アプリをダウンロード
63.01% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 184: Bab 184

章 184: Bab 184

編集者: EndlessFantasy Translation

Setelah melihat Jiang Chong tidak lagi mencuba untuk campur tangan, Chu Qiao kembali berasa tenang sambil mengangkat pedangnya dan memberitahu He Xiao, "Jom pergi. Kalau kita tak dapat selesaikan hal ini dalam masa beberapa minit, kita tak akan dapat peluang yang baik seperti ini pada masa depan kelak." Setelah itu, tentera dari Garison Utusan Barat Daya yang terakhir telah memasuki pertempuran tersebut dan dalam sekelip mata sahaja bunyi pekik terlolong pertempuran mereka serta telapuk kuda kini kedengaran. Pengawal peribadi Jeneral Cheng berteriak kedukaan kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk bersembunyi lagi. Jiang Teng melindungi Jeneral Cheng dengan pedangnya dan berseru dengan kuat, "Lindungi Jeneral! Lindungi dia!" Setelah dia menghabiskan kata-katanya, sebatang anak panah menembusi udara lalu menusuk dadanya.

Para pengawal seramai 100 orang itu rebah seorang demi seorang, mayat mereka lantak dilenyek-lenyekkan oleh kuda-kuda pertempuran dari kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan yang kucar-kacir sebegitu, bunyi senjata berlaga dapat didengari dari mana-mana arah. Para tentera dari Garison Utusan Barat Daya telah berjaya mengepung Cheng Yuan dan saki-baki pengawalnya secara menyeluruh dan sebatang demi sebatang anak panah dilepaskan ke arah Cheng Yuan dan pengawal-pengawalnya lalu membuatkan mereka rebah beramai-ramai.

Tiada gunanya mereka menjerit lagi. Cheng Yuan, dengan matanya yang merah terasa seperti boleh naik gila jadinya. Mengikut rancangan pemuda itu, Garison Utusan Barat Daya sudah pun dihapuskan sekarang ini, dan tidak kira betapa marahnya Chu Qiao, dia hanya akan menjadi seperti seekor binatang buas yang tidak berdaya serta tidak boleh melakukan apa-apa terhadap Cheng Yuan dan seratus pengawal peribadinya. Walau bagaimanapun, bukan sahaja Garison Utusan Barat Daya tidak mati, mereka malah berani menyerang khemah utamanya. Wanita ini benar-benar gila sehingga melampaui imaginasinya. Adakah dia benar-benar akan mati di sini hari ini?

"Perintah daripada Tuanku! Semua orang perlu segera berhenti! Sesiapa yang terus bertempur akan dihukum dengan undang-undang ketenteraan!" Apabila sang pengutus berteriak dari luar pengepungan, Cheng Yuan terus berasa lega. Namun, Chu Qiao berpura-pura tidak mendengar askar itu lalu menikam seorang askar yang lain demi menunjukkan keazamannya untuk menyingkirkan Cheng Yuan.

Kawasan perkhemahan yang diliputi salji itu bagaikan telah menjadi sebuah pengisar daging gergasi selepas mayat-mayat yang bergelimpangan berubah menjadi timbunan bahan organik yang menggerunkan. Dengan bunyi pertempuran yang bergema di udara, perasaan tertindas dan amarah yang dialami oleh Garison Utusan Barat Daya selama ini akhirnya meletus tatkala mereka berjaya mengatasi segala halangan musuh dengan pantas.

"Perintah daripada Tuanku! Semua orang perlu berhenti sekarang!"

Sang pengutus itu terus berteriak. Chu Qiao terus menerkam Cheng Yuan ke tanah dengan sekali tendangan sahaja dan lantas darah merah yang mengalir dari pedangnya menitis ke atas tanah, mengingatkan wanita muda ini kepada si tampan Xue Zhiyuan, para askar yang telah mengorbankan diri mereka untuk menyelamatkan Chu Qiao, tentera yang terkorban kerana Garison Beishuo meninggalkan bandar dan wajah-wajah mereka yang memandang wanita ini dengan penuh syak wasangka…

Chu Qiao langsung tidak membuang masa lagi lalu mengangkat pedangnya itu tinggi. Tanpa berkata apa-apa, keinginan membunuhnya terpancar jelas di mata lalu dia pun mengayunkan pedangnya mengenai lelaki itu!

Mata Cheng Yuan membeliak ketakutan, namun dia tidak dapat menjerit mahupun melarikan diri lagi sama sekali apabila berhadapan dengan pedang itu. Lagipun, dia telah dipanah berkali-kali sebelum ini jadi dia memang hilang keupayaannya untuk bertarung.

Sebelum sempat pedang itu membelah tengkuknya, sebatang anak panah telah dilepaskan di udara. Kelajuan anak panah itu begitu pantas sekali sehingga terlihat seperti dapat menghasilkan percikan api di udara. Sebuah percanggahan yang lantang bergema dan pergelangan tangan Chu Qiao terasa kebas disebabkan impak tersebut. Bilah pedang itu terlepas sasarannya lalu menusuk salji dan hanya tergores sedikit sahaja mengenai kulit Cheng Yuan.

"Tuanku! Selamatkan saya!"

Anak mata Chu Qiao yang membuak-buak dalam kemarahan itu kelihatan seperti boleh memuntahkan api semasa wanita ini menarik pedangnya dan menghayunkannya kembali, tetapi sebelum sempat dia menghayunkannya, sebatang lagi anak panah terbang melayang ke arahnya. Kali ini, anak panah itu tidak disasarkan pada pedangnya tetapi pada He Xiao yang berdiri di belakangnya. He Xiao kemudiannya menepis dengan pedangnya, tetapi dia tersandung disebabkan impak anak panah tersebut yang kuat. Sebelum sempat dia berdiri, sebatang anak panah yang lain meluru ke arah mukanya pula!

Chu Qiao mengayunkan pedangnya untuk menepis anak panah itu. Setelah melihat bagaimana anak panah itu dilepaskan dengan kekuatan, kelajuan dan kuasa yang sebegitu dahsyat, Chu Qiao terpaksa menggunakan seluruh kekuatannya untuk menepis anak panah tersebut. Pada saat itu, dia terasa seolah-olah telah kembali beberapa tahun yang lalu ketika terdapat dua orang kanak-kanak di sesebuah istana tertentu. Seorang anak kecil telah melepaskan anak panah manakala seorang lagi telah menepisnya. Pada masa itu, semua anak panah yang mereka gunakan tidak mempunyai muncung dan bukanlah seperti kali ini di mana anak panahnya mempunyai muncung yang mampu membawa maut.

Cheng Yuan sudahpun melarikan diri apabila wanita muda itu berhasil menghentikan anak panah yang dilepaskan oleh Yan Xun yang sedang memakai baju hitamnya sambil terduduk di atas kudanya. Sebelah tangan pemuda itu sedang memegang busur emas miliknya manakala sebelah tangan lagi sudah meraih sebatang anak panah. Di belakangnya terdapat pengawal-pengawal dari Pasukan Tentera Helang Hitam yang berdiri sedang berdiri dengan dingin di belakang Yan Xun, hanya memerhatikan segala kekacauan di medan perang itu tanpa sebarang perasaan.

Angin bertiup di antara mereka diiringi dengan bunyi emping salji yang ditiupkan bersama angin yang kedengaran seolah-olah sedang meraung.

"Ah Chu, apa yang awak sedang buat ini?" Suara Yan Xun kedengaran sangat tenang, sehingga orang tidak boleh memahami buah fikirannya sama sekali namun raut wajah pemuda itu kelihatan sangat dingin seolah-olah dia bukannya sedang bercakap dengan rakan sewaktu zaman kanak-kanaknya yang telah menemaninya selama lapan tahun, mengharungi susah dan senang bersama, tetapi dengan orang asing. Setitik darah mengalir dari wajah Chu Qiao hingga ke lehernya, lalu wanita muda ini mendongakkan kepalanya untuk melihat Cheng Yuan yang sudah berdiri di sebelah Yan Xun dengan rasa hormat sambil menyalahkan Chu Qiao dan memutarbelitkan fakta. Namun, Yan Xun langsung tidak berkata apa-apa. Setelah melihat hal itu, Chu Qiao terasa seperti hatinya telah diliputi lapisan salji yang tebal di mana bibirnya bergerak sedikit, tetapi dia tidak mampu untuk mengujarkan apa-apa.

Dia selalu berfikir tiada salah faham yang akan wujud di antara mereka jadi wanita ini tidak perlu menerangkan apa-apa kepada pemuda itu. Namun, tiba-tiba Chu Qiao menyedari yang sekiranya dia tidak segera pergi untuk menerangkan hal sebenar kepada Yan Xun, maka dialah yang akan benar-benar dianggap sebagai pihak yang cuba untuk memecah belahkan Yan Bei. Sungguh ironi sekali.

He Xiao melangkah ke hadapan untuk menerangkan segala perkara yang terjadi. Tetapi sudah tentulah dia merahsiakan tentang pasukan tentera Xia yang sengaja melepaskan mereka, sebaliknya hanya menyatakan terdapat sesuatu perkara yang tidak kena dan berjaya menemui kejayaan.

Yan Xun hanya mendengar sahaja pertelagahan di antara He Xiao dan Cheng Yuan tanpa menguturkan sebarang kata, sementara para tentera dari Garison Utusan Barat Daya yang sudah naik berang berkumpul di sekeliling mereka dan angin malam menjadi semakin kencang. Chu Qiao hanya berdiri kaku di situ dengan tubuh badannya yang sudah mengebas disebabkan cuaca yang dingin, seolah-olah wanita ini telah bertukar pekak terhadap bunyi di sekelilingnya dan penglihatannya pula kini hanya tertumpu pada sepasang anak mata milik Yan Xun sahaja. Anak mata pemuda itu kelihatan sangat hitam dan jelas, tetapi mengapakah pada masa yang sama matanya itu terasa seperti telah diliputi dengan lapisan fros?

"Ah Chu," Tempik Yan Xun. Suara pemuda itu tidaklah sekuat mana tetapi sudah memadai buat mereka untuk menghentikan segala perbalahan yang sedang berlaku di situ. Yan Xun menatap mata Chu Qiao dan dengan tenangnya bertanya, "Betul ke semua ini?"

Chu Qiao menoleh ke arahnya dengan senyap bersama pandangan mata yang sedang bagaikan melangkaui masa, terpesona dengan masa lalu mereka, seolah-olah segalanya yang berada di sekeliling mereka tidak wujud dan hanya dua pasangan mata mereka ini sahaja yang mampu mengungkap sejarah silam dan juga masa depan. Zaman yang sangat kejam ini telah menemukan kedua-dua jiwa ini yang sepatutnya tidak akan berhubung langsung, maka bertemulah kedua-duanya di medan buruan di Empayar Xia. Chu Qiao sering tertanya-tanya, benarkah dia telah melangkaui masa selama beribu-ribu tahun, meneroka jarak, ruang dan masa yang tidak terhitung jauhnya untuk ke sini semata-mata demi Yan Xun? Tidak kira sesulit mana keadaan yang berlaku mahupun sesukar mana rintangan yang mereka lalui bersama, Chu Qiao akan sentiasa berada di sampingnya semasa mereka terjatuh, tersandung dan ketika mereka berdiri kembali. Takdir telah menyatakan mereka tidak akan mengabaikan dan akan sentiasa mempercayai antara satu sama lain sepenuhnya.

Wanita ini mengangguk tegas dengan sepasang mata yang masih kelihatan tenang manakala hatinya mula memanas. Seperti seorang penjudi yang menaruhkan segalanya dalam satu pertaruhan tunggal, Chu Qiao kemudiannya berkata, "Ya, betul."

Keadaan berubah menjadi sunyi tatkala Yan Xun mengecilkan matanya sebelum menggerakkan bibirnya sedikit untuk berkata sesuatu, namun Chu Qiao seolah-olah tidak dapat mendengar sepatah kata pun yang terkeluar dari mulut pemuda itu. walaupun suara Yan Xun kedengaran lantang dan bergema di telinganya. Sebenarnya, Chu Qiao boleh sahaja mendengarnya dengan kuat dan jelas, tetapi kata-kata itu terdengar seperti sesuatu yang langsung tidak bermakna dan tidak dapat ditafsir olehnya.

Yan Xun bertanya, "Kalau begitu, kenapa Garison Utusan Barat Daya tak nampak macam sedang bertarung pun? Menurut awak, pihak musuh ada lebih dari 3000 orang tentera, dan kalau mereka terima maklumat daripada Jeneral Cheng dan telah bersiap sedia sepenuhnya, bagaimana mungkin hanya sedikit saja yang terkorban?"

"Tuanku, saya rasa ada salah faham yang berlaku di sini. Saya dah menyinggung perasaan Cik Puan Chu di Beishuo. Selepas ditipu oleh beberapa orang jahat, saya secara tidak sengaja telah membunuh beberapa orang bawahan Cik Puan Chu. Jeneral Xue dah menjadi sahabat baik Cik Puan Chu, tetapi kematian Jeneral Xue itu juga disebabkan orang bawahan Tuanku ini juga. Jadi, memang tak hairanlah kalau Cik Puan Chu tak berpihak menyebelahi saya."

Jeneral-jeneral muda lain yang baru sahaja dinaikkan pangkat pun turut mengemukakan syak wasangka mereka. Mengapa Garison Utusan Barat Daya boleh tamatkan perlawanan mereka dengan sebegitu pantas? Jika mereka menghadapi musuh yang berjumlah 3000 orang, seorang komander yang tidak cekap pun pasti akan menyempurnakan pengepungan pihak musuh terlebih dahulu supaya tidak mahu membenarkan wanita ini melarikan diri dengan sebegitu senang.

Keadaan bertambah menjadi hiruk-pikuk bagaikan sekumpulan lalat sedang menghurung telinga wanita itu, namun memang mustahil bagi Chu Qiao untuk menerangkan hal sebenarnya. Bolehkah dia mengatakan Zhuge Yue yang telah membiarkannya pergi? Dengan sebegitu ramai orang di sekeliling mereka, mungkinkah Zhuge Yue akan dihukum oleh Empayar Xia jika cerita ini tersebar? Di samping itu, wanita ini juga sudah kehilangan segala keiginannya untuk menerangkan hal yang terjadi dan renungannya terpaku pada Yan Xun seperti kabus yang menghilang sebelum Chu Qiao tersenyum sinis seolah-olah mencemuh dirinya sendiri, "Awak tak percayakan saya ke?"

Yan Xun kemudiannya berkata, "Beri saya alasan yang munasabah."

Alasan yang munasabah? Adakah perintah dari Cheng Yuan dan kenyataan yang Garison Utusan Barat Daya sudah kehilangan lapan orang dan lebih 20 orang tercedera itu tidak cukup munasabah baginya? Pemuda itu mahu seluruh pasukan dihapuskan baru dianggap munasabah? Chu Qiao lantas melepaskan ketawa terbahak-bahak. Kekecewaan dan kesakitan yang ditanggung di dalam hatinya kini boleh dikatakan sama dengan sebilah pedang yang tajam sedang menghiris-hiris hatinya itu, lalu wanita ini mengetap bibirnya seolah-olah hatinya mula berdarah sebelum menjawab, "Yan Xun, selama kita kenal, pernah ke saya lakukan sesuatu yang akan membawa masalah kepada awak?"

Yan Xun berkerut, namun dia langsung tidak membalas.

Chu Qiao terus ketawa tatkala angin dingin terus bertiup di wajahnya. Bibirnya terasa kebas manakala matanya pula yang kelihatan seperti sebuah tasik yang jernih perlahan-lahan membeku dan akhirnya layu seperti bunga pada musim luruh sebelum gadis ini menjeling ke arah semua orang bersama sepasang mata yang kelihatan seperti angin yang bertiup membelai wajah mereka. Benih kecurigaan dan keraguan telah pun ditanam, jadi semuanya akan berubah. Yan Xun sudah menjadi Raja Yan Bei dan bukan lagi seorang putera tidak berdaya itu, jadi pemuda itu pasti akan mempunyai ramai pegawai yang bersedia untuk berada di sisinya dan Chu Qiao bukan lagi satu-satunya wanita untuk pemuda itu.

"Saya bersumpah ke atas langit dan bumi apa yang saya katakan itu semuanya benar. Kalau awak tak percayakan saya, awak boleh anggap saya sebagai pengkhianat dan bunuh saya!" Setelah itu, Chu Qiao berhenti daripada terus merenung khalayak ramai, mengheret tubuhnya pergi sebelum tersandung dan hampir-hampir terjatuh, namun wanita ini tetap menolak pertolongan yang diberikan oleh He Xiao dan yang lain. Tubuh lemah gadis itu kelihatan langsung tidak bermaya dan wajahnya yang pucat kini lebih memucat sehingga urat-uratnya tertimbul jelas diperlihatkan semasa dia sedang berangkat pergi meninggalkan orang ramai bersama sekumpulan burung gagak yang sedang berlegar-legar di atasnya, berjalan dengan senyap seperti dia cuba memaksa Yan Xun untuk membuat keputusan. Adakah dia akan menjerit kepadanya supaya berhenti ataupun dia akan membunuhnya? Ataupun mungkin dia akan meluru ke arahnya, memeluknya dan menyangkal kata-kata yang menyatakan dia mencurigai gadis itu?

Namun, pemuda itu langsung tidak melakukan apa-apa, hanya berdiri di sana sambil dikelilingi oleh ribuan orang bawahannya yang setia bersamanya dengan cahaya obor yang menerangi wajahnya begitu terang sehingga mampu menusuk-nusuk. Yan Xun menatap gadis itu tetapi renungannya tidak berbaur sebarang perasaan, tidak berlari kepadanya mahupun bercakap apa-apa lagi, malah dia juga tidak membunuh sesiapa, hanya masa yang berjalan melewati mereka begitu sahaja dengan salji yang masih meliputi permukaan bumi. Jarak di antara mereka semakin membesar, seolah-olah gunung dan lautan tiba-tiba muncul di antara mereka di kem kecil ini, terasa seperti berpuluh-puluh tahun sudah berlalu. Dari mula lagi, ketika pertemuan mereka buat kali pertama sehinggalah ke saat mereka berdiri di samping masing-masing dan berjuang bersama. Kata-kata yang mereka lafazkan sewaktu bersama-sama dulu masih terngiang-ngiang dan segala janji yang diungkapkan masih segar dalam ingatannya. Walau bagaimanapun, semua kata-kata dan janji itu sudah tidak berharga lagi sekarang.

'Yan Xun, kita telah mengharungi segala rintangan hidup dan mati bersama. Kita telah terselamat dalam menempuhi hari-hari yang paling sukar dalam hidup kita. Kita telah berjanji yang kita akan pulang ke kampung halaman kita dan bina semula Yan Bei bersama. Kita juga telah berjanji yang kita akan membalas dendam bersama. Kita berjanji yang kita akan saling mempercayai dan tidak akan mengabaikan satu sama lain selamanya.

Namun, dunia ini sememangnya tidak semudah yang kita sangkakan. Awak pernah katakan yang awak hanya akan mempercayai saya seorang sahaja di dunia ini. Namun, setelah melalui segalanya, awak sudah terlupa bagaimana untuk mempercayai orang lain, termasuklah diri awak. Awak tak mampu untuk mempercayai apa-apa saja yang berada di luar kawalan awak, termasuklah Kesatuan Da Tong, Encik Wu yang disukai ramai, Cik Puan Yu yang berbakat dan handal, Ah Jing yang selalu setia dengan awak selama ini, Garison Utusan Barat Daya yang bersumpah setia kepada saya dan akhir sekali saya sendiri, Chu Qiao yang banyak menyumbang kepada Yan Bei dan mempunyai pelbagai pertalian dengan awak.


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C184
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン