アプリをダウンロード
39.62% Perceraian Ke-99 / Chapter 363: Kenapa Bibir Kamu Bengkak?

章 363: Kenapa Bibir Kamu Bengkak?

編集者: EndlessFantasy Translation

Su Qianci menggeletar dan berasa lemah. Li Sicheng ketawa kecil dan menghisap cuping telinganya pula. Su Qianci memandangnya dengan pandangan kosong. Li Sicheng tersenyum. Wanita ini benar-benar sensitif.

"Ireland… Majlis kahwin?"

"Ya, majlis kahwin."

"Bukan kamu cakap… kamu dah lupa…"

"Saya tak maksudkannya."

Mata Su Qianci mula basah lalu air mata berguguran jatuh ke pipinya. Li Sicheng menyapu air mata itu dengan tangannya, "Jangan menangis. Keluarga kita sedang tunggu di bawah untuk makan malam."

Su Qianci mengetap bibir dan air matanya semakin laju menuruni pipi. "Kamu betul-betul maksudkan semua yang kamu baru cakap?"

"Buat apa saya nak tipu kamu?"

"Saya ingat kamu cintakan Tang Mengying."

Li Sicheng mengelap air mata Su Qianci dan kelihatan tidak senang mendengarnya. "Itu adalah penghinaan paling besar kamu boleh beri kepada diri kamu sendiri."

Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa.

Penghinaan terbesar kepada dirinya sendiri?

Dia tidak pernah tahu suaminya pandai bergurau.

Melihat Su Qianci ketawa, Li Sicheng berkata, "Dah, jangan menangis lagi. Atuk akan marah saya jika dia nampak kamu menangis." Kemudian dia merenung Su Qianci dengan wajah meminta simpati.

Senyuman Su Qianci semakin lebar dan dia menolak Li Sicheng perlahan. Li Sicheng mengukir senyuman yang jarang dapat dilihat dan mencucuk wajah Su Qianci dengan jari telunjuknya. "Kenapa kamu suka sangat menangis?"

"Mana ada…" Dia jarang menangis di hadapan orang. Tetapi entah kenapa, dia selalu tidak dapat menahan tangisannya di hadapan Li Sicheng.

"Okey, tak ada."

Su Qianci memuncungkan bibirnya dan menggumam, "Betullah…" Dia mendongak dan melihat Li Sicheng yang sedang tersenyum. Dia menarik lengan baju suaminta itu dan bertanya perlahan, "Kamu tak pernah tidur bersama Tang Mengying?"

"Tidak," jawab Li Sicheng dengan serius. "Jika saya ada apa-apa perasaan kepadanya, tak mungkin kamu akan dapat masuk ke dalam hidup saya." Kenyataan itu 100% jujur. Su Qianci tahu itu, tetapi dia tetap berasa sedikit kecewa. Dia menolak Li Sicheng ke tepi dan membuka pintu untuk keluar. Li Sicheng memeluk lehernya dan berbisik, "Jadi jangan pernah ragui saya lagi. Lelaki kepunyaan kamu ini sangat terluka." Suaranya yang dalam dan menarik membuatkan jantung Su Qianci berdegup laju.

Lelaki kepunyaan kamu…

Ia kedengaran hebat! Pipi Su Qianci bertukar kemerahan. "Kamu budak-budakkah, Encik Li?"

"Kalau kamu rasa begitu, saya iyakan saja Puan Li."

Jarak antara hidung mereka sekarang hanya satu inci. Su Qianci merenungnya dan tiba-tiba menggigit bibir suaminya itu. Kemudian dia berkata dengan serius, "Jangan tipu saya lagi."

"Tak akan."

"Kalau saya tahu kamu tipu saya, saya tak akan dengar lagi apa-apa penjelasan."

"Kamu tipu saya sekali dan saya tipu kamu sekali. Sekarang kita seri."

Su Qianci bingung seketika. Kemudian dia teringat kejadian yang membuatkan Lu Yihan terlantar di hospital. "Saya takut kamu marah."

Mendengar kata-kata itu, Li Sicheng meniru nada suara Su Qianci dan berkata, "Saya takut kamu risau."

Su Qianci terkedu lalu memuncungkan bibirnya. Dia menolak tangan Li Sicheng. "Kita patut turun sekarang. Mereka semua sedang tunggu kita."

"Okey." Li Sicheng memegang tangan Su Qianci lalu turun bersama-sama. Sebaik sahaja mereka muncul di ruang tamu, semua orang memandang mereka.

"Hei, kenapa bibir sepupu saya bengkak?" kedengaran suara seorang kanak-kanak. Semua orang terus ketawa.

Li Sicheng menjawab dengan tenang, "Ia digigit seekor rusa."


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C363
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン