アプリをダウンロード
98.25% Perceraian Ke-99 / Chapter 900: Saya Cuma Sukakan Kamu

章 900: Saya Cuma Sukakan Kamu

編集者: EndlessFantasy Translation

Yu Lili pandai memasak terutama membuat masakan Daging Masak Sos Lada Hitam. Ou Ming sangat menggemari masakan itu. Ia masakan istimewa yang memerlukan masa dan usaha untuk menjadi sempurna, jadi Yu Lili jarang memasaknya.

Hari ini dia ternampak daging mempunyai harga promosi, jadi dia membelinya. Daging itu mengambil masa selama 40 minit untuk masak dan dia menjadi amat sibuk di dapur. Hampir jam 7 malam barulah dia selesai memasak semua hidangan.

Yu Lili melihat jam lalu menelefon Ou Ming. Telefon itu berdering beberapa kali tetapi tidak dijawab. Yu Lili menelefon sekali lagi, dan setelah seketika barulah Ou Ming menjawabnya.

Kali ini bunyi bising tidak lagi kedengaran. Suasana di tempat Ou Ming sunyi dan hanya suaranya yang kedengaran ketika dia menjawab, "Helo?"

Yu Lili berasa jengkel dan agak marah. "Kenapa kamu belum balik?"

Suasana di sebelah Ou Ming agak terlalu sunyi, malah suaranya bergema. "Nanti," kata Ou Ming. "Saya sedang makan malam bersama ibu saya. Bukan mudah untuk lepaskan diri daripada dia, jadi saya perlu berada di sini lebih lama."

Yu Lili teringat panggilan telefon pagi tadi.

Rumahnya dan ibunya. Kenapa perkara itu membuatkan saya rasa tidak selesa?

Yu Lili mahu bertanya, tetapi bimbang Ou Ming tidak akan menyukainya kerana bertanya terlalu banyak. Dia teragak-agak seketika sebelum berkata, "Okey, ambillah masa kamu."

"Okey. Jangan lupa makan." Ou Ming berasa sedikit bersalah dan menamatkan panggilan.

Yu Lili memandang meja yang dipenuhi masakannya itu dan berasa amat kecewa. Dia mengambil semangkuk nasi dan makan dengan perlahan-lahan.

Sebaik sahaja panggilan itu ditamatkan, Shen Manting membuka pintu. Perempuan itu masuk dan melihat riak wajah terkejut Ou Ming. "Di sini rupanya kamu. Kenapa kamu ada di bilik peralatan?"

"Tak ada sebab." Ou Ming memasukkan telefonnya ke dalam poket. Dia tidak mahu memandang Shen Manting, jadi dia berpaling ke arah lain. Ketika dia berjalan ke pintu, Shen Manting menahan dan menariknya. "Ou Ming, saya bakal isteri kamu. Tak bolehkah kamu sekurang-kurangnya cuba layan saya dengan baik?"

Ou Ming berpaling ke arahnya sambil tersenyum kecil dan berkata, "Shen Manting, kamu rasa saya akan bertunang dengan kamu jika bukan disebabkan Mama saya?"

"Kamu tak patut cakap begitu," kata Shen Manting dengan marah. "Kamu tahu keadaan Mama kamu bukan? Kamu ingat dia akan masih hidup jika bukan disebabkan pertolongan abang saya?"

Ou Ming mengangkat keningnya. Dia memandang Shen Manting dengan riak wajah sesinis mungkin dan bertanya, "Shen Manting, kamu kan sangat cantik, kenapa kamu sukakan lelaki seperti saya? Mengikut kata-kata kamu, kamu boleh dapatkan mana-mana lelaki yang kamu mahu. Jadi kenapa kamu terlalu tegar untuk bersama saya?"

"Saya cuma sukakan kamu. Kamu ingat saya tak tahu setiap kali kamu pergi ke kelab malam? Kamu ingat saya tak akan siasat?" Shen Manting mendekati Ou Ming dengan wajah bangga. Dia memandang tepat ke dalam mata Ou Ming dan menyambung, "Ia sama seperti menyiasat tentang perempuan simpanan kamu. Tak ada apa yang kamu dapat sembunyikan daripada saya, saya tahu semuanya." 

Ou Ming memandang Shen Manting dengan penuh kebencian.

Shen Manting sentiasa begini. Dia menyangka dirinya lebih berkuasa daripada sesiapa sahaja dan langsung tidak mempunyai empati terhadap orang lain. Dia bangga dengan dirinya, agresif dan angkuh. Dia tidak tahu yang saya boleh melihat dengan jelas ke dalam dirinya. Dia hanya mempunyai sedikit pengaruh kerana sentiasa bergantung kepada Shen Luo'an. Dia ialah perempuan bodoh yang paranoid!

Walau bagaimanapun, Ou Ming tidak tahu bagaimana pengaruh Shen Luo'an yang sedikit itu akan memberi kesan terhadapnya. Sekurang-kurangnya, belum lagi. Sambil mendengus sinis, dia berjalan keluar dari bilik itu.


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C900
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン