Tidak lagi berdaya menyokong tubuhnya, Luo Fu jatuh ke tanah, wajahnya sangat pucat dan hatinya penuh dengan kesedihan.
"Guru." Lin Yating bergegas maju dan menyokong tubuh Luo Fu untuk berdiri. Cahaya jahat berkilau pada matanya dan dia berkata dengan suara yang sangat perlahan dan hanya mereka berdua yang dengar, "Guru, tolong tanggung semua kesalahan dan saya akan selamatkan Guru."
Luo Fu terpegun. Dia mendongak dan memandang anak muridnya dan tersedar yang dia belum kenal sepenuhnya anak muridnya itu…
"Apa… apa yang kamu cuba lakukan?"
"Percayalah kepada saya. Saya cuma boleh selamatkan Guru kalau saya terlepas dari sini!"
Mendengar kata-kata Lin Yating itu, Luo Fu tersenyum perit, tapi dia tahu yang dia tiada pilihan lain! Jika mereka berdua dimasukkan ke dalam penjara, mereka hanya mampu menunggu maut sahaja!