アプリをダウンロード
6.25% Kisah Seram Di Asramaku : Bilik 1604 / Chapter 1: Haa? Aku tak beranilah
Kisah Seram Di Asramaku : Bilik  1604 Kisah Seram Di Asramaku : Bilik  1604 original

Kisah Seram Di Asramaku : Bilik 1604

作者: shicimiya06

© WebNovel

章 1: Haa? Aku tak beranilah

Malam sunyi. Hanya bunyi selakan kertas yang memenuhi ruang bilik asramaku. Aku terus menghayati bunyi suara yang memanggil namaku, penuntut di Maktab Rendah Sains MARA, Kuala Lumpur.

"Amiir.. Amiirr..." Suara itu memanggil namaku. Aku mencuba untuk berkonsentrasi dengan suara yang mendayu-dayu, yang cukup sedih itu. Ku tutup mataku perlahan-lahan. Dapat kurasakan hawa yang begitu sejuk menyelubungi diriku.

"Amir?" Panggil seseorang, Borhan mungkin, roommate bilik asramaku.

Heeh! Segera ku buka mata. Kaget betul aku mendengar panggilan Borhan itu. Kuusap bulu romaku yang kian meremang, mencuba untuk memberi kehangatan pada diriku yang kian takut ini. Aku tidak berpaling ke belakang, mencuba untuk menenangkan hatiku yang begitu terkejut tadi.

"Heishh kau ni, Han. Lain kali kalau nak masuk tu bagi salam lah, tak elok tau kau masuk je tak bagi salam, nanti 'benda-benda' kat luar tu ikut kau jugak," ujarku panjang lebar, memberi nasihat ala-ala ustaz kepada rakanku yang sebenarnya lebih alim itu.

Berjela aku memberi khutbah,aku perasan yang Borhan diam tanpa kata. Aku berpaling.Alangkah terkejutnya aku ...

..... tatkala melihat ruang bilik asramaku yang masih kosong tanpa sesiapa kecuali diriku sendiri. Aku... bercakap seorang diri sebentar tadi..?

"Haih, takut jugak aku macam ni,'' aku mencuba menarik nafas yang kian tersengguk-sengguk. Aku beranikan hatiku, segagah hati ayahku yang merupakan seorang ustaz yang memang terkenal sebagai pengubat orang kerasukan -- alam-alam ghaib ni.

Namun, gusar menyelubungi diriku perlahan-lahan, seolah-olah aku mula ditelan oleh rasa takut yang teramat. Aku ni, jujurlah, memang penakut. Pantang melihat cerita seram sehari, boleh terbayang sampai berhari-hari. Jadi, aku memang tak sangguplah nak hadapi apa-apa peristiwa yang menyeramkan.

"Tak tidur lagi?" Aku terlompat dari kerusi yang sedang aku duduki akibat begitu terkejut merasakan tepukan dibahuku yang begitu dingin hawanya. Gedebuk! Berdetar rasanya dunia ku rasakan tatkala tubuhku terhenyak di lantai simen.

Aku dapat melihat Borhan tergelak besar mentertawakan aku. Rasa hendak pula ku beri sebutir dua penumbuk ku ini kewajahnya.

"Waih na joo, kau punya gayak terkejutkan macam cicak kena renjatan elektrik oww HAHAHAHAHAHA!" katanya mengejek tentang insiden kejatuhanku. Aku bingkas bangun dibantu oleh Borhan, rakanku yang kadangkala cukup menyebalkan itu.

"Kau ni memang tak reti nak bagi salam ke?" kataku dengan nada yang agak marah. Borhan yang sudah berhenti tertawa dan sedang mengelap air liurnya yang kian berjuntaian membasahi pipinya itu memandangku dengan raut wajah yang kehairanan.

"Telinga kah tu karipap Mir? Tiga kali ah aku bagi salam, assalamualaikum, assalamualaikum, assalamualaikum..Tapi kau indak melayan.Aku fikir kau jawab dalam hati, so aku masuk jak lah bah," usai dia memberikan penerangan, membuatkan aku sedar akan keadaanku yang terlalu sibuk bermenung. Borhan mengibas-ngibaskan tangannya tepat di hadapan mukaku.

"Hoi! Kau menungkan siapa bah ni?" kulihat Borhan mengerutkan dahi, hairan dengan sikapku yang kelihatan pelik itu.

Aku bingkas menarik tangannya ke arah meja belajar kami, lalu menjelaskan segalanya tentang perasaan penasaranku yang begitu mendalam ini. Borhan mengangguk-angguk.

"Tapi kau yakin kah? Kalau indak betul, manalah tahu itu cuma perasaan kau jak.." kami mengurut dahi sesama sendiri. Agak lama juga suasana menjadi hening kerana tiada lagi apa-apa yang aku dan Borhan tuturkan.

"Kau nak siasat?" Setelah agak lama, barulah dia bersuara. Gulp! Aku menelan air liur. Siasat? Dia ingat ni Detective Conan ke apa semacam?

"Haa?Aku tak beranilah..!"ujarku perlahan,berterus-terang tentang sikap pengecutku terhadap hantu.

Keriut..... Pintu terbuka dan kami berdua terbeliak melihat...


クリエイターの想い
shicimiya06 shicimiya06

Ba, terima kasih la sebab baca novel santuy saya ni haha ! Bole ii juga kamu singgah pigi saya punya novel 'serius' punya tu , bahasa Inggeris. Tajuknya “Our Best Time Can't Be Drawn Again?” . Tenkiu, happy reading , jgn lupa tgok ii jg kiri kanan atas bawah belakang depan uhuhuy : p .

@Shicimiya06®

next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C1
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン