アプリをダウンロード
23.47% Perceraian Ke-99 / Chapter 215: Tidak Boleh Menafikannya

章 215: Tidak Boleh Menafikannya

編集者: EndlessFantasy Translation

Pada pukul 7 malam, gudang lama di bahagian timur itu kelihatan suram di bawah cahaya senja. Tempat ini hampir diabaikan. Sebuah van usang perlahan-lahan dipandu masuk, kelihatan biasa-biasa sahaja. Di dalam kegelapan, pemburu itu mencapai kamera yang telah dia sediakan, dan menyambungkannya pada alat kawalan Cheng You,

"Mangsa sudah tiba."

"Faham."

Van itu perlahan-lahan berhenti. Seorang wanita yang menutup seluruh tubuhnya, keluar dari van berkenaan. Dia memakai topeng muka, topi, cermin mata hitam, baju lengan panjang dan kasut sniker. Wanita itu perlahan-lahan berjalan menuju satu sudut. Selepas kira-kira tiga minit, terdengar bunyi kuat sebuah motosikal. Berdasarkan bunyinya itu, nampaknya ini motosikal yang hebat. Seorang lelaki menanggalkan topi keledar dan turun dari motosikal itu. Sambil bersiul, sama seperti Tang Mengying, dia tidak perasan kehadiran detektif itu dan kamera yang tersembunyi.

"Hei, apa yang kau takutkan? Berpakaian sebegini setiap kali berjumpa… Bukannya ada orang yang akan melihat kau."

"Jangan merepeklah. Mana barangnya?"

"Tak boleh bawa bergurau langsung. Nah!" Dia mencampak satu sampul surat ke tangan Tang Mengying. "Bukan mudah nak ubah semuanya dengan Photoshop. Kau perlu bayar lebih."

"Tamak!" Tang Mengying membuka sampul surat itu dan melihat gambar-gambar di dalamnya. Sambil tersenyum puas, dia berkata, "Mana kau jumpa lelaki ni? Hodoh sungguh."

"Lelaki gatal paling popular. Dia suka muat naik gambar-gambar skandal seperti ini. Aku bayar untuk beli gambar yang belum dimuat naik dan ubah muka perempuannya."

"Bagus. Tak nampak macam gambar edit."

"Mestilah. Mana benda yang kau nak tambah?"

"Nah. Ingat, tambah ini. Lepas itu, Li Sicheng tidak boleh menafikannya."

"Baiklah. Secepat mungkin aku akan tambah. Jangan lupa bayar duit aku."

"Baiklah"

"Kau tahu aku menggadai nyawa nak tolong kau, bukan? Ingat apa yang berlaku pada Jurulatih Jin? Kalau Li Sicheng dapat tahu, lebih teruk agaknya nasib aku."

"Kau takut? Kalau takut, aku cari orang lain saja."

"Tak adalah… Kita dah lama bekerjasama. Bayar saja satu atau dua juta lagi dan aku akan lakukannya untuk kau."

Peras ugut? Satu atau dua juta? Pemburu itu berfikir. Dia yakin Tang Mengying tak akan menerimanya dan berlalu pergi.

Namun begitu, Tang Mengying berkata, "Selepas selesai semuanya, kau akan dibayar. Buat saja kerja kau. Tapi, kau yakin yang kau selamat?"

"Jangan bimbang. Dari segi kemahiran menggodam, aku boleh katakan yang selain Z, dalam negara ini tak ada siapa yang boleh buat sebaik aku."

"Bagus. Pastikan hasil kerja kau hebat."

"Okey."

Kedua-duanya berlalu pergi dan Tang Mengying masuk kembali ke dalam van. Lelaki itu memakai semula topi keledarnya, bersedia untuk bergerak. Pemburu itu lega, menekan butang berhenti dan menyimpan kameranya. Walau bagaimanapun, sewaktu berbuat begitu, sikunya terkena satu kotak kadbod yang kemudiannya menyebabkan banyak barang-barang lain jatuh.

Tang Mengying dan lelaki itu terkejut. Lelaki itu berkata, "Siapa tu? Keluar!"

Pemburu itu ketakutan. Melihat kedua-dua orang itu menghampirinya, dia cepat-cepat lari.

Hati Tang Mengying menjadi gelisah. Wajahnya pucat dan dia menjerit, "Kejar dia!"

Lelaki itu terus menaiki motosikalnya dan mengejar pemburu itu.


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C215
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン