アプリをダウンロード
2.9% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 36: Kedalaman Yang Tak Terduga

章 36: Kedalaman Yang Tak Terduga

編集者: EndlessFantasy Translation

Apa?

Orang tua itu terperanjat, renungannya tidak berkelip tertumpu pada wajah gadis itu yang penuh keyakinan dan dia mengambil masa untuk kembali ke realiti.

Apa dia cakap tadi? Ubat herba yang membolehkan dia bertapa? Saya tidak salah dengar, bukan?

"Tadi kamu cakap kamu boleh bertapa?"

Dia mesti sudah tersalah dengar, pasti dia tersalah dengar. Tidak mungkin! Kalaupun tabib diraja mahu merawat Yun Luofeng, masih tidak pasti jika mereka mampu menyembuhkan tubuhnya...

Bagaimanapun, orang tua itu dengan segera memastikan kesangsiannya!

Wajah gadis itu masih lagi dihiasi dengan senyuman yang menawan, mata dan keningnya memaparkan keangkuhan dan keyakinan. Dia berpakaian serba putih yang lembut ditiup angin, dan rambut hitamnya seperti air terjun, sangat anggun.

Namun, yang menjadi perhatian orang tua itu bukanlah semua itu...

Tenaga rohani!

Benar sekali, dia dapat merasakan kehadiran tenaga rohani dari cucu kesayangannya.

"Pertapa rohani tahap-rendah peringkat-awal?" Dia bertanya seolah-olah tidak percaya. "Feng'er, kamu...kamu boleh bertapa?"

"Betul tu," Yun Luofeng mengangguk sedikit. "Saya mampu bertapa sejak semalam lagi, saya cuma tidak ada masa untuk memberitahu Datuk. Jadi, Datuk masih fikir ubat herba itu mahal?"

Selepas keadaan senyap selama tiga saat, bunyi ketawa yang sangat kuat bergema di seluruh Kediaman Yun.

Ini membuatkan hamba-hamba dan pengawal Kediaman Yun menjadi lebih takut. Mereka tidak dapat mentafsir apa yang membuatkan Daren Jeneral mereka jadi begitu. Tadi dia mengamuk dan sekarang ketawa pula. Mungkinkah dia sudah tidak waras?

Ketika itu, Yun Luo, yang sedang berdiri di hadapan bilik simpanan dan ketawa terbahak-bahak dengan kepalanya terlontar ke belakang, tidak menyedari yang seluruh Bandar Diraja mempersoalkan kewarasannya akibat ada yang membawa cerita tentang kejadian hari ini!

Menurut cerita lagi, Yun Luofeng si sampah itu yang membuatkan datuknya menjadi gila!

Yun Luofeng tidak berkata apa-apa dan hanya bersandar malas pada bingkai pintu, dengan diam menunggu orang tua itu selesai meraikan kegembiraannya.

Dan akhirnya, orang tua itu dapat menahan tawanya, tetapi keningnya yang terangkat masih menunjukkan kegembiraan dalam hatinya.

"Tidak mahal, langsung tidak mahal. Jika kamu mampu bertapa, walau kamu buat saya menjual seluruh Kediaman Yun, Datuk akan jual dengan segera untuk mendapatkan duit untuk kamu-apalah sangat jumlah 25 juta tahil. Ini tidak boleh jadi, saya harus pergi memberitahu Pak Cik Kedua kamu sekarang!"

"Mengenai Pak Cik Kedua..." Yun Luofeng berhenti sekejap, "Datuk, malam ini Datuk patut manfaatkan kegelapan untuk curi-curi memindahkan Pak Cik Kedua ke belakang gunung. Saya juga akan berpindah ke sana esok. Dan juga, ada seseorang saya ingin kenalkan kepada Datuk."

Dari awal lagi, Yun Luo sudah melihat lelaki yang berdiri di belakang Yun Luofeng. Tapi kerana marah tadi dia tidak bertanya. Dia terus sedar inilah orang yang ingin diperkenalkan oleh cucunya.

Pada pendapatnya, lelaki ini memang contoh lelaki yang sempurna. Rupa dan susuk tubuh lelaki itu tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Tuanku Putera Mahkota, malah jauh melebihinya!

"Ini adalah Yun Xiao, dia akan menjadi pengawal peribadi saya mulai sekarang."

"Ini pengawal peribadi pilihan kamu?" Yun Luo sangat terkejut.

Sama ada dari segi penampilan atau auranya, lelaki ini langsung tidak nampak seperti seorang pengawal peribadi! Dan yang lebih penting, walau dengan kekuatannya, Yun Luo tidak dapat melihat tahap kekuatan lelaki itu!

Pada pemerhatiannya, sama ada lelaki ini cuma sampah, yang tidak mampu bertapa, ataupun kekuatannya mempunyai kedalaman yang tidak terduga!

Yun Luo cenderung mengatakan kemungkinan kedua lebih pasti.

Aura lelaki ini terlalu kuat. Bagaimana mungkin lelaki dengan aura begitu kuat, cuma ibarat sampah?

"Feng'er, dari mana kamu culik lelaki baik ini?" Yun Luo bertanya lalu memberikan pandangan bermakna kepada Yun Luofeng.

Yun Luo memanggilnya 'lelaki baik' membuatkan Yun Xiao tidak senang hati dan dia mengerutkan keningnya. Kalau orang lain yang memalukannya seperti itu, mereka sudah pasti dibunuh!

Tapi Yun Luo ialah datuk Yun Luofeng!

Jadi, dia harus bertahan!


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C36
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン