アプリをダウンロード
71.17% Perceraian Ke-99 / Chapter 652: Mana Boleh Bandingkan Dia dengan Papa

章 652: Mana Boleh Bandingkan Dia dengan Papa

編集者: EndlessFantasy Translation

Ou Ming duduk di bilik pejabatnya sendirian buat masa yang lama sebelum setiausahanya mengetuk pintu dan masuk. "Encik Ou, rakan kongsi itu dah tiba."

"Okey, jemput dia duduk dulu sekejap."

"Baiklah."

Ou Ming berdiri dan pergi ke bilik air untuk membasuh wajahnya sebelum keluar.

*****

Selepas mengembalikan telefon Luo Zhan, kedua-dua sahabat baik itu duduk di sofa ruang tamu sambil berbual.

Su Qianci masuk ke dalam bilik anak-anaknya dan melihat Li Jianqian sedang bermain bersama Li Mosen. Li Jianyue tiada di situ kerana sedang bermain anak patung bersama Qin Shuhua.

Bilik kanak-kanak itu dialas dengan karpet yang berwarna-warni. Li Jianqian sedang duduk di atas karpet dengan telefon bimbitnya dipegang di atas katil. Su Qianci memerhatikan anaknya bermain permainan telefon bimbit itu seketika dan apabila anaknya berjaya membunuh raksasa, dia memanggil, "Dasu." Li Jianqian tidak menoleh dan menyambung permainannya.

"Papa dah balik, kamu tak gembira? Dah lama Papa di luar, dia sangat ingin jumpa kamu dan adik kamu. Dia sangat sayangkan kamu. Kenapa kamu tak panggil dia Papa?"

Li Jianqian terbunuh dalam permainan itu. Dia berasa tidak gembira lalu meninggalkan telefon itu dan berdiri.

Su Qianci menarik Li Jianqian dan memeluknya supaya tidak boleh melarikan diri. "Jom ikut Mama keluar dan jumpa Papa?"

Li Mosen yang turut bermain permainan itu memasang telinganya dan membuatkan dia terbunuh beberapa kali.

"Tak mahu." Li Jianqian bergelut untuk melepaskan diri dari ibunya. Selepas tahu dia tidak mampu, dia berhenti bergelut dan berkata, "Saya tak suka dia."

"Kenapa? Dia ayah kamu."

"Saya tak suka dia, saya benci dia!" Li Jianqian memandang ibunya sekilas dan berkata, "Dia tak mahukan Mama. Dia langsung tak hargai Mama. Dia tak layan Mama sebaik Pak Cik Lu!"

Sejak bertahun-tahun lalu, semua orang menyaksikan bagaimana Lu Yihan melayan Su Qianci. Namun Su Qianci hanya menganggap lelaki itu sebagai kawan. Dia tidak pernah menyangka Li Jianqian yang baru berumur empat tahun itu turut melihat perkara itu dengan jelas. Su Qianci berasa bingung seketika kemudian mencubit pipi anaknya itu dan berbisik, "Pak Cik Lu ialah pak cik kamu. Mana boleh kamu bandingkan dia dengan Papa?"

"Kenapa tak boleh? Pak Cik Lu juga boleh jadi ayah kami. Dia layan kami dengan baik, kan? Mosen?" Li Jianqian menoleh ke arah Li Mosen.

Li Mosen terkebil-kebil mendengar pertanyaan itu dan mahu mengangguk. Tetapi sebaik melihat riak wajah Su Qianci, dia menundukkan kepalanya dan tidak meluahkan pendapatnya.

Li Jianqian mendengus kecil melihatnya. "Apa yang kamu takut? Mama tak akan pukul kamu!"

Li Mosen meletakkan telefon bimbitnya ke tepi. Kemudian dia meletakkan tangannya di atas katil dan berkata dengan suara yang lembut, "Papa kamu lebih hebat. Semua orang cakap dia sangat mengagumkan dan dah berjaya kumpul banyak harta sejak masih muda lagi. Dia beli banyak rumah besar dan sangat banyak kereta. Semua kereta di halaman rumah ini dibeli oleh ayah kamu. Nenek dan Pak Cik Luo yang beritahu saya."

"Pak Cik Lu pun ada rumah besar dan kereta!"

Su Qianci terdiam seketika mendengar kata-kata itu sebelum bertanya, "Kenapa kamu suka sangat dengan Pak Cik Lu?"

Li Jianqian memandang ibunya dan berkata tanpa teragak-agak, "Sebab Pak Cik Lu suka Mama!"

"Papa pun sukakan Mama. Dia pasti sangat sukakan kamu dan Ersu. Mama pasti dia akan sukakan Mosen juga."


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C652
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン