アプリをダウンロード
57.44% Love Between Choices / Chapter 27: Bah. 3: Berdaun dua

章 27: Bah. 3: Berdaun dua

Haris tiba di pejabatnya. Dia melihat bekalan makanan di atas meja. Dia menyedari bekalan itu diberikan oleh pembantu jururawat yang bekerja di bawah pengelolaannya. Sejak mula berkerja di hospital itu, jururawat itu, Linna banyak membantu menyesuaikan diri dan menguruskan kerjanya.

Dia terkenang saat-saat dia dibantu oleh Linna itu. Tiba-tiba, Linna masuk ke ruang pejabatnya dan menyapanya pagi itu.

"Good morning, Dr. Haris." Linna menyapa Haris sambil meletakkan beberapa fail di atas mejanya.

"Morning, Linna." Haris membalas sapaannya bersahaja.

"Lepas ni, awak tak payahlah berikan bekal untuk saya dah." Haris memberitahu.

"Lagipun, saya baru hired maid. So, saya dah breakfast kat rumah. Awak tak payah susah-susah dah lepas ni," jelas Haris.

"O~. Baiklah, Doktor." Linna akur dengan hal itu walau terselit kekecewaan di wajahnya.

Linna meminta diri dan meneruskan kerja seperti biasa. Begitu juga dengan Haris. Selepas selesai membuat rondaan pemeriksaan pagi, Haris berjalan mendekati kaunter wad. Belum sempat dia mendekati kaunter itu, dia terdengar perbualan beberapa jururawat yang sedang bergosip sesama mereka.

"Kalian rasa si Linna tu syok kat Doktor Haris, kan?" ujar seorang jururawat yang bertubuh kecil molek.

"Kan, dia je yang suka kerja dengan Doktor Haris." Seorang lagi jururawat yang sedang menongkat dagu dengan belakang tapak tangan sambil menyiku lengannya pada kaunter berkata.

"Doktor Haris tu handsome, siapa tak suka nak kerja dengan dia. Tapi seriously dia tu tak sociable betul. Satu kita tanya satu dia jawab. Kalau kita tak sapa dia, jangan harap dia nak sapa kita." Seorang jururawat lain pula bersungut akan pendapat mengenai Doktor Haris yang sukar didekati itu.

"Kan. And kerja dengan dia seriously annoying. Less talk tapi always want to be perfect. Memang kita boleh tahu apa dia fikirkan," sungut jururawat yang keempat.

Ketika itu, jururawat berempat itu sedang rancak bergosip mengenai Doktor Haris dan Linna. Mereka tidak menyedari kehadiran Doktor Haris yang berdiri di koridor yang terlindungi dari pandangan mereka di kaunter itu.

"Itulah. Si Linna je yang sanggup kerja dengan dia," ujar jururawat yang kecil molek itu.

Kemudian, Haris perlahan-lahan mendekati mereka seperti tidak menyedari perbualan mereka itu. Dia memberikan carta rekod pesakit ke kaunter wad. Jururawat-jururawat itu cuak dan segera menyapanya seperti tiada apa-apa berlaku malah tersenyum ramah kepadanya. Haris hanya mampu membalas senyuman mereka.

Sementara itu, Aisyah melakukan kerja seperti yang telah diperintahkan. Tanpa sedar, waktu kerjanya telah tamat, Aisyah beransur keluar dari rumah. Dia berasa senang hati kerana hari pertama kerjanya berlalu dengan tenang.

Sedang lif yang dinaikinya perlahan-lahan turun, pintu lif tiba-tiba terbuka di aras empat belas. Dia melihat gerangan residen yang menanti di aras itu.

"Amir?" sapa Aisyah yang kaget sebaik mengecam gerangan yang menanti di aras itu.

"Kau kenal dia, ke?" soal gadis di sisinya. Amir hanya mengangguk lalu segera menyapa Aisyah sambil memasuki lif itu, "Hai, Aisyah. Kau tinggal kat apartmen ni juga, ke?". Gadis itu hanya akur dan mengekori Amir.

"Taklah. Aku kerja kat salah satu apartmen kat sini. As maid," jelas Aisyah.

"Kau dah dapat kerja baru," ujar Amir dengan terselit sedikit hampa kerana hanya mengetahui mengenainya ketika itu sedangkan dia menyangka selama ini persahabatan antara mereka semakin rapat. Namun ia hanya anganannya.

"Haah. Lupa nak beritahu kau," ujar Aisyah lembut saat terkenang Amir juga teman rapatnya kini.

"So, bila kau free? Nanti kita boleh lepak sama-sama," ujar Amir yang sekadar ajak-ajak ayam.

"Aku selalu free je. Selalu Hakim ajak aku dinner sama-sama. So, kami selalu lepak kat uptown," ujar Aisyah bersahaja.

"O~! Tak ajak aku," omel Amir yang rasa diabaikan.

"Taklah. Hakim kata kau selalu kata kau busy sebab projek baru kau tu. Siap mengadu tak cukup tidurlah, rehatlah." Aisyah berkata.

"Hish, Hakim ni, mulut tempayan betul. Itupun nak cerita, ke?" sungut Amir yang tidak menyangka keluhan yang dikongsi bersama-sama Hakim turut diketahui oleh Aisyah.

Tanpa mereka sedar, lif mereka telah tiba di aras parkir bawah tanah. Mereka keluar dari lif dan Amir turut mengiyakan perkara yang diperkatakan oleh Hakim itu benar, "O~, betullah. Aku tengah busy prepare album baharu aku."

Mereka berdiri sebentar di hadapan lif itu dan masih menyambung perbualan mereka. Aisyah mengomel geram dengan Amir itu, "Huh, dia yang busy. Bukan kita yang tak nak ajak, dia yang tak masa nak melepaknya."

"Tapi setakat ajak makan, aku ada je masa. Lagipun, sesibuk apapun aku still kena makan. Kan? So, lain kali ajak je aku sekali, even tak boleh lepak lama-lama dengan kalian," ujar Amir yang masih ingin meluangkan masa bersama-sama mereka walau dalam kesibukannya bekerja.

"Yalah, lain kali kami ajak." Aisyah berkata bersahaja untuk meredakan ketegangan itu.

Mereka berpisah selepas mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain dan membawa haluan masing-masing selepas itu.

Haris pulang dari kerja agak lewat malam itu. Seperti kebiasaan, sebaik pulang dari hospital, dia akan langsung membersihkan diri. Selesai mandi, dia berasa haus dan berjalan keluar dari biliknya ke dapur dengan jubah mandinya lalu dia mendapatkan air mineral dari peti sejuk dan melihat makanan yang disediakan oleh Aisyah. Dia membaca nota yang ditinggalkan di atas makanan tersebut.

"Just perlu reheat kat microwave, " bait-bait pesanan yang ditinggalkan oleh Aisyah. Dia tersenyum sendiri saat membaca bait nota itu yang ditulis dengan ringkas namun comel dengan lukisan kartun yang mendemonstrasi pesanannya itu.

Haris mengikuti arahan seperti pesanan Aisyah itu.


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C27
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン