アプリをダウンロード
14.3% Perceraian Ke-99 / Chapter 131: Rahsia Terbongkar kepada Nenek Rong

章 131: Rahsia Terbongkar kepada Nenek Rong

編集者: EndlessFantasy Translation

Su Qianci mengambil masa 20 minit untuk bersiap. Disebabkan mereka akan pergi ke rumah lama dan dia masih tidak sihat, Su Qianci memilih untuk memakai pakaian kasual. Pakaian itu membuatkan dia kelihatan lebih muda dan segar.

Nenek Rong terpegun melihat Su Qianci dengan pakaiannya, lalu memuji, "Puan pakai apa pun tetap cantik. Betul kan, Tuan Li?"

Li Sicheng yang sedang duduk di sofa menoleh apabila mendengar kata-kata Nenek Rong. Dia turut terpegun seketika dengan penampilan segar Su Qianci. Tetapi dia terus memalingkan mukanya lalu meletakkan akhbar di atas meja sebelum keluar.

Su Qianci sudah terbiasa dengan perangai suaminya itu, jadi dia hanya mengenyitkan mata kepada Nenek Rong dan berkata, "Nenek Rong boleh balik dulu kalau tak ada apa-apa kerja. Kami mungkin akan balik lewat."

"Baik Puan." Nenek Rong melihat pasangan itu pergi sambil tersenyum sebelum naik ke tingkat atas untuk mengemas bilik Su Qianci. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Su Qianci, Nenek Rong menjumpai komputer riba yang diletakkan di tepi bantalnya. Dia menggelengkan kepala sambil menggumam, "Tak bagus untuk kesihatan jika letak komputer riba di sini." Ketika Nenek Rong mahu meletakkan komputer riba itu ke dalam laci almari di sebelah katil, dia ternampak satu dokumen di dalamnya. Nenek Rong membaca perkataan di atas dokumen itu dan mendapati ia tertulis "Kontrak Perceraian"…

Apabila pasangan itu tiba di rumah lama, jam sudah hampir menunjukkan pukul 6 petang, iaitu masa makan malam. Qin Shuhua duduk bersebelahan seorang lelaki yang kelihatan tegap. Mereka sedang melihat gambar di dalam album sambil ketawa.

"Ibu, Abang Long," Li Sicheng memanggil dan menjeling ke arah Su Qianci. Ini merupakan kali pertama dia bertemu abang iparnya pada kehidupan sekarang, jadi Su Qianci berasa agak gementar. Lelaki itu seiras Li Sicheng tetapi dengan raut wajah yang lebih lembut. Pada kehidupan lalu, Su Qianci hanya sempat bertemunya dua kali sewaktu makan malam keluarga. Dia kagum dengan pegawai polis muda itu. Jika Li Sicheng seakan bongkah ais yang dingin, Li Beixing pula seperti pokok pain, yang mampu membuatkan seseorang berasa dipercayai.

"Ibu, Abang Long," sapa Su Qianci.

"Ini isteri kamu?" Li Beixing senyum dan menyambung, "Pandai kamu pilih."

"Atuk yang pilih," Li Sicheng memberitahu dan duduk di sebelah abangnya.

'Maksud dia, dia tidak boleh tolak saya sebab atuk yang pilih?' fikir Su Qianci geram.

Li Beixing hanya tersenyum, tidak tahu apa yang patut dikatakan kepada adiknya itu. Dia memandang ke arah Su Qianci dan memanggil, "Mari duduk sini."

Su Qianci yang berasa agak janggal duduk di sebelah Li Sicheng.

"Saya minta maaf pasal tempoh hari. Kamu marahkan saya sebab tak datang lawat kamu di hospital?"

Su Qianci menggelengkan kepalanya. "Tak apa. Ia bukan perkara besar."

"Bukan perkara besar?" kata Kapten Li dengan suaranya yang kuat. Dia mendengus dan memukul Li Beixing dengan tongkatnya. "Kamu tidak pergi lawat adik ipar disebabkan teman wanita kamu yang entah dari mana. Langsung tak peduli dengan keluarga sendiri!"

Wajah Li mencebikkan bibirnya dalam kesakitan dan berkata, "Atuk, Su Qianci ada di sini. Tak bolehkah atuk tangguh dulu untuk membebel?"

"Belajar daripada kesilapan!"


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C131
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン