Lu Yin berkerut dan bertanya dengan dingin, "Jangan cakap kamu saya lupakan sahaja?"
Tok Ketua Rong berfikir seketika. "Bagaimana kalau kita buat perjanjian tiga tahun? Persatuan Tabib buat perjumpaan umum setiap tiga tahun dan pada masa ini semua tabib akan hadir perjumpaan ini! Tambahan lagi, gadis Keluarga Yun ini juga seorang tabib! Bila sampai masanya kamu dan Keluarga Yun boleh selesaikan dendam kamu di perjumpaan ini."
Setelah mengatakan ini, suara Tok Ketua Rong terhenti seketika lalu menyambung, "Kalau kamu berdegil untuk menyentuh orang-orang Keluarga Yun sekarang, saya hanya mampu bertarung dengan kamu! Peraturan Persatuan Tabib tidak dapat diubah, walaupun Cik dari Kota Perubatan ialah anak murid ketua persatuan, kamu tetap akan dikeluarkan dari persatuan."
"Tuan Tua Lu Yin!" Lelaki tua yang Yun Luofeng tendang tadi berdiri lalu pergi ke samping Lu Yin dengan ekspresinya yang gelisah. "Mari pergi!"
Kepada para Pembaca,
Versi terbaru Webnovel membenarkan anda mengepos komen kepada perenggan yang khusus.
Untuk menggunakan ciri ini, sila ketik dengan lama kepada perenggan yang anda mahu komen dan pilihan mengepos berkenaan akan muncul.
Selamat berbual!