アプリをダウンロード
4.76% Lukisan Cinta Kita / Chapter 1: Chapter 1
Lukisan Cinta Kita Lukisan Cinta Kita original

Lukisan Cinta Kita

作者: Ghost_Sinker

© WebNovel

章 1: Chapter 1

"Assalamualaikum awak. Saya suka awak"

Suara gadis muda menyapa telinganya. Jaha yang sedang tidur di atas bangku yang terletak di bawah pokok rendang yang rimbun itu membuka matanya perlahan-lahan. Matanya begitu tajam sekali merenung gadis yang berwajah comel itu.

"Siapa yang hantar kamu ke sini untuk mainkan saya?!" Suaranya begitu kasar sekali.

Gadis comel itu tersentak terus. Dia menatap lelaki itu dengan mata yang seperti kehilangan fokus.

Jaha. Itu ialah nama pelajar samseng di sekolah barunya itu. Pelajar lelaki yang amat digeruni oleh semua pelajar, cikgu dan orang kampung.

Sepanjang dia berpindah di kampung Ibunya ini, nama lelaki ini begitu popular sekali sehingga dia yang baru berpindah di kampung ini pun turut mulai mengenal siapa pemilik nama Jaha itu.

Jangan menganggap namanya itu kolot. Nama budak kampung. Sebab itu bukan nama sebenarnya. Dari yang dia tahu nama pelajar samseng ini amat panjang dan unik. Tetapi dia tak ingat apa sebab terlalu panjang dan dia ketika itu malas mahu mengambil peduli.

Namun beberapa jam yang lalu dia telah dicabar oleh kawan sekelasnya untuk membuat pelajar samseng berambut panjang ini jatuh cinta kepadanya. Dia yang amat yakin dengan wajahnya yang cantik plus comel menerima cabaran rakan sekelasnya tanpa banyak fikir.

Namun sekarang...?

Dia amat terkejut ketika melihat mata yang begitu tajam merenungnya itu. Bersinar umpama sebuah permata hitam. Buat dia merasa seperti jiwanya telah diserap ke lohong hitam.

Nafasnya hampir hilang.

Dum...! Dum....! Dum...!

Jantungnya berdegup kencang. Jangan tanya dia kenapa jantung dia buat hal sekarang. Sebab dia betul-betul tidak tahu apa yang berlaku terhadap dirinya sendiri juga!.

"Woi! Pekak! Kau dengar tak apa aku cakap?! Siapa yang sial sangat hantar kau ke sini mengganggu aku ah?!"

Lyrine tersentak apabila ditengking oleh pelajar lelaki samseng itu yang masih berbaring dan mata tajam sekali merenung dia. Dia dapat rasa jika pelajar samseng itu bangun dari baringnya di atas bangku itu, dia tidak akan teragak-agak untuk menumbuk dia! . Dia yakin sebab dia dengar dari kawan sekelasnya yang suka bergosip tentang pelajar samseng ini dibelakangnya, yang Jaha berani menumbuk sesiapa sahaja tidak kisah budak, orang tua dan perempuan!.

Jaha benar-benar bengang sekarang ketika melihat budak perempuan itu seperti tengah berkhayal memandang ke arah wajahnya. Buat dia mulai merasa syak sama ada wajahnya tak bengis lagi, sampai budak ni seperti tak takut ketika ditengkingnya dan dimarahinya.

Kalau orang lain yang berdepan dengan dia. Heh..! Jangankan 5 saat, sebelum sesaat pun mereka dah cabut lari seperti dikejar zombie ketika ternampaknya.

"Awak nama saya Lyrine Binti Haikal. 16 tahun. Kelas 4A. Pelajar baru. Dan saya rasa saya dah jatuh cinta pandang pertama kat awak!"

Namun apa yang keluar dari mulut gadis itu buat dia bangkit terus dari baringnya.

"Kau nak cabar akukah?! Kau ingat aku tak berani nak campak kau kat sungai depan tu, kalau kau terus-terus nak sakitkan hati aku?! Baik kau blah sekarang juga!"

Dia betul-betul bengang sekarang. Rasa tangannya ringan sahaja mahu menumbuk gadis di depannya ini. Tak kisahlah anak orangkah apa, gadis comelkah apa! Yang penting dia paling pantang sekali dengan orang datang mengganggu rehatnya ketika dia ada masa rehat untuk ponteng di sini dan berehat dari terlibat bertumbuk dengan pelajar samseng sekolah lain yang datang cari pasal ke tempatnya.

Siapa juga hantu yang bagitahu kat jembalang ini yang dia ada kat sini!. Kalau dia tahu siapa orang itu memang mahu ditumbuknya sampai masuk hospital sekarang!.

Lyrine tersentak lagi. Rasa takut ketika lelaki itu berdiri dari baringnya. Namun entah kenapa dia tidak dapat menahan dirinya dari merasa teruja ketika mendapati ketinggiannya mencapai bahu pelajar samseng berambut panjang itu.


クリエイターの想い
Ghost_Sinker Ghost_Sinker

Permulaan perkenalan mereka berdua memang bermula seperti ini.

Untuk pengetahuan. Lyrine dah jatuh cinta pandang pertama kat Jaha ketika pertama kali menatap mata Jaha.

Mungkin agak fast, tetapi itu memang sikap Lyrine. Keras kepala, sukar jatuh cinta. Namun sayangnya jatuh cinta pandang pertama kat orang yang agak....ehem...ehem...faham2lah

next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C1
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン