アプリをダウンロード
0.96% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 12: Jauhkan Diri Awak Daripada Dia

章 12: Jauhkan Diri Awak Daripada Dia

編集者: EndlessFantasy Translation

Melihat remaja kacak yang seronok itu, kening Xun Er yang nipis berkedut. Tidak menghiraukan panggilan remaja itu, dia berpusing untuk meninggalkan tempat tersebut.

"Cik Xun Er!"

Melihat Xun Er dari tepi, pemuda yang kacak tapi pucat itu menjadi gelabah dan dengan segera menghalang Xun Er dari depan.

Dihalang oleh pemuda itu, Xun Er menghentikan langkahnya. Matanya yang cantik dan panjang itu memandang pemuda itu dengan tajam dan malas. Namun, dia tidak berkata apa-apa.

"Cik Xun Er…" Merenung anak mata Xun Er yang menyerupai titisan air dan walaupun dia pandai memikat perempuan cantik, pernafasannya menjadi cepat. Lidah dia menjadi kelu.

"Tuan muda Jia Lie Ao, kalau tiada apa yang penting, sila beredar. Aku masih ada perkara yang perlu dilakukan."

Melihat remaja yang bermegah ini, Xun Er akhirnya bersuara. Suaranya yang lembut dan muda itu membuatkan muka remaja yang pucat itu menjadi merah.

"Hehe, Cik Xun Er, awak datang ke pasar untuk beli barang ke? Saya agak lapang sekarang jadi apa kata kita jalan bersama-sama?" Menarik nafas panjang, senyuman Jia Lie Ao adalah bersahaja dan beradab. Senyuman, ditambah pula dengan latar belakang dan kekacakannya telah berjaya memikat beberapa orang perempuan.

"Tuan muda Jia Lie Ao, aku dah kata aku ada benda yang hendak dibuat! Bolehkah bagi laluan?" Bibir kecil Xun Er bergerak dan suaranya yang lembut itu tidak menunjukkan kiasan kejengkelan.

Ditolak oleh Xun Er, Jia Lie Ao mengetap bibirnya tetapi dia terus bersenyum dan menarik keluar satu gelang daripada poketnya. Gelang itu berwarna biru keemasan muda dan diperbuat daripada Biru Keemasan. Gelang itu tergantung satu teras raksasa yang serupa bola hijau licin. Warna hijau lembut yang berkilau daripada teras raksasa tersebut dan menyebarkan cahaya di gelang itu, memberikannya satu warna istimewa. Gelang ini nampak mahal harganya!

"Hehe, kalau Cik Xun Er sibuk, maka saya, Jia Lie Ao tak akan menghalang awak lagi." Jia Lie Ao memegang gelang itu dengan ketat dan senyum. "Gelang ini saya baru beli dari pasar, sungguhpun ia taklah mahal sangat, ia mempunyai teras raksasa atribut kayu tahap 1 yang boleh menolong penyembuhan Dou Qi. Cik Xun Er belum lagi menjadi seorang Dou Zhe, gelang ini sesuai untuk awak. Ini adalah hadiah kecil daripada saya jadi jangan cakap tidak. Lagipun, saya akan hilang air muka di depan orang bawahan saya…" Jia Lie Ao perlahankan suaranya dengan sengaja dan orang bawahan di sekelilingnya tersengih seolah-olah ia adalah satu permainan.

Melihat perbuatan Jia Lie Ao, Xun Er mengangkat keningnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak melayan orang sebegini.

Apabila dia ingin menolak hadiah itu, pandangannya melihat ke arah teras raksasa hijau di gelang tersebut dan teringat Xiao Yan yang sedang sibuk mencari satu teras raksasa atribut kayu. Bulu keningnya yang panjang berkelip ringan dan wajahnya menjadi relaks sedikit…

Melihat wajah Xun Er yang bertukar menjadi relaks, jantung Jia Lie Ao berdebar dengan gembira dan menolak Gelang Atribut Kayu itu ke depan. "Cik Xun Er, awak tidak perlu malu. Puak Jia Lie dan Puak Xiao merupakan antara tiga puak utama di Bandar Wu Tan jadi bertukar-tikar hadiah antara satu sama lain adalah perkara biasa."

'Saya akan mengambil gelang itu, keluarkan teras raksasa itu dan berikannya kepada Abang Xiao Yan. Dan gelang tersebut, apabila dia tidak memberi perhatian… saya akan buangkan.' Dengan pemikiran nakal, Xun Er tidak teragak-agak menghulurkan tangannya, untuk mengambil gelang tersebut. Tiba-tiba satu tangan menahan Xun Er sebelum dia sempat mengambil gelang itu.

Pada masa tangannya digenggam, Xun Er terhenti seketika dalam keadaan terkejut sebelum membiarkan Dou Qi di dalam badannya mengalir untuk melindungi diri sendiri. Sebelum tangannya hampir bebas daripada genggaman itu, seorang pemuda berdehem membuatkan dia henti bergelut.

Menoleh ke belakangnya, Xun Er ternampak Xiao Yan dengan wajah yang marah.

"Kau tak tahu ke dia tu macam mana?" Menunjukkan muka masam kepada Xun Er, Xiao Yan mengkritik diri sendiri di dalam mindanya. Selepas itu, dia melihat ke atas dan berkata, "Tuan muda Jia Lie Ao, niat baik awak diterima oleh Xun Er tetapi untuk hadiah tersebut, awak boleh mengambilnya balik."

Melihat suasana yang dirosakkan itu, mata Jia Lie Ao menunjukkan kiasan kemarahan. Tetapi, di depan Xun Er, dia cuba menunjukkan sikap "budiman" dan tersenyum. "Tuan muda Xiao Yan, aku lihat Cik Xun Er tiada barang kemas jadi aku ingin membantunya. Kau tak nak ke Cik Xun Er menonjolkan kecantikannya dengan beberapa barang kemas kecil?"

Melepaskan keluhan dengan tidak bermaya, Xiao Yan memandang gelang Atribut Kayu di tangan Jia Lie Ao dan mengeluarkan satu lagi gelang hijau sambil berkata, "Awak suka sangat ke gelang tangan? Nah, jangan ambil barang orang lain sesuka hati. Saya sudah beritahu awak beberapa kali bahawa tiada benda percuma di dunia ini. Orang yang memberikan benda percuma selalunya mempunyai "udang di sebalik batu". Dengan wajah awak yang suci dan murni ini, awak mungkin akan dijual oleh orang dan masih tidak tahu apa yang telah berlaku."

Mendengar kata-kata Xiao Yan yang begitu jelas menghinanya, muka Jia Lie Ao menjadi dingin. Tetapi apabila dia ternampak gelang di tangan Xiao Yan, dia mula ketawa.

Gelang di tangan Xiao Yan, daripada sudut pandangan bahan, kosnya tak sampai 5 syiling emas. Tetapi, Gelang Atribut Kayu-nya yang mempunyai teras raksasa tulen, kosnya lebih daripada 1000 syiling emas. Kedua-dua gelang tersebut, tidak kira macam mana awak melihatnya, sama ada harga atau kegunaannya, mempunyai perbezaan yang besar dan gelang Xiao Yan tidak dapat dibandingkan dengan Gelang Atribut Kayu. Jadi, apabila Jia Lie Ao nampak Xiao Yan memberi gelang sebegitu kepada Xun Er yang cantik itu, dia tidak dapat menahan dirinya daripada mengenakan Xiao Yan. "Xiao Yan, aku tahu kau bukanlah berada di posisi yang tinggi di puak kau, tapi… kenapa kau beri benda yang menyedihkan ini kepada Xun Er?"

Tidak mengendahkan ejekan Jia Lie Ao, Xiao Yan melihat gadis muda itu yang sedang memerhatikan gelang tersebut di tangannya lalu bertanya, "Awak nak ke tak? Kalau awak tak nak, saya nak buangkan. Ia hanya 2-3 syiling emas saja."

"Haa…" Mendengar kata-kata Xiao Yan, Bukan sahaja Jia Lie Ao mula ketawa, orang bawahannya juga mula ketawa dengan nada sindiran.

Tetapi ketawa sindiran itu tidak berlangsung dengan panjang sebelum dipotong seperti lehernya dipotong. Semua orang kebingungan.

Xun Er yang terkejut itu, menjawab kata-kata Xiao Yan. Kedua-dua tangannya dihulurkan dan mencapai gelang di tangan Xiao Yan dengan segera. Selepas mengambil gelang tersebut, Xun Er menyedari perbuatannya, mungkin dia bertindak dengan tergesa-gesa…

Muka halus Xun Er mula tersipu-sipu tetapi Xun Er bukan seperti perempuan yang lain dan selepas berasa malu untuk seketika, dia mengambil dan memakai gelang di pergelangan tangannya yang putih itu. Mengangkat kepala dan memberikan satu senyuman manis, dia berkata, "Terima kasih Abang Xiao Yan."

Dengan mimik muka yang hodoh, Jia Lie Ao memandang Xun Er yang sangat intim dengan Xiao Yan. Di mukanya ternampak hirisan dengki dan berkata, "Hehe, aku tidak sedar bahawa kecenderungan Cik Xun Er sangat unik. Aku rasa aku tersilap."

Xiao Yan memandang ke arah Jia Lie Ao di hadapannya dan pandangan itu mendarat di bintang emas pada dadanya. Dia berfikir sejenak. 'Apabila saya berjumpa dengannya tahun lepas, dia hanyalah 9 Duan Qi kan? Siapa sangka dia berjaya memampatkan Puting Beliung Dou Qi-nya. Tetapi, untuk menjadi seorang Dou Zhe pada umur 21, bakat dia biasa-biasa sahaja…

Melihat Jia Lie Ao yang tidak mempunyai niat untuk beredar, Xiao Yan mengerutkan bibirnya. Taraf dan kuasa yang ada pada Jia Lie Ao tidak memberi kesan kepada Xiao Yan dan oleh kerana Puak Xiao dan Puak Jie Lie tidak mempunyai hubungan yang baik sebelum ini, dia tidak perlu bertolak ansur dan merendah diri. Meraba hidungnya, Xiao Yan berkata: "Tuan muda Jia Lie Ao, tabiat kau sebagai seorang kaki perempuan diketahui oleh seluruh Bandar Wu Tan. Xun Er masih muda dan tidak mempunyai masa untuk bermain dengan permainan kau jadi aku berharap kau akan mencari perempuan lain untuk bermain dengan pada masa yang akan datang."

"Jauhkan diri kau daripada dia!"

Selepas memberi amaran kepada Jia Lie Ao, Xiao Yan tidak mempedulikan Jia Lie Ao yang murka itu dan mengambil kesempatan usianya untuk bersikap sombong dengan Xun Er.

"Okay."

Mata tangkas Xun Er berkelip dan mengangguk tanpa ragu-ragu. Bagi dia, Jia Lie Ao adalah seorang yang tidak dikenali yang dia cuma berjumpa beberapa kali dan Xiao Yan pula, bagi dia, adalah tiada penggantinya. Jadi, apabila Xiao Yan menyuruhnya menjauhkan diri daripada Jia Lie Ao, dia patuh.

Pilihan ini bukan sukar bagi Xun Er.


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C12
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン