アプリをダウンロード
7.14% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 75: Medalion Kepala Binatang Bercakaran

章 75: Medalion Kepala Binatang Bercakaran

編集者: EndlessFantasy Translation

"Chi!"

Tiba-tiba, lelaki berlengan panjang itu berasa kesakitan pada dadanya, seperti senjata tajam telah menikam dadanya!

Dia sudah mencapai Penubuhan Asasi; badannya tahan lasak dan kulitnya keras seperti kulit lembu tua. Tetapi pada ketika ini, badannya seperti tauhu, senang ditembusi. Satu pedang telah menikam terus jantungnya.

Dia memandang Song Shuhang, tetapi lelaki muda di depannya memegang botol Cecair Penguat Badan dengan kedua-dua tangannya—tiada benda lain yang dipegangnya.

'Apa yang telah berlaku? Apa yang sedang berlaku!?'

Darah mengalir keluar daripada dadanya, dan diserap oleh pedang halimunan itu, menyebabkan hujung pedang menjadi warna merah, "Benda apa ni!?"

Lelaki berlengan panjang meninggikan tangannya dengan berang, matanya dipenuhi kebencian. Meskipun ia akan mengakibatkan kematian, dia akan menarik Song Shuhang ke neraka bersamanya.

Namun, dia hanya meninggikan tangannya separuh jalan sebelum mereka terkulai. Dia berasa seluruh badannya menjadi lemah; semua qi dan darah, serta semua tenaganya diserapkan oleh pedang halimunan itu.

Pada masa yang sama, dalam mindanya, berpuluh-puluh ribu sami botak sedang melafazkan bacaan kitab tanpa berhenti-henti, "Lautan kepahitan tidak terbatas, pusingkan kepala anda untuk melihat pantai; letakkan pisau daging, dan menjadi Buddha dengan serta merta!"

Song Shuhang menarik nafas, dan mencabut pedang terbang hitam, "Pedang terbang."

Pedang terbang kepunyaan Mahaguru Utama Prinsip Pemikir, yang nasib baiknya belum dikembalikan lagi.

Hanya mereka yang mempunyai kebenaran Mahaguru Utama Prinsip Pemikir, seperti dia dan Mahaguru Ubat, boleh melihat pedang terbang ini. Dalam pandangan orang lain, pedang terbang ini halimunan, dan kewujudannya tidak dapat dikesan.

Sememangnya, jika kuasa pihak lawan melebihi kuasa Mahaguru Utama Prinsip Pemikir, cerita akan menjadi lain.

Sejak pertemuan ini, Song Shuhang memang telah menggunakan pedang terbang ini. Pada asalnya, dia ingin mencari peluang untuk menikam lelaki berlengan panjang apabila dia mendekatinya.

Namun, Song Shuhang tidak menjangkakan pihak lawan akan berani meluru ke arahnya. Song Shuhang hanya perlu membetulkan sedikit posisi hujung pedang, dan mengacunya ke arah jantung lelaki berlengan panjang.

Seterusnya, dengan bunyi 'chi', jantung pihak lawan ditikam.

Begitu senang, dengan mengangkat tangan sahaja.

Malah dia telah menjimatkan pil busuk!

Lelaki berlengan panjang membuka mulutnya, dan dengan susah payah mengeluarkan dua perkataan, "Mengambil Alih1?"

Mempunyai kehidupan manusia yang sempurna, dan seorang yang mempunyai tahap pertapaan seorang manusia. Tetapi seorang yang mempunyai Cecair Penguat Badan, pedang terbang, dan status senior yang menyebabkan Mahaguru Altar bimbang hanya mungkin merupakan pertapa legenda yang menakutkan, dan menggunakan teknik Mengambil Alih semasa hujung hayat mereka. Tetapi, teknik Mengambil Alih bukan sekadar legenda ke?

Song Shuhang tidak memberi perhatian kepada kata-kata lelaki berlengan panjang itu. Dia meninggikan pedang terbang hitam itu, dan bau lemah darah termasuk ke dalam hidungnya.

Walaupun dia telah menetapkan tekadnya, bau darah masih menyebabkan Song Shuhang menjadi tidak selesa. Lagipun, dia bukan syaitan yang membunuh orang seperti memotong gandum, tetapi seorang pelajar kolej yang biasa.

Dia menarik nafas yang dalam, dan diri yang sebenar dari Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar muncul dalam mindanya, menahan dan menenangkan dirinya.

"Ada kata-kata akhir?" Song Shuhang bertanya.

"Saya..." lelaki berlengan panjang membuka mulutnya.

Semasa lelaki berlengan panjang sedang bercakap, pedang terbang Song Shuhang ditinggikan lagi, dan memotong kepala lelaki berlengan panjang dengan satu potongan.

Lelaki berlengan panjang itu tidak akan mati dengan aman. Badan dan kepalanya terpisah, dan mayatnya jatuh ke lantai. Tambahan pula, tiada sedikit darah pun yang keluar dari lukanya.

Pedang terbang Mahaguru Utama Prinsip Pemikir bukan pedang yang biasa, membunuh orang tanpa melimpahkan darah merupakan ciri-ciri asasnya.

"Ya, saya cakap-cakap saja. Saya tak bercadang nak mendengar kata-kata akhir awak."

Tangan Song Shuhang yang memegang pedang menggeletar sedikit. Tangannya telah menjadi sedikit lembik, tetapi lama-kelamaan menjadi tenang semula.

Ini merupakan kali pertama dia mengambil nyawa seseorang. Sebelum ini, dia tidak pernah membunuh seekor ayam pun. "Inilah tekad saya."

Satu tekad yang dia mesti ada.

Lelaki berlengan panjang itu merupakan orang pertama yang mati di tangannya, tetapi dia tidak akan merupakan orang yang terakhir.

Kalau boleh, dia ingin menangkap lelaki berlengan panjang itu hidup-hidup, dan mengekstrak maklumat tempat penyembunyian Mahaguru Altar. Malangnya, dia tidak cukup berkuasa, sebab pihak lawan merupakan pertapa yang sudah membuka Bukaan Mata dan Hidung; dia tidak berkeyakinan untuk menumpaskan pihak lawan seperti ini.

Dalam situasi ini, membunuh lelaki berlengan panjang itu merupakan pilihan yang betul.

Dalam mindanya, Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar masih diaktifkan, membolehkannya mengekalkan ketenangan walaupun terdapat mayat tidak berkepala di depannya.

Dengan satu tangan pada pedang terbang hitam, Song Shuhang mendekatinya dengan berhati-hati, menyelongkar mayat lelaki berlengan panjang itu.

Pihak lawan tidak membawa banyak barang.

Satu ubat yang busuk—nampaknya seperti cecair pengurai mayat.

Tiga pisau tanpa pemegang.

Dan, sebuah medalion yang mempunyai ukiran tiga cakaran dan kepala binatang, yang sepatutnya melambangkan status lelaki berlengan panjang itu, atau organisasi yang disertai. Mungkin inilah petunjuknya.

Akhirnya, terdapat beberapa ribu keping wang kertas dan telefon bimbit Zhao Yaya.

Sebagai pertapa yang sudah membuka Bukaan Mata dan Hidung, lelaki ini memang miskin.

Song Shuhang membuka botol ubat itu dan menuang sedikit ke atas mayat lelaki berlengan panjang.

Bau busuk—mayat lelaki berlengan panjang dan sebahagian bajunya menyejat dan hilang dari dunia.

'Inikah khazanah?' Song Shuhang menyimpankan cecair pengurai mayat itu.

Kesan penguraian mayat sangat hebat; mayat seorang pertapa Tahap Satu boleh diuraikan dengan cepat, walaupun mayat itu tidak boleh menggunakan qi dan darah untuk menghalangnya.

Asalkan ia digunakan dengan baik, ia boleh digunakan sebagai senjata pembunuhan, betul?

Akhirnya, Song Shuhang menuang sedikit cecair pengurai mayat di atas baju yang tertinggal, memadamkan sisa terakhir lelaki berlengan panjang dan kewujudannya dalam dunia.

Selepas memastikan semua sisa sudah terurai, Song Shuhang menggendong Zhao Yaya dan bergegas ke kediaman Mahaguru Ubat.

Zhao Yaya masih tidak sedar diri. Dia risau sama ada lelaki berlengan panjang itu telah menggunakan racun atau sebagainya; lebih baik membawanya ke Mahaguru Ubat untuk diperiksa.

Selepas tiga, empat minit kemudian.

Zhao Yaya berasa kesakitan yang tajam di belakang lehernya, seperti mengalami kekejangan leher selepas tidur dalam posisi yang salah.

Lagipun, katil asyik bergetar. Dia mengerang beberapa kali untuk menunjukkan penentangan.

Namun, katil bergetar dengan lebih kuat.

'Celaka, tidur pun tidak boleh ke?'

Zhao Yaya membuka matanya dengan marah, dan dengan terkejutnya dia perasan dia bukan dalam katilnya, dan sebaliknya digendong oleh seseorang yang sedang berlari di jalan.

'Alamak, situasi apa ni!?'

Dia sangat terkejut, rasa mengantuknya sudah dihantar jauh seribu batu.

Adakah dia sedang diculik?

Nasib baik, dia mendapati orang yang sedang mengendongnya ialah orang yang dikenali. Dia terlalu biasa dengan Song Shuhang, oleh itu bila dia sedar sedikit, dia masih boleh mengenali siapa orangnya.

"Shuhang, dekat mana ni?" dia menepuk bahu Song Shuhang dan bertanya dengan lembut. 

"Eh? Kak, awak dah sedar?" Song Shuhang berhenti berlari dan meletakkannya atas lantai. "Awak rasa macam mana? Ada tak mana-mana yang tak selesa?"

Zhao Yaya mengerut dahi, "Badan saya baik, cuma leher saya agak sakit. Bagaimanapun, kenapa saya berada di sini?"

"Kak, kenapa awak tanya saya kenapa awak di sini? Bukankah awak yang suruh saya datang sini? Bila saya sampai, awak sedang berbaring di bangku, tengah tidur mati. Saya baru nak cari awak tempat untuk bermalam." Song Shuhang bercakap dengan ekspresi ikhlas dan memandang Zhao Yaya.

Dia tidak berbohong, memang Zhao Yaya yang memanggil dia keluar; Zhao Yaya memang tidur mati; dia tengah cari tempat untuk dia bermalam untuk satu malam.

"…" ZhaoYaya merenung Shuhang untuk masa yang lama, dan mendapati dia tidak nampak seperti sedang berbohong.

Dia cuba untuk mengingat kembali secara teliti, tetapi memorinya sangat kabur. Dia agak-agak ingat dia pergi minum dengan tiga kawan baik, dan dia sepatutnya balik ke rumah sendiri?

'Mungkinkah saya telah minum terlalu banyak? Tetapi, saya hanya minum empat gelas dengan kawan saya hari ini, bagaimana pula saya minum terlalu banyak?'

Zhao Yaya mengurut pelipisnya, dan kelihatan sangat bimbang.

"Kak, awak nak saya hantar awak ke hospital untuk pemeriksaan?" Song Shuhang berkata dengan bimbang.

"Tak payah, selain daripada kekejangan leher, saya tiada apa-apa. Teman saya balik saja, berehat satu malam patut mencukupi untuk memulihkannya." Zhao Yaya mengurut belakang lehernya, dia berasa seperti seseorang telah memberinya tetakan karate; sangat sakit. Selain daripada itu, badannya tidak berasa tidak selesa.

Lagipun dia pelajar perubatan, dia boleh tahu sama ada badannya sihat atau tidak.

"Kalau macam tu saya teman awak balik." Song Shuhang berkata sambil tersenyum.

Zhao Yaya berasa senyuman Song Shuhang dipenuhi kehangatan, memberi perasaan yang dia boleh diharapkan, "Shuhang, baru satu hari saja, tapi rasanya macam awak dah menjadi lebih matang?"

"Ya ke? Awak berfikir terlalu banyak." Song Shuhang berkata dengan bersahaja. Berubah, ya? Dari waktu dia mengayunkan pedang dan memotong kepala lelaki berlengan panjang, rohnya telah mengalami suatu perubahan.

  1. Menukar roh seseorang ke dalam badan yang lain sama ada yang sudah mati atau yang masih hidup…Selagi itu lebih baik daripada badan yang asal. Tujuannya untuk hidup dengan lebih lama, bertapa dengan lebih lama dan mempunyai badan yang lebih baik.

next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C75
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン