アプリをダウンロード
20% KEKASIH PANGGILAN / Chapter 6: chapter ~ 5

章 6: chapter ~ 5

Berpakaian blouse hitam berbutang lengan panjang, bahagian bawah blouse nya di masukkan ke dalam pinggang seluar sebelah belakang di biarkan melepas,ia mengenakan seluar skinny hitam Linalin menghiasi wajahnya agar tidak kelihatan pucat menggunakan kaca mata gelap .

Perempuan itu berjalan di jalan seperti modelling yang sedang melakukan pertunjukan ia melangkah dengan elegannya ,orang yang melewati dengannya pun terus mengekori biji mata melihat perempuan itu berjalan.

Linalin menyedari bahawa dirinya menjadi tumpuan ramai tetapi membiarkannya Linalin berdiri di perhentian bas kerana ingin menaiki taxi perempuan itu mengangkat tangan kanannya di tepi jalan melihat sebuah taxi membelok menuju ke arah perempuan itu berdiri lalu ia pun menurunkan tangannya sesudah taxi itu berhenti di tepinya.

"Ke taman memori"ucap Linalin

"Baiklah.."jawab pemandu teksi itu.

Setelah perempuan itu menyusuaikan kedudukan di tempat duduk penumpang, ia memandang ke luar melalui tingkap cermin kereta melihat langit banyak kenangan yang terlintas bermain di fikirannya ia mengingat sudah lama tidak mengunjungi ibunya ,di masa lalu ia terlalu sibuk sampaikan tidak mempunyai masa melawat ibunya di taman memori .

Hari ini adalah kesempatan nya.

Taxi itu memasuki gerbang dan berhenti di salah satu tempat letak kereta terlihat ditepi gerbang bertulis TAMAN MEMORI .

Linalin menolak pintu kereta sambil tangannya menghulurkan duit sewa kepada pemandu taxi itu .Lalu ia menurunkan kakinya dan keluar dari kereta.

Melihat depan kaunter pendaftaran ada jualan bunga perempuan itu baru menyedari tidak membawa bunga maka ia pun memilih mawar putih yang sudah siap di bungkus dihiasi dengan ikatan reben.

Setelah selesai mengisi namanya di kaunter Linalin pun memulakan langkahnya ke tanah perkuburan ibunya sesampai di salah satu marmar peringatan Melihat nama ibunya dia sana Linalin pun berlutut sambil meletakkan bunga.

"Ibu apa kabar"ucap Linalin,

Seketika berdiam lalu meneruskan percakapannya.

"Maafkan Linalin ..ibu , kerana tidak pernah menggunjungi ibu , Linalin sangat merindukan ibu".

Nada suara Linalin semakin rendah .

Mata nya mula berkaca kaca di sebalik kaca matanya ia mengangkat wajahnya memandang atas langit membesarkan sedikit matanya menahan air mata agar tidak keluar.

Lianlin mengkedipkan mata lalu melihat kembali marmar peringatan nama ibunya.

Linalin melihat sekelilingnya suasana hari mula berubah menjadi petang ,sudah satu jam lamanya la bercerita dengan ibunya saatnya pulang ,setelah menyelesaikan kata akhirnya ia pun meminta izin untuk pulang.

Kembali ke rumah.

Linalin membersihkan diri mengganti pakaian nya dan duduk di kerusi yang berhadapan dengan meja ia menarik buku diari nya lalu membuka satu satu lembaran.Sambil tangannya memutar putarkan pen itu.

"masa lalu saya memang mencatatkan semua di dalam diari, berapa naif nya diriku " . Gumam Linalin.

Perempuan itu tersenyum lucu melihat salah satu lembaran di diari nya ,ia meningkat semasa Arfan berjanji kepadanya.

"berjanji tidak akan selingkuh .. Linalin satu satu nya isteriku dan juga ibu kepada anakku" .

Perempuan itu membaca sangat jelas mengikut apa yang tertulis di dalam diarinya.

Linalin mengelengkan kepalanya lalu menggaris panjang dengan pen .

Ia membalikkan ke lembaran yang kosong menuliskan di bahagian atas.

"RENCANA"

" Pertama membatalkan perkahwinan "

perempuan itu bergunam seorang diri.

"Ke dua membatalkan letak jawatan "

"Ke tiga...?" Pen perempuan itu terhenti di nombor 3, ia melirikkan mata ke tepi dan menatapnya kembali.

" Kemudian rencana ke tiga saya fikirkan dahulu" ucap nya ,

"selesai !". Linalin bergumam ia pun meletakkan pen nya dan berbaring di tempat tidur .

Pagi yang cerah beberapa orang berjalan kaki melintas jalan setelah lampu isyarat bertukar warna merah.

Sesetengah orang berdiri di perhentian bas begitu juga Linalin yang sudah berada di perhentian bas sedang menunggu bas datang.

Hari ini Linalin kembali bekerja

Linalin memakai blouse warna krim leher v lengan paras siku dengan skrit ketat hitam memanjang lurus sampai betis kaki dan menggunakan sendel tinggi, rambutnya di biarkan lepas .

"Pagi KP Linalin"sapa salah satu pekerja yang melihatnya sedang menunggu lift terbuka.

Linalin pun menoleh rupanya pembantunya PA Rista ia pun membalas dengan senyum.

Linalin bekerja sebagai pengawasan marketing ia menjadi ketua pengawasan atas usahanya sendiri walaupun upahnya cukup tinggi tetapi masih tidak mencukupi untuk dirinya kerana harus membayar pinjaman yang ia pinjam semasa pengajiannya.

Tatapan mata Linalin melihat meja kerja sambil duduk perlahan di kerusi putar menarik nafas lega senyumannya pun terlihat ia sangat rindu suasana di meja nya, tata letak mejanya dihadapn dengan empat meja berpasangan.

"Senyum.. nampak?" Gurauan Rista sambil tersenyum senyum , mengejutkan Linalin.

"Ermmm..erm."Linalin berpura-pura merasa haus kerana merasa malu.

" Apakah ada projek baru ?", dengan cepat Linalin mengganti pertayannya.

Rista hanya bersenyum sambil memberi beberapa fail ia tahu bahawa Linalin tidak menjawab pertanyaan tadi.

Suasana tempat kerja sangat sibuk dan aman seperti yang di alami Linalin di masa lalu ,tidak ada yang tahu Linalin telah hidup semula dan kembali ke masa lalu yang sekarang ia berada,ia hanya beranggapan yang hidupnya di masa kini sudah meninggal .

Ia sangat bersyukur di beri peluang meluruskan jalan kehidupan .

Semua rakan-rakan sekerja nya sedang keluar makan sudah waktu nya beristirehat tinggal ia sendiri di ruang kerja di depan komputer nya masih menggerakkan jari jemari menekan keyboard.

"Ting!.!.." Bunyi notifikasi whatsapp.

Jari jemari Linalin berhenti tangannya menarik telefon pintarnya tanpa melihat nama pengirim mesej mengesahkan cap jari untuk membuka telefon sambil matanya memandang skrin komputer lalu menoleh nya ke skrin telefon.

" Lin besok ketemuan ya sekalian cuba gaun pengantin "

Membulat mata Linalin nama Arfan pemilik nombor pengirim whatsapp.

Linalin hampir lupa yang ia harus menyelesaikan pembatalan perkahwinan mereka , Linalin membiarkan whatsapp itu tidak berbalas.

Linalin menghentikan kegiatan nya melihat ruangan, terlintas di fikirannya semasa di masa kini hatinya sakit kerana di khianati ia diusir dari rumah terlebih lagi di tuduh atas kematian bayinya.

"Ting!.."

Linalin di kejutkan lagi dengan notifikasi whatsapp, ia melihat Trisa nama sahabat nya.

"Sayang ku..Lin sayang.. keluar malam ini yuk.?"

Tertulis di mesej whatsapp tersenyum Linalin di bibirnya sudah lama ia tidak bertemu sahabat nya .

Di masa kini selepas berkahwin mereka jarang bertemu kerana sibuk hal masing-masing ia pun sibuk sebagai suri rumah.

"Okey..jumpa nanti ".

Balas nya Linalin di whatsapp lalu meletakkan telefon pintarnya perempuan itu pun meneruskan pekerjaan nya.

Petang sudah berganti gelap beberapa pekerja lain sudah beranjak pulang .

Linalin berangkat bangun dari kerusinya berjalan menuju pintu lift bersama pekerja yang menunggu pintu lift buka.

Akhirnya sampai pintu keluar utama bangunan itu ia pun berjalan dan berdiri di tepi jalan hanya beberapa langkah dari bangunan tempat kerjanya dengan jalan utama.

"Masuk Lin!.."

Suara Trisa dari dalam kereta yang tepat berhenti di tepi jalan di mana Linalin berdiri ia membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta.

~~~~~~~~


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C6
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン