アプリをダウンロード
20% Surrounded By Powerful Men / Chapter 4: Bilik Muzik

章 4: Bilik Muzik

⚠️ Before you read this story, please follow my account ⚠️

Selena berjalan menuju ke bilik muzik yang berada di hujung koridor sekolahnya.Ia merupakan tempat yang paling disukai di sekolah kerana ia berada di tempat yang terpencil dan tiada gangguan.Setiap kali dirinya ke sana,suasana hatinga sedikit tenang dan lega sekali.

Selena membuka pintu bilik itu dan masuk lalu dia mengambil tempat untuk duduk dan memainkan piano sambil berlatih yang ada di hadapannya.Tanpa diketahui Jeremy Lee sedang memperhatikannya dari dalam bilik itu. Jeremy hanya memerhati sang gadis memainkan piano tersebut. Jari jemari sang gadis mengalun indah irama piano.

[Flashback]

Jeremy sedang tidur di dalam bilik muzik dengan tenang.Tiba-tiba dirinya terbangun kerana bunyi langkah kaki dari dalam bilik itu.Dia bangun lalu melihat gerangan yang memasuki bilik itu.Rupa-rupanya Selena.Kemudian, Selena duduk dan memainkan piano di hadapannya.Selena tidak menyedari bahawa ada seseorang di dalam bilik itu.Selena memainkan piano dengan kusyuk sekali manakala Jeremy mendengarkan alunan yang indah itu.Dia hanya melihat sang gadis itu.Jantungnya berdegup setiap kali dia melihat Selena. Wajah mulus itu sentiasa berada di benaknya. Entah kenapa setiap kali ingin memejamkan mata, wajah Selena sentiasa muncul.

[Flashback End]

"Pak,pak,pak,pak,pak,pak,pak,pak!!!"bunyi tepukan dari dalam bilik yang ia huni itu.

Selena pun memberhentikan jarinya dengan mendadak sehingga bunyi piano perih di telinga.

"Kenapa kau berhenti?Teruskan,rupanya kau sungguh berbakat juga orangnya..."ujar Jeremy selepas menepuk tangan.Selena lekas berdiri apabila mendapati Jeremy turut ada di sana.Dia takut kalau Jeremy akan membulinya. Jeremy Lee juga antara anak orang kaya yang paling misteri. Dia tidak pernah terlalu menonjolkan diri.Jeremy berjalan mendekati Selena yang telah berdiri itu.

"Jangan dekat!"kata Selena dengan takut.Jeremy cuba mendekati Selena. Dia melangkah ke arah Selena secara perlahan.

"Jangan dekat!!"kata Selena lagi.Jeremy tetap datang mendekat walaupun di teriaki oleh Selena.

'Gadis yang menarik sekali...'ujar Jeremy di dalam hatinya.Dia ingin mengusik Selena. Dia tahu Selena Rosellea Parker seorang yang rapuh.

Jeremy menarik tangan Selena lalu menempelkan sang gadis ke dinding bilik itu.Tangannya menghalangi Selena daripada lari.Jeremy pertama kali melihat wajah Selena dari dekat.Menggunakan tangan kanannya lalu membuang kaca mata sang gadis.Dia dapat melihat wajah cantik Selena dari dekat. Mata biru pudar yang indah,kulit seputih salju.Ternyata kaca mata itu menjadi penghalang wajah cantik Selena Rosellea Parker.

"Gulp..."Jeremy menelan ludah.Bibir merah nan seksi Selena kelihatan mengghairahkan. Dia seperti ingin menjamah bibir indah itu. Air mata mula keluar di tubir mata. Dia tidak ingin diperlakukan begitu oleh lelaki yang tidak dia cintai.

"Apa yang ingin kau lakukan,hah?!"tanya Selena cemas setelah kaca matanya dibuang dari tempat asalnya.Jeremy cuba untuk mencium Selena namun gadis itu menyedari perlakuan yang akan bakal dilakukan oleh Jeremy dan sempat melarikan diri ke kelas.

"Dasar lelaki gila!Uhuks!"ujar Selena sebelum meninggalkan bilik itu diselangi tangis dan hilang dari pandangan Jeremy.Jeremy tersenyum nakal.

"Benar-benar gadis yang menarik sekali.Mengapa aku tidak pernah menyedarinya sebelum ini,haishh!"ujar Jeremy nakal lalu membetulkan baju seragamnya.

"Dan,... Dia bau manis," seloroh Jeremy Lee. Bau aroma bunga ros menerpa hidung saat dia mendekati Selena.

.

.

.

Dalam perjalanan ke kelas, Selena mengelap air mata yang mengalir di pipi mulusnya.Kemudian,dia bertemu dengan Gerard di lorong menuju kelas.Gerard mengjulurkan sedikit kaki panjangnya untuk menyekat kaki Selena yang sedang menghala ke arahnya.Wajah Gerard penuh kebencian apabila memandang Selena kerana Selena merupakan anak orang miskin yang bersekolah di sini.Bagi Gerard, Selena tidak layak bersekolah bersama orang kaya seperti mereka.

Selena melihat geng Gerard yang berada di lorong.Dia sudah mengetahui apa yang bakal berlaku selepas ini.Selena semakin mendekat.Tiba-tiba...

"Bukk!"Selena terjatuh kerana tersadung kaki panjang Gerard si pembulinya itu.

"Hahahahaahahahhahah!Padan muka!Hahahahahhah!"Gerard ketawa dengan kuat.Selena pula terduduk di atas lantai sambil menunduk.Dia tidak berani mengangkat kepalanya.Kemudian sampah di taburkan ke atasnya.

" Elok lah tu, bau miskin dan bau busuk macam sampah! AAHAHAHAHH," Gerard ketawa besar usai membuli Selena.

Kawasan itu menjadi kotor kerana ulah Gerard.Lelaki itu kemudiannya beredar dari situ bersama anak buahnya sambil ketawa gembira.Selena pun menangis teresak-esak. Dia bangun dan membersihkan dirinya yang dipenuhi oleh sampah yang disebabkan ulah Gerard Parkinson.

.

.

.

Setelah tamat waktu persekolah, Selena berjalan pulang.Sebelum itu,dia menuju ke tandas awam yang berada di tepi taman untuk membersihkan seragamnya yang kotor akibat ulah Gerard sambil membawa buku sekolah yang sudah dirobek Edora Patrick dan satu buku berwarna biru yang merupakan tempat luahan perasaannya. Buku itu menjadi saksi segala penderitaan yang dialaminya saat ini.

Tiada siapa yang mampu membantunya saat ini. Masing-masing berpaling tadah dari kebenaran dan keadilan. Bahkan pihak sekolah hanya membuta tuli.

Selena menangis teresak-esak disudut tandas awam itu sambil tangannya sibuk menulis sesuatu di dalam buku biru tadi yang merupakan diari miliknya.

Sudah banyak derita yang dia hadap hari ini, Edora, Gerard dan Jeremy Lee.

Usai menulis dalam diari biru miliknya. Dia termenung sejenak.

" Hina sangat ke orang miskin macam aku ni sampaikan tak ada orang nak kawan dengan aku"

" Tapi, tak apa aku akan pastikan diri aku ni berjaya dan buang semua peraturan yang tak masuk akal untuk menindas orang miskin macam aku," ucap Selena lalu menyeka air matanya.

Selena Rosellea Parker bangun dan keluar dari tandas. Tiba-tiba dia terlanggar seorang lelai tegap dan tampan. Habis berterabur buku-bukunya dan kaca mata jatuh ke lantai di hadapan tandas awam itu. Dia bergegas mengutip buku- buku itu dan berlalu pergi dengan cepat. Lelaki itu memandang Selena dengan dalam. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Mengapa awak menangis?"tanya lelaki itu sedikit merasa aneh. Pandangan mereka terbantut saat lelaki itu berbicara dengan nya.

"Erh,tiada apa-apa sebenarnya,saya hanya sakit perut sahaja.."jawab Selena sambil tersenyum pahit.

Lelaki itu hanya diam seribu bahasa.

Selena berlalu pergi dari situ dan bayangan sang gadis hilang dari pandangan mata.

Lelaki tegap itu ternampak buku diari biru yang terjatuh semasa perlanggaran tadi dan mengutipnya.

"Nape dia menangis?Ada sesuatu yang tak kena..."ujar lelaki itu sendirian.Dia membelek-belek buku diari biru ditangannya lalu menelefon seseorang.

"Encik Parkinson,jemput aku sekarang juga...!"arah lelaki tegap itu dengan tegas.

.

.

.

Psst, votes and comments are free ✿ ♡


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C4
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン