アプリをダウンロード
0.08% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 1: Genius Yang Tumbang
Pertarungan Menerusi Syurga Pertarungan Menerusi Syurga

Pertarungan Menerusi Syurga

作者: Heavenly Silkworm Potato

© WebNovel

章 1: Genius Yang Tumbang

編集者: EndlessFantasy Translation

"Dou Zhi Qi Tahap Ketiga!"

Melihat lima perkataan besar terpapar pada Monumen Ujian Magik yang terang sekali sampai menembusi mata, pemuda itu tidak menunjukkan sebarang reaksi, hanya tersenyum sinis. Dia menggenggam tangan dengan kuat, sehingga kuku jarinya mencengkam tapak tangan mencetus rasa sakit.

"Xiao Yan, Dou Zhi Qi, Tahap Ketiga! Pangkat: Rendah!" Selepas melihat maklumat yang dipaparkan, lelaki di pertengahan usia yang sedang berdiri di sebelah Monumen Ujian Magik itu mengumumkan keputusan dengan suara yang acuh tak acuh.

Pada saat lelaki itu mengucapkan kata-kata, padang yang sesak itu menjadi riuh-rendah dengan ejekan dan sindiran.

"Tahap Ketiga? Haha, kan aku dah cakap, "si genius" ini akan terus berada di kedudukan ini saja!"

"Ugh, si lumpuh ini memang memalukan puak kami saja."

"Kalau bapa dia bukan ketua puak, kami dah lama halau si lumpuh jenis ini daripada puak kami dan biarkan dia hidup sendirian. Dia tak akan mempunyai peluang untuk makan dan tidur bersama kami pun."

"Wow. Bagaimanalah genius yang dikenali di Bandar Wutan boleh jatuh sampai ke tahap ini?"

"Siapa tahu? Mungkin dia telah buat sesuatu yang membuatkan tuhan-tuhan murka dengan dia…"

Kata-kata belas kasihan dan ejekan di kawasan sekitar boleh didengar oleh pemuda itu yang sedang berdiri seperti tunggul di tempat sama. Kata-kata tersebut adalah ibarat sebatang tombak tajam yang telah menembusi jantung lalu membuatkan pernafasan pemuda itu bergerak pantas.

Pemuda itu mengangkat kepala dia dan menunjukkan muka dia yang halus dan kanyiar. Mata yang gelap dan tidak bermaya itu melihat ke arah rakan sebayanya yang sedang mengejek dan senyuman sinis tiba-tiba menjadi pilu.

"Adakah orang di sini selalunya begitu kejam? Atau mungkin disebabkan mereka telah menunjukkan sikap rendah diri dan tersenyum manis kepada ku tiga tahun yang lalu dan sekarang mereka ingin mengambilnya kembali…" Dengan senyuman kelat, Xiao Yan pusing ke belakang. Dia berjalan senyap ke arah barisan terakhir di dalam kumpulan. Kesunyiannyaseolah-olah tidak padan dengan persekitarannya.

"Seterusnya, Xiao Mei!"

Dengan pengumuman tersebut, seorang gadis berlari pantas keluar daripada sekelompok manusia. Apabila saja perempuan muda itu dilihat, semua perbualan di padang menjadi sunyi dan mata mereka merenung ke arah wajah gadis itu.

Gadis itu hanya berusia empat belas tahun dan masih belum dianggap sebagai perempuan yang amat cantik. Bagaimanapun, wajahnya yang belum lagi matang menunjukkan kilasan yang mempesonakan. Kesucian dan keayuan yang mempesonakan inilah yang menjadikannya tumpuan ramai.

Gadis cilik tu segera naik ke pentas dan mengangkat tangan yang kecilnya itu untuk menyentuh Monumen Ujian Magik yang hitam. Pada masa sama, dia menutup matanya perlahan-lahan.

Pada saat dia menutupkan mata, Monumen Ujian Magik menjadi terang.

"Dou Zhi Qi : Tahap Ketujuh!"

"Xiao Mei, Dou Zhi Qi: Tahap Ketujuh! Pangkat: Tinggi!"

"Hah!" Wajahnya menunjukkan senyuman bangga selepas mendengar keputusan daripada juruhebah.

"Tsk tsk, Dou Zhi Qi Tahap Ketujuh, aku tidak percaya. Dengan kelajuan ini, dia akan menjadi Dou Zhe dalam masa tiga tahun saja."

"Bakat dia memang berkelayakan tinggi untuk puaknya".

Mendengarkan bunyi perasaan cemburu daripada orang ramai, senyumannya menjadi semakin lebar. Keangkuhan adalah satu godaan yang kebanyakan wanita tidak dapat menahan diri daripadanya.

Semasa berbual dengan rakan kakaknya, renungan Xiao Mei beralih ke arah orang ramai dan berhenti kepada seorang pemuda yang sedang berdiri berseorangan di luar khalayak ramai.

Selepas berfikir untuk seketika, Xiao Mei membuat keputusan untuk tidak berjalan ke arahnya. Mereka berdua tidak lagi berada di tahap yang sama. Selepas Upacara Kedewasaan, persembahan Xiao Yan hanyalah berada di tahap rendah dan sederhana sahaja dalam beberapa tahun ini. Sebaliknya, bakat Xiao Mei akan menjadi satu tumpuan sumber untuk puaknya. Ia boleh dikata bahawa masa depan Xiao Mei tidak dapat dibayangkan.

"Ugh…" tiba-tiba mengeluh, Xiao Mei tiba-tiba teringat bahawa tiga tahun yang lalu, pemuda itu tidak mempunyai sebarang aura kemegahan. Bermula berlatih pada umur empat tahun, dia mencapai Dou Zhi Qi Tahap Kesembilan pada usia sepuluh tahun, dan pada usia sebelas dia telah mencapai tahap kesepuluh di mana dia berjaya menyalurkan Dou Qi untuk menghasilkan pusaran, menjadikan dia seorang Dou Zhe yang paling muda di dalam Puak Xiao yang tidak pernah ditemui pada abad tersebut.

Pemuda itu mempunyai potensi yang tidak terhad dan berjaya menawan hati gadis-gadis muda, termasuk Xiao Mei.

Bagaimanapun, pemuda "genius" ini menemui pengakhirannya. Tiga tahun yang lalu, lelaki muda ini yang mencapai kemuncak kemasyhurannya, tiba-tiba mendapat satu letupan kejam di dalam hidupnya. Bukan sahaja Pusaran Dou Zhi Qi yang ditapa olehnya selama sepuluh tahun hilang dalam satu malam, Dou Zhi Qi dalam badannya juga anehnya semakin berkurangan.

Impak secara langsung kehilangan Dou Zhi Qi juga mengurangkan kekuatannya untuk berterusan.

Jatuh daripada tahap "genius" kepada seorang pada tahap kebiasaan dalam satu malam, kejadian ini telah menyebabkan pemuda ini hilang semangat. Kemasyhuran sebagai seorang "genius" telah digantikan dengan pandangan hina dan sindiran.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kejatuhan Xiao Yan pada kali ini tidak dapat dipulihkan.

"Seterusnya, Xiao Xuner!"

Dalam suasana riuh-rendah, suara juruhebah kedengaran sekali lagi.

Orang ramai tiba-tiba menjadi diam. Mata mereka beralih.

Semua mata tertumpu pada seorang gadis berpakaian berwarna ungu. Dia berdiri dengan senyap dan riak wajahnya tidak bertukar walaupun menjadi tumpuan orang ramai.

Ketenangan dan sikap tidak peduli gadis tersebut adalah ibarat sekuntum bunga teratai yang sedang berkembang. Dengan usia yang begitu muda, dia mempunyai aura yang sebegitu. Kecantikannya adalah sukar untuk dibayangkan pada masa akan datang.

Sama ada perangai atau keayuan, gadis muda berpakaian ungu ini adalah lebih ayu daripada Xiao Mei. Ia adalah sangat natural untuk semua orang berkelakuan sebegitu.

Mengambil langkah yang kecil dan anggun, gadis ayu yang bernama Xiao Xuner berjalan ke arah Monumen Ujian Magik. Tangan kecilnya mencapai dan lengan baju ungu bercampur dengan benang hitam dan emas itu jatuh dan mendedahkan pergelangan tangan yang cerah. Dia kemudiannya menyentuh tugu tersebut dengan perlahan.

Dalam suasana hening, satu pancaran cahaya disuluh daripada tugu tersebut.

"Dou Zhi Qi: Tahap Kesembilan! Pangkat: Tinggi!"

Seluruh padang terdiam membaca perkataan yang dipaparkan di tugu tersebut.

"…. Dahsyatnya! Dia berada di tahap kesembilan! Pakar tertinggi untuk generasi muda di Puak Xiao pastinya adalah Cik Xuner." Di dalam suasana sunyi-sepi itu, semua lelaki muda menelan air liur melihat Xuner dengan mata penuh dengan rasa hormat.

Dou Zhi Qi adalah satu peringkat kesemua Dou Zhe perlu lalui. Pangkat satu hingga sepuluh adalah Dou Zhi Qi yang terawal dan selepas mencapai pangkat kesepuluh, mereka boleh menyalurkan Dou Qi mereka untuk menjana pusaran dan menjadi seorang Dou Zhe yang dihormati.

Dari kalangan ramai, Xiao Mei melihat gadis berpakaian serba ungu yang sedang berdiri di depan tugu tersebut sambil mengerut dahinya. Ekspresinya dipenuhi dengan perasaan cemburu.

Melihat informasi yang dipaparkan, juruhebah akhirnya memberi satu senyuman yang biasa dilihat. Dia berkata dengan penuh rasa hormat: "Cik Xuner, dalam tempoh setengah tahun ini, anda akan dapat menyalurkan pusaran Dou Qi anda dan jika berjaya, anda akan menjadi seorang Dou Zhe pada usia empat belas tahun. Ini menjadikan awak individu muda yang kedua di Puak Xiao dapat mencapai tahap ini selepas seratus tahun.

Ya, dia akan menjadi yang kedua. Yang pertama adalah Xiao Yan yang tidak lagi mempunyai gelaran genius.

"Terima kasih." Gadis muda itu mengangguk kepalanya tetapi tidak menunjukkan kegembiraan. Dia berpusing dan berjalan menuju ke arah lelaki muda yang sedih itu sambil direnung oleh semua orang.

"Abang Xiao Yan." Apabila sampai ke arahnya, gadis muda ini menghentikan langkah dan menundukkan kepala tanda hormat pada Xiao Yan. Kejelitaan wajahnya menunjukkan satu senyuman manis yang menyebabkan gadis lain berasa cemburu.

"Adakah saya mempunyai kelayakan untuk dipanggil sebegitu lagi?" Xiao Yan berkata dengan kelat sambil melihat mutiara baru puaknya. Xuner adalah antara beberapa orang yang masih menunjukkan rasa hormat selepas kejatuhannya.

"Abang Xiao Yan, awak pernah berkata dengan Xuner bahawa seseorang itu mesti melepaskan sesuatu untuk mendapatkan tanggungjawab yang lain. Sesiapa yang dapat berbuat demikian barulah boleh digelar sebagai bebas." Xiao Xuner berkata sambil tersenyum. Kemerduan suaranya dapat menyentuh hati seseorang.

"Haha, bebas? Tengok aku sekarang, adakah ini gelaransebagai seseorang yang bebas? Lagipun… dunia ini bukanlah untuk aku pun." Xiao Yan memberi senyuman pahit sambil bertutur dengan semangat yang lemah.

Berdepan dengan Xiao Yan yang patah semangat, dahi Xiao Xuner berkerut lalu berkata: "Abang Xiao Yan, walaupun aku tidak tahu apa terjadi dengan awak, aku percaya bahawa awak akan bangkit semula. Awak akan mendapatkan kemegahan dan kehormatan abang yang dahulu…" Berhenti seketika, muka gadis muda ini bertukar merah: "Abang Xiao Yan pada masa itu, agak menarik perhatian juga."

"Haha." Berdepan dengan kata-kata jujur, pemuda itu ketawa dengan janggal dan tidak berkata lagi. Lelaki-lelaki muda sepatutnya menunjukkan keangkuhan. Tetapi, ketika ini, Xiao Yan tidak mempunyai kelayakan untuk berbuat demikian. Dia berpusing dan berjalan keluar dari padang.

Berdiri di tempat yang sama dan melihat lelaki muda itu yang kelihatan terasing daripada orang lain, Xiao Xuner berhenti seketika sebelum mengejar Xiao Yan dan berjalan di sisinya. Semua orang merenung dengan perasaan cemburu.


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C1
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン