan yang keluar dari mulut Afif membuatkan pandangan aku mula kelabu dan aku mula tidak sedarkan diri.

.

.

.

.

.

.

..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Semua kawan aku lega bila aku hanya pitam sahaja dalam kelas tadi. Sampai sahaja di rumah aku terus menonong kearah bilik aku.

Panggilan Umi yang sedang menghidangkan juadah makan tengah hari aku abaikan. Air mata aku tidak dapat ditahan lagi.

Sampai saja di dalam bilik,aku melempar beg sekolah aku dan tudung sekolah aku buka dengan kasar dan aku campak ke atas meja belajar aku.

Arh lantakla tudung tu nak berkedut ke apa

Aku capai phone aku yang ada bawah bantal dan terus conversation Aqim aku buka. Aku spam balik apa yang aku tak puas hati harini.

Kali ni aku tak kisah dia nak maki aku,nak kata apa pun aku tak kisah. Yang aku nak sekarang jawapan dia. Betul kah dia dah tiada hubungan dengan aku?

Kenapa aku tak tahu?

Dia online tapi tak buka chat aku. Api kemarahan aku makin memuncak.

Aku cuma nak tahu..betul ke kita dah break.. Tu je.

Kenapa dia gantung aku tak bertali macamni. Sepatutnya dia nak putus pun dia patut bagitahu. Woi kau nak putus dengan aku kenapa aku tak tahu yang kita putus sial.

Kenapa orang lain yang tahu dulu sebelum aku !? Aku yang kau nak putuskan, kau patut cakap dekat aku dulu !

Lahnat..dia tinggal aku macam tu saja. Semudah Abc :")

Tak cukup itu,dia curang..

Disebabkan kemarahan memuncak ,habis aku luah dekat conversation dia.

Ayat last aku tatap perlahan sebelum menekan butang send.

Me

Kau nak gantung aku tak bertali kan ?

Fine.

Tapi kau kena ingat eh , kau jangan menyesal

Jangan cari aku lagi

Jangan jilat ludah kau

Anggap kita dah tak kenal

Aku terus block nombor dia. Aku hanya mengharapkan ada hikmah disebalik kejadian ini.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Suasana di meja makan agak riuh dengan kehadiran abang dan isteri dia. Mereka akan tinggal di sini untuk 2 minggu dan aku tak tahu apa sebabnya.

Selalunya along liat sikit nak balik, lebih lebih lagi rumah jauh lepastu isterinya pula berisi 5 bulan. Lepastu kerjayanya sebagai seorang peguam menyebabkan dia sibuk teramat.

Nama along aku, Ilias Husaini 25 tahun dan isterinya Sara sama umur dengan dia.

"tak sabarnya umi nak timang cucu !" kata Umi teruja sambil menyedok lagi lauk ke dalam pinggannya,amboi menambah dah dekat 3 kali ni

"tunggula umi,kejap je lagi" kata kakak ipar aku lembut sambil tersenyum manis. Aku respect habis kak sara ni lembut terok !

"wei Ilham basuh dah ke tangan?" aku menyiku adik aku di sebelah

Ilham berdecit sebab kena siku dengan aku,dah aku pergi siku dekat hidung dia,kuat pula tu. Suka betul aku menyakat !

"ya dah !" marah Ilham dan menjeling aku

"eh garangnya budak ni !" kata Walid seiring dengan ketawanya. Semua juga turut ketawa manakala Ilham sudah tersengeh sengeh

"oh ya," Walid mengalihkan pandangannya kepada Abang Ilias ,dia menghirup sedikit air sirap sebelum memandang abang ilias balik. Kami semua masih menanti apa yang Walid ingin katakan

"kenapa Ilias balik tiba-tiba ni ? Seingat abah cuti panjang lambat lagi, kamu tu peguam takkanla boleh cuti tanpa sebab sampai 2 minggu " kata walid hairan

"ha'ah la, abang kenapa balik ?" soal aku pula

" eh Iliya punya soalan macam tak suka je abang balik" usik Abang Ilias dan aku mengerutkan kening

"abang ni..mana ada Iliya macam tu !" kata aku geram. Aku kembali sambung aktiviti makan aku .

"Walid, sebenarnya ilias dapat surat wasiat tiba tiba dari peguam arwah nenek"kata abang tiba tiba membuatkan aku dan Ilham terus mendongak

"dapat apa abang, duit ke !?" soal aku

"adik nak kereta mainan !" jerit Ilham pula membuatkan aku rasa nak hempuk kepala dia kat meja makan.

"Iliya,Ilham..jangan menyampuk orang tua bercakap" tegur Umi membuatkan aku termalu sendiri.

"Iliya ada boyfriend ?" soalan kak Sara secara tiba tiba membuatkan aku tersedak ikan keli.

"kenapa kak tanya ?" soal aku balik

"kalau single bagusla" kata Abang Ilias pula dan kak sara senyum dan angguk

Kami yang tak tahu apa apa masih bingung.

"Abanggg cakaplaaa apa abang nak bagitahu tadiii adik tak sabar nak tahu wasiat arwah nenek niii !"kata aku tidak sabar.

Sebab aku dengan arwah nenek aku amatlah rapat dan aku tak mengharapkan harta dia ke apa. Aku harapkan arwah nenek ada tinggalkan sesuatu pun aku dah gembira. Nenek aku kaya kot !?

"arwah nenek nak bagi harta dekat family kita" kata abang ilias

"tapi harta untuk Iliya ni... Rumit sikit syarat dia" kata abang dan tersenyum tawar.

"syarat apa Ilias? Rumit macam mana tu ?" soal Umi pula hairan

"dalam wasiat tu iliya kena bertunang semasa dia berumur 16 tahun , sebelum dia umur 17 tu dia kena bertunang atau harta tak akan jatuh ke tangan Iliya. Ilias pun pelik dengan syarat arwah nenek ni... Tu Ilias amik cuti 2 minggu..sebab benda ni melibatkan masa depan Iliya "

Keterangan yang Abang Ilias terang satu persatu membuatkan satu meja senyap tidak berkutik. Aku? Oh aku dah lama pengsan AHAHAH

Tbc❤


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C5
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン