Ainul Mardhiah Abdul Ghafar (19 tahun) adalah seorang pelatih aspuri Pusat Latihan Dakwah Islam. Salah satu cita-cita ayahnya yang harus Ainul tunaikan. Yup, impian seorang ayah yang ingin melihat anaknya yang nakal untuk menjadi seorang ustazah. Macam nak gelak rasanya, tapi itulah kenyataan yang dialami oleh Ainul Mardhiah Abdul Ghafar. Seorang pelatih perkuliahan jurusan agama dan dakwah. setiap ibubapa pasti ingin melihat anaknya berjaya dan hidup dengan berakhlak mulia.
Mohd Haziq Bin Mohd Rafiq (18 tahun) seorang pelatih aspura di Pusat Latihan Dakwah Islam. Seorang yang matang dan berakhlak mulia, menjadi idola pelatih aspuri khususnya tempat Ainul menimba ilmu. Seorang yang tinggi, putih dan senyuman yang tak lekang dari wajahnya. Ainul adalah salah satu pelatih yang menyimpan perasaan dalam diam, cuma Allah sahaja yang tahu. Siksa rasanya, tapi itulah yang dihadapi oleh Ainul selama berada dalam satu lingkungan dengan Haziq. Apalagi setiap hari pasti akan terserempak, bibit-bibit cinta pasti akan ada.
Adakah perasaan Ainul berbalas?
Dan apa reaksi Haziq???
Jom kita semak sama-sama... ☺️
Untuk keterangan lanjut, cerita ini tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang telah meninggal dunia.
Terima kasih kerana sudi membaca karya saya. Jangan lupa komen ye, komen-komen ANDA amat saya hargai. Semoga terhibur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih. ❤️