Syahirah p o.v
Kaki aku berjalan tanpa arah. Beg galas yang kadang kadang melorot jatuh aku betulkan. Dan kadang ii juga aku mengeluh. Faktanya sekarang....student life sangat ii memenatkan. Kita orang sebagai student ni bukan penat dengan assigment sebenarnya...tapi lebih tepat lagi...kami penat dengan jadual kuliah.
Bangun awal pagi. Kena hadam semua ilmu dengan keadaan mengantuk dan penat. Makan. Mandi. Siapkan assigment. Belajar lagi. Siapkan lagi assigment sebelum due date. Esok. Lusa. Tulat. Dan minggu ii seterusnya pun sama.
Sumpah aku rasa....give up.
'bukk'
Bahu aku terlanggar dengan seorang mak cik di depan. Laju aku bongkokkan sedikit badan. Meminta maaf. Tapi mak cik tu tak layan pun. Dia lagi berminat dengan sesuatu di atas sana.
"Seram nya. Kenapa dengan budak tu."
"Gila ke?"
"Dah panggil polis?"
Masa tu baru aku perasan yang semua orang di sekeliling aku tengah pandang tempat yang sama. Di atas bangunan.
Sebab di atas bangunan sana, ada batang tubuh seorang lelaki baju kasual dengan percikan darah tengah duduk di tepi....
Hujung bangunan.
Daniel p.o.v
Kaki aku lunjurkan ke bawah. Sambil anak mata aku berlari pada manusia yang macam sardin di bawah. Secara automatik aku ketawa. Sebab apa?
Sebab manusia hanya pandang pada penghujung. Bukan pada awalnya. Mereka tak peduli punca sesuatu yang terjadi...mereka hanya nak kesan untuk dijadikan sebagai keseronokan mereka.
Manusia seronok bila tengok manusia lain sengsara.
Mata aku terhenti pada beberapa orang lelaki dan perempuan yang tengah pegang kamera ke arah sini. Semua berbisik dan cahaya flash keluar macam aku ni seorang artis yang tengaj berjalan di atas karpet merah.
Aku senyum perit.
Dan mereka buat semua tu untuk dapatkan populariti. Untuk keuntungan peribadi sendiri. Puntung rokok di tangan aku bawakan ke mulut. Rasa serabut. Terus aku bangun dan pandang ke arah langit. Bila aku nak capai lighter dalam poket, ada tangan kecil menggenggam baju dan ditarik tubuh aku kuat. Sangat kuat hingga aku dan dia terjatuh atas lantai.
"Awak gila ke!!!"
Dia marah ii aku. Badan aku yang menghempap tubuh dia, dia tolak ke tepi dan pipi aku dia tumbuk.
"Sanggup bunuh diri!! Awak tak takut dosa ke?!" Dia tarik kolar aku dan dia sambung marah aku.
Aku ketawa sinis.
"Kau siapa? Berambus!."
Aku tolak tangan dia yang elok mencengkam kolar baju aku....tapi dia tetap macam tadi. Masih erat mencengkam kolam baju aku.
"Saya siapa? Saya antara manusia yang akan jadi saksi nampak mayat awak jatuh berderai dekat bawah sana kalau saya lambat sikit saja lagi!"
Dia terus naikkan suara.
Dalam masa yang sama, tubuh dia menggeletar.
Aku senyum sinis.
"Kenapa kau tak biar aku jatuh? Semua dekat bawah sana tengah tunggu masa untuk nampak aku jadi mayat."
"Kelakar ke?"
Kolar baju aku dilepas kasar. Lepas tu dia bangun dan bersihkan baju sendiri.
"Hidup mati nampak macam perkara main ii kan pada awak? Langsung tak kisah perasaan orang sekeliling awak!"
Dia peluk tubuh depan aku.
"Dekat bawah sana, ada budak ii. Ada ibu mengandung. Yang mungkin akan jadi trauma bila nampak orang mati depan mata. Kalau awak tak sayang nyawa....kenapa tak bunuh diri dekat tempat tak ada orang. "
Dia raut wajah dia kasar sebelum dia mengeluh.
"Tak guna saya cakap."
Lepas tu dia melangkah.
"Betul cakap kau."
Aku bangun dan baju sendiri aku bersihkan.
"Kalau aku nak bunuh diri....kenapa perlu terjun sedangkan ada banyak lagi cara."
Langkah dia terhenti.
"Hidup ni membosankan. Manusia semua sama. Nak hidup lama. Nak kutip sebanyak mungkin harta. Dan tampal banyak mana cela yang ada pada badan. Tak ada terkecuali. Jadi buat apa dunia ni ada? Untuk tampung scenario yang membosankan setiap hari."
Aku sauk kasar rambut aku yang berserabai. Dan pisau kecil aku keluarkan.
"Aku dah bosan. It's much better if i let myself go."
Masa tu perempuan tadi mara ke arah aku dan tangan aku dia tarik mendekat. Dekat pada leher dia yang ditutup dengan tudung.
"Kalau macam tu....better awak bunuh saya dulu. My life is suck too. Mak ayah saya bercerai masa saya kecik. Saya tak ada adik beradik lain. Mak su saya tinggalkan saya seorang diri dekat bus stop masa saya umur 12 tahun. Saya kena merayu rayu pada orang untuk hidup. Saya membesar seorang diri. Saya pun penat."
Dia pandang aku tepat.
"Hidup ni membosankan? Tak adil? Kita siapa awak? Kita cuma manusia biasa."
Pisau di tangan aku, aku campak ke atas lantai.
"Berambus."
"Mari tangan awak kejap."
"Nak buat apa?"
"Kejap je."
Nak tak nak...aku hulurkan tangan kanan aku ke arah dia. Dan dia letak bandage pada tapak tangan aku.
"Dahi awak luka. "
Dia tunjuk ke arah dahi aku.
"Saya tak tahu apa yang jadi sampai awak nak bunuh diri. Tapi...kalau manusia lain yang jadi punca semua ni....saya nak minta maaf."
Dia senyum nipis.
"Saya mintak maaf bagi pihak mereka. Dan saya nak awak tahu....sia sia kalau awak masih nak bunuh diri. A good revenge is not done by killing your self. Tapi awak kena buktikan pada mereka semua yang awak boleh hidup lebih baik dari apa yang mereka sangka."
Aku terdiam dengan kata katanya.
Syahirah p o v
Aku berjalan laju ke arah tempat manusia berkumpul. Nak tengok kalau lelaki tadi masih ada dia atas atap bangunan.
"Macam mana?"
Seorang mak cik tanya aku. Lepas tu semua orang pandang arah kami.
"Macam mana apa, mak cik?"
Dahi aku berkerut. tak faham.
"Tadi...kamu bukan lari sebab nak selamatkan budak lelaki tu?"
Aku garu kepala yang tak rasa gatal ni.
"Tadi saya lari sebab saya nak pergi tandas."
Semua mengeluh kecewa. Lepas beberapa minit, bayang lelaki tu tetap tak ada. Jadi semua fikir lelaki tu dah turun ke bawah.
Alhamdulillah.
Aku tersenyum dan beredar dari situ.
Elok aku nak melangkah, ada tangan menggenggam lengan aku.
"Kenapa kau buat macam tu?"
Dia berbisik di telinga aku.
"Buat macam mana?"
Aku tersenyum nipis.
"Ouh...syahirah...you know what i mean. Why. You. Let. Him. Live?.
Dia sebut satu persatu di depan wajah aku.
"Interesting thing make me interested. "
Aku pandang wajah dia sambil tersenyum.
"A new life will born."
"Kau tahu kan apa yang akan jadi nanti."
Urat pada dahi dan leher dia menegang kerana marah. Aku hiraukan dan aku beredar dari situ.
Kerana aku percaya satu perkara...semua yang baik akan terjadi kemudian.