アプリをダウンロード
58.51% Perceraian Ke-99 / Chapter 536: Jangan Lupa Datang Kembali

章 536: Jangan Lupa Datang Kembali

編集者: EndlessFantasy Translation

Kenapa saya perlu buat dia bahagia?

Rong Haiyue adalah penjenayah yang telah merogolnya. Dia langsung tidak mempunyai keinginan untuk bersama lelaki itu. Rong Haiyue memaksanya melakukan seks sehingga dia mengandung anak lelaki itu tanpa kerelaannya.

"Bila saya lihat dia besarkan anak orang lain, budak yang entah datang dari mana, saya rasa sangat puas hati," kata Rong Xuan lalu menarik nafas dalam dan cuba menahan air matanya. "Kemudian Rong Haiyue tahu saya selalu datang ke Kingstown. Saya sedar dia mula mengekori saya. Sejak itu, saya tak berani lagi pergi ke rumah anak yatim itu, tapi setiap tahun saya akan hantar wang dan belikan pakaian dan mainan baru untuk kamu…"

Ya, Su Qianci masih ingat tentang itu. Anak-anak yatim yang lain selalu mencemburuinya. Malah pengetua rumah anak yatim itu juga mengatakan dia anak yang istimewa. Haha… memang istimewa.

Rong Haiyue yang mendengar sambil terbaring di katilnya hanya merenung siling tanpa berkata apa-apa. Matanya yang tajam seakan helang itu mula bergenang dan kelihatan dipenuhi kekecewaan.

"Tapi Rong Anna pula, saya tak pernah anggap dia sebagai anak saya. Saya cuma ada seorang anak. Qianci, saya ibu kamu." Akhirnya perkataan ibu itu keluar bersama tangisan. Air mata Rong Xuan mula mengalir tanpa henti. "Kamu boleh salahkan saya atau bencikan saya. Saya tak kisah, ini semua memang salah saya. Tapi Rong Haiyue tak tahu apa-apa. Kamu boleh marahkan saya. Tapi Rong Haiyue dah selamatkan nyawa kamu malah ditembak untuk kamu. Dia kehilangan darah yang sangat banyak waktu itu dan hampir mati. Kali ini, bagi menyelamatkan kamu dan suami kamu, hampir seluruh tubuhnya melecur sebegini. Itu masih belum cukup?"

Itu masih belum cukup? Cukup? Belum cukup?

Fikiran Su Qianci kacau-bilau. Dia melihat tangisan Rong Xuan, tetapi matanya sendiri langsung tidak basah. Namun sesuatu seolah-olah memukul tepat ke hatinya. Dia sudah tidak mahu mendengar apa-apa. Su Qianci terus berjalan melepasi Rong Xuan dan menuju ke arah pintu wad itu. 

"Qianci," panggil Rong Xuan, tetapi kali ini Su Qianci tidak berhenti. "Tak kira apapun yang dah berlaku sebelum ini, Mama dan Papa tak akan pernah sakiti kamu."

Pengawal peribadi Su Qianci, Shuang Yu sedang menunggu di luar pintu. Sebaik melihat Su Qianci keluar, dia segera mengikutinya.

Su Qianci berjalan pantas dan segera menjauhi wad itu. Dia terdengar satu jeritan, "Jangan lupa datang kembali, kami akan tunggu kamu."

Kami akan tunggu kamu.

Sebaik mendengar jeritan itu, Su Qianci tidak mampu menahan tangisannya lagi.

Dia menekan butang lif dan segera masuk ke dalam sambil tunduk supaya tiada sesiapa melihat air matanya. Apabila melihat Su Qianci berjalan keluar dari hospital, Yang memandu ke arahnya dan menjemput Su Qianci dan Shuang Yu masuk. Di dalam kereta, Su Qianci menelefon Li Jinnan.

Li Jinnan sedang sibuk dan mengambil masa yang lama untuk menjawab panggilan itu. Apabila menjawabnya, nafasnya kedengaran tercungap-cungap. "Helo Qianci?"

"Kamu sibukkah?"

"Saya sedang berlatih menumbuk dengan Abang Long. Dah lama saya tak berlatih."

"Kamu ada masa tak tengah hari ini? Datang ke syarikat. Ada mesyuarat ahli lembaga pengarah jam 2 petang nanti. Kami ada perkara yang sangat penting untuk beritahu kamu."

"Saya? Ke syarikat Sicheng?"

"Saya nak kamu ambil alih Syarikat Li."

"Wow, mana boleh. Saya tak pernah cuba uruskan perniagaan!"

"Kamu boleh."

Li Jinnan sangat bijak dan berkebolehan. Pada kehidupan lalu, adik iparnya itu memulakan syarikat hiburan bersama Li Sicheng secara suka-suka. Namun perniagaan itu akhirnya sangat berjaya.

Mendengar kata-kata itu, nafas Li Jinnan semakin laju. Dia berkata, "Okey, jumpa kamu tengah hari nanti."

"Satu lagi… Abang Long ada di situ?"


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C536
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン