アプリをダウンロード
41.37% The Lost Heir of Avalor / Chapter 12: Bab12

章 12: Bab12

"Jadi, bagaimana kau nak perbaiki kerajaan ini?" soal Khaulah sambil memandang Hazirah.

"Yang itu, aku kena pergi ke bilik paling bawah di dalam istana ini dan gunakan kuasa aku untuk memulihkan semula kerajaan," kata Hazirah sambil memandang kawan-kawannya.

Huzair dan Alisa saling berpandangan sebelum mengangguk. Blaze of the Light memandang mereka berdua dengan hairan. Hazirah pula memandang mereka dengan selamba kerana dia tahu mereka berdua faham apa yang dikatakannya. Mereka berdua berdiri dan menuju ke bilik paling bawah di dalam istana. Blaze of the Light mengikut mereka tanpa banyak soal. Setiba sahaja ke tempat itu, Hazirah berdiri di tengah-tengah bilik dan mula memberi sepenuh tumpuannya kepada susun atur kerajaan. Dia menggunakan kuasa The Lost Heir yang simpan dia pelajar apabila bertemu dengan umi dan babahnya agar dia dapat memperbaiki Kerajaan Avalor seperti dulu. Yang lain memandang manakala Huzair dan Alisa keluar dari bilik itu dengan tiba-tiba. Huzair sempat berpesan untuk jangan tinggalkan Hazirah walau seminit. Mereka mengangguk dan menunggu untuk Hazirah.

Setelah beberapa minit, Hazirah sudah menyelesaikan urusannya dan keadaannya semakin lemah. Dia hampir jatuh tetapi sempat ditahan oleh Syahmi. Batrisya, Muaz dan Khaulah tersengih-sengih apabila melihat mereka berdua seperti itu. Syahmi segera memberi sedikit tenaganya kepada Hazirah agar Hazirah tidak begitu lemah. Mereka menolong Hazirah dan segera menuju ke Huzair dan Alisa. Huzair dan Alisa sudah berada di luar istana sambil memandang kerajaan mereka berdua dengan penuh gembira. Blaze of the Light amat terpegun apabila melihat kerajaan itu. Hazirah melabuhkan punggungnya di hadapan istana sambil memandang Kerajaan Avalor. Terdapat ramai penduduk-penduduk datang ke istana dan menyoal siapakah mereka. Huzair, Hazirah dan Alisa memandang satu sama lain manakala yang lain tersengih. Mereka menerangkan kesemuanya kepada penduduk-penduduk tersebut.

"Putera kerajaan ini sudah pulang," kata salah seorang penduduk. Huzair mengukirkan sebuah senyuman di bibir apabila melihat kegembiraan yang ada pada penduduk-penduduk itu. Secara tiba-tiba, telefon seseorang berbunyi.

"Anakanda. Adakah Kerajaan Avalor sudah diperbaiki?" soal seseorang.

"Ya ayahanda," balas Syahmi.

"Kejap lagi ayahanda akan ke sana," kata Raja Rizal. Syahmi mendiamkan diri sebelum memberitahu Blaze of the Light, Huzair dan Alisa.

"Ayahanda akan datang ke mari," tutur Syahmi dengan serius. Mereka mengangguk kecuali Alisa. Alisa keliru akan apa yang dikatakan Syahmi.

"Ayahanda?" Soal Alisa.

"Syahmi merupakan salah seorang putera di Kerajaan Alantia," balas Muaz.

Alisa mengangguk. Huzair dan Hazirah sudah masuk ke istana untuk tengok apa yang patut mereka lakukan. Blaze of the Light dan Alisa tolong mereka menyediakan beberapa makanan untuk mereka. Kuda-kuda mereka diletak di kandang kuda, yang terletak di belakang istana. Tidak lama kemudian, sebuah portal telah dibuka di ruang tamu. Raja Rizal keluar dari portal itu bersama Jeneral Zyra. Alisa terkejut manakala Blaze of the Light dan Huzair menyalami Raja Rizal dan Jeneral Zyra. Walaupun mereka masih keliru akan kehadiran Jeneral Zyra, mereka sekadar mendiamkan diri.

"Ayahanda ingin berbincang sesuatu dengan Huzair dan Hazirah," arah Raja Rizal. Blaze of the Light hanya mengangguk kecuali Huzair dan Hazirah. Jeneral Zyra mengikut jejak Raja Rizal. Walaupun masih hairan, mereka bertiga mendiamkan diri dan mengikut. Setiba di perpustakaan mini, mereka duduk di meja yang telah disediakan. Raja Rizal memandang Huzair dan Hazirah bersilih ganti sebelum dia memulakan perbualan.

"Huz. Kamu akan menggantikan babah kamu dalam menguruskan Kerajaan Avalor mulai hari ini. Pentadbiran itu akan berlangsung pukul 4 petang ini," kata Raja Rizal.

"Tetapi ayahanda, jika along menjadi raja, bagaimana dengan Blaze of the Light? Siapa yang akan menjadi mentor kami selepas ini?" soal Hazirah dengan tenang.

"Yang itu, ayahanda akan beritahu nanti. Buat masa sekarang, Hazirah dan Huzair bersiap sedia untuk hari ini. Kita akan mengadakan pentadbiran itu dan pesta makan malam sempena kepulangan kamu berdua dan pengumuman puteri yang sudah sekian lama menghilang. Boleh?" balas Raja Rizal sambil memandang Huzair dan Hazirah bersilih ganti.

Huzair dan Hazirah mengangguk tanda setuju. Mereka turun ke ruang makan setelah membincangkan akan apa yang bakal berlaku tidak lama lagi. Hazirah mengajak Alisa, Raja Rizal dan Jeneral Zyra untuk makan bersama mereka. Setelah makan tengahari, mereka semua duduk di gazebo, yang terletak di taman belakang istana, bersama Jeneral Zyra dan Raja Rizal. Alisa sudah pulan ke The Forbidden Forest kerana ingin pemantau suasana di sana.

"Jadi, apa perancangannya selepas ini?" soal Batrisya sambil memandang Blaze of the Light.

"Siap sedia untuk pentadbiran nanti," balas Huzair dengan tenang.

"Ouh, pentadbiran.. Kejap, PENTADBIRAN?" jerit Khaulah dan Batrisya serentak. Syahmi, Huzair dan Hazirah melepaskan keluhan. Muaz pula tersengih apabila melihat reaksi Khaulah dan Batrisya. Raja Rizal dan Jeneral Zyra sekadar mengelengkan kepala.

"Sudah tentu. Semenjak peperangan tujuh belas tahun yang lalu, tiada sesiapa yang mentadbir kerajaan ini. Huzair akan mengambil alih tempat babahnya," terang Muaz. Khaulah dan Batrisya mengangguk. Keadaan kembali sunyi tanpa sebarang bunyi.

"Tadi, Hazirah sempat menanyakan sesuatu. Apa akan terjadi dengan kalian selepas Huzair mengambil alih kerajaan ini? Jawapannya adalah kamu semua akan menamatkan pelajaran memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir kamu. Selepas itu, kamu berlima akan ke kerajaan ini untuk melindungi kerajaan ini. Buat masa ini, The Alpha akan menjadi mentor kalian," kata Raja Rizal sambil memandang satu per satu ahli Blaze of the Light. Mereka mengangguk dan memandang sekeliling.

"Tetapi ayahanda, sempat ke pentadbiran itu berlangsung nanti? Kita hanya mempunyai empat jam sekarang," soal Huzair dengan sedikit risau.

Raja Rizal dan Jeneral Zyra saling memandang satu sama lain sebelum mengangguk. Raja Rizal berjalan ke tepi gazebo dan membuka sebuah portal. Blaze of the Light dan Huzair memandang tindakan Raja Rizal dengan keliru. Tiba-tiba, dayang-dayang Kerajaan Alantia, Permaisuri Khadija dan abang sulung Syahmi, Shahrul, melangkah keluar dari portal tersebut. Jeneral Zyra ketawa apabila dia melihat Blaze of the Light dan Huzair ternganga akibat terkejut.

"Amacam?" soal Raja Rizal sambil mengangkat keningnya.

Blaze of the Light dan Huzair memandang satu sama lain dengan blur sebelum ketawa. Jeneral Zyra dan Permaisuri Khadija turut ketawa apabila Raja Rizal membuat gaya seperti itu. Raja Rizal mengarah dayang-dayang itu untuk menghias istana itu. Permaisuri Khadija menyediakan makanan yang perlu ada untuk pentadbiran dan ditolong oleh Khaulah, Batrisya dan beberapa dayang. Muaz , Shahrul dan Syahmi pula diarah untuk menjemput penduduk-penduduk yang ada di Kerajaan Avalor. Huzair dan Hazirah diarah untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk acara tersebut.

"Naila, adakah Hazirah sudah bersiap sedia?" soal Permaisuri Khadija setelah membantu di dapur.

"Nurin sedang menolong Puteri Hazirah memakai alat solek," balas Naila, salah seorang dayang yang sudah lama bekerja di bawah pemerintah Raja Rizal.

Permaisuri Khadija mengangguk dan melangkah ke bilik Hazirah bersama Khaulah dan Batrisya. Sebaik sahaja mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bilik Hazirah, Permaisuri Khadija tersenyum manakala Khaulah dan Batrisya terkedu.

TBC


next chapter
Load failed, please RETRY

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C12
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン