アプリをダウンロード
87.23% Love Between Choices / Chapter 41: Bah. 2: Ketakutanku

章 41: Bah. 2: Ketakutanku

Aisyah melihat pemandangan kota bandar raya Kuala Lumpur dari atas bumbung bangunan syarikat, tempatnya bekerja. Kedua-dua tangannya memegang pagar kaca keselamatan itu. Dia menarik nafas panjang saat dia mengenangkan hidupnya. Angin sempoi-sempoi meniup anak-anak rambutnya yang bebas dari kemasan rambutnya tersimpul rapi.

"Jauh termenung," sapa seseorang.

Aisyah terperanjat dengan sapaan itu lalu menoleh ke sisi dan melihat seorang gerangan segak bersut hitam dan berkemeja putih. Kotnya sengaja tidak berkancing menampak gaya bebas dan bersahaja. Aisyah hanya melihatnya sekilas dan kembali menikmati pemandangan di hadapannya serta tidak mempedulikan pendampingan gerangan itu.

"Macam mana someone from ground floor sampai ke rooftop ni?" soal gerangan penuh tanda tanya akan kehadiran Aisyah itu.

"Kau kenal aku, ke?" tanya Aisyah yang gemas dengan kemunculan tidak diduga gerangan itu.

"Kau receptionist kat bawah, kan?" soal gerangan itu lagi yang mengecam Aisyah.

"Kenapa tak boleh, ke, aku naik kat sini? Sekarang lunch time. Akupun kerja kat sini. So, tak salahpun aku nak lepak kat sini." Aisyah menjelaskan haknya.

"Aku tak kata salah. Just uncommon. Selalu yang lepak kat sini untuk merokok. Viewing scenery is rarely." Gerangan itu berkongsi pemikirannya pula.

"Really? Do I care?!" ujar Aisyah dengan acuh tak acuh.

"Why? There are something bothers you?" soal gerangan itu lagi yang melihat Aisyah seperti sedang dihantui sesuatu di fikirannya sehingga dia termenung jauh dan tidak menyedari kehadirannya yang sudah seketika di situ sebelum dia menyapa Aisyah.

"Yes. You!" balas Aisyah dengan geram.

Gerangan itu tersengih sinis mendengar comelan Aisyah itu. Dia akhirnya berdiam tapi dalam senyap dia diam-diam memerhatikan Aisyah. Entah mengapa, gerangan itu merasai suatu tarikan akan gadis di hadapannya itu.

"By the way, my name is Luqman. You?" ujar gerangan itu memperkenalkan dirinya kepada Aisyah dan tertarik untuk mengetahui nama gadis itu.

"Why I should tell you?" soal Aisyah yang enggan mendedahkan namanya.

"Cause mulai hari, kita kawan. Every time, kita lepak kat atas ni, we are friends." Luqman menjelaskannya dengan sopan dan ramah.

Aisyah tersenyum dan akhirnya memperkenalkan dirinya, "Aisyah."

Tiba-tiba, sekelilingnya bertukar dingin dan langit berubah mendung sekelip mata. Ketakutan memburu Aisyah. Dia tersandar di pagar kaca keselamatan dan kaku. Gerangan yang bersama-samanya menghilang. Cuaca semakin memburuk dan guruh berdetuman dengan kilat menyambar jauh di langit.

Dia masih pegun dan tiba-tiba Luqman berdiri dari kejauhan. Ketika itu dia seolah-olah dipukul realiti, peristiwa itu adalah pertemuan pertamanya dengan Luqman. Luqman sekelip mata berdiri di hadapannya seperti hantu. Gerangan di depannya mencengkam lehernya dan menolak tubuh kecilnya ke pagar kaca di belakang. Tiada kesakitan yang jelas dirasainya namun ketakutannya semakin memuncak.

Pagar kaca itu tiba-tiba lesap. Kini, cengkaman itu mengangkat tubuhnya ke udara dan menjauh dari pinggir bumbung bangunan itu. Dia melihat pemandangan bawah bangunan yang jauh ke tanah. Luqman melepaskan cengkamannya dan Aisyah jatuh ke bawah. Ketakutannya memenuhi tubuhnya dan saat itu terasa terlalu lama sebelum tubuhnya menghempas tanah.

Sebaik tubuhnya menghentam tanah, mata terceliknya dan ketika itu dia melihat hiasan-hiasan yang dikenalinya. Dia menyedari dirinya masih di dalam biliknya dan kejadian itu sekadar mimpi buruk akibat tidur petang sehingga maghrib. Tubuhnya dipenuhi kerigat dingin akibat ketakutan yang dirasainya dari igauan itu. Dia menenangkan fikirannya dan menarik nafas panjang.


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C41
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン