アプリをダウンロード
3.94% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 49: Identiti Terbongkar (3)

章 49: Identiti Terbongkar (3)

編集者: EndlessFantasy Translation

"Tuanku Putera Mahkota, Wushuang baik-baik sahaja. Cuma semalam, Patik langsung tidak tidur sebab memilih calon suami terbaik untuk Yun Luofeng, jadi sekarang, Patik letih sedikit. Dan Patik juga bimbang cita rasa Yun Luofeng terlalu tinggi hingga dia tidak akan menerima calon suami yang Patik telah pilihkan."

Sudah tentulah Mu Wushuang tidak akan memberitahu Putera Mahkota apa yang telah berlaku di Kediaman Perdana Menteri, jadi dia meletakkan segala kesalahan ke atas Yun Luofeng.

Setelah mendengar kata-kata Mu Wushuang itu, wajah Gao Ling menjadi gelap. "Kamu terlalu risau dan bekerja sehingga penat kerana dia, berani dia tidak bersyukur. Dia itu sekadar sampah, apa haknya untuk mempunyai cita rasa yang tinggi? Wushuang, Beta percaya dengan kebolehan kamu, jadi selepas kamu memilih calon yang sesuai, Beta akan meminta Ayahanda untuk mengeluarkan perintah diraja untuk mengurniakan perkahwinan. Walaupun Yun Luofeng tidak mahu menerimanya, dia tetap perlu patuh!"

Sebagai orang yang dianggap sampah, bagaimana dia ada hak untuk memilih? Sudah cukup baik jika ada orang rela berkahwin dengannya. Jika bukan sebab Wushuang yang menentukan hal ini untuknya, dalam dunia sekarang ini, siapa yang akan sanggup mengambil si sampah itu sebagai isteri?

Sewaktu Gao Ling dan Mu Wushuang berbual, dia tidak lupa untuk memberikan beberapa isyarat mata kepada beberapa orang yang hadir di situ, menyuruh mereka untuk terus menyusahkan Yun Luo.

Biasanya, dengan status dan kekuatan Yun Luo, mereka tidak berani bertindak melampau, tapi setelah menerima isyarat Baginda Putera Mahkota, mereka semua maju ke depan untuk merapatkan diri mereka dengan bakal pemerintah kerajaan. Mereka menghampiri Yun Luo dengan ekspresi wajah seolah-olah mereka di pihak yang benar.

"Jeneral Yun, pada pendapat saya, kamu tidak begitu murah hati, menggunakan Cecair Berubat Pengumpul-Roh ke atas Yun Luofeng cuma akan jadi sia-sia! Lebih baik kamu biarkan saja untuk orang yang lebih memerlukannya! Jadi saya tegaskan, berhentilah bersaing dengan kami!"

Dalam Kerajaan Long Yuan, selain dari pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan golongan bangsawan, terdapat juga empat keluarga utama. Yang memeranjatkan ialah orang yang berkata begitu adalah Lin Ying, ketua keluarga bagi Keluarga Lin daripada empat keluarga utama itu!

"Mengarut, kamu - siapa yang kamu katakan sampah?" Yun Luo sangat marah sehingga janggutnya bergetar, kedua-dua matanya merenung tajam ke arah Lin Ying. "Cucu saya jauh lebih ulung berbanding sesiapa sekalipun. Sesiapa yang mengatakan cucu saya sampah, saya akan membuat mereka berambus dari sini!"

Lin Ying tersentak oleh aura kuat orang tua itu tapi teringat tentang kehadiran Putera Mahkota di situ, jadi orang tua ini pasti tidak akan berani biadap. Justeru itu, dia mengumpulkan keberanian untuk berkata, "Jeneral Yun, kamu marah ini disebabkan malu atau disebabkan saya menyentuh hal yang sensitif? Haha, siapa yang tidak tahu gelaran genius nombor satu Kerajaan Long Yuan dimiliki oleh Baginda Putera Mahkota dan kekuatan dalaman Mu Wushuang dari Kediaman Perdana Menteri juga setanding dengan Putera Mahkota. Selain daripada dua orang ini, siapa lagi yang boleh digelar 'ulung'?"

Tubuh orang tua itu menggigil, dia menggenggam tangannya, aura sangat kuat dikeluarkan dari badannya. Namun, pada saat ini, suara yang menawan terdengar dari belakangnya, membuatkan badannya tiba-tiba kaku.

"Bukankah saya sudah cakap? Saya tidak perlukan cecair berubat ini, jadi kenapa Datuk masih datang ke sini?"

Suara yang tidak berdaya berbaur kejahatan, membuatkan orang tua itu tanpa sedar menoleh ke belakang, lalu terlihat seorang gadis berpakaian putih. "Feng'er, kenapa kamu datang ke sini?"

"Saya datang untuk membeli ubat herba."

Apa yang Yun Luofeng katakan itu benar. Pavilion Perubatan menyimpan rekod ubat herba yang telah dijual. Oleh itu, semalam selepas dia menjual Cecair Berubat Pengumpul-Roh, tidak sesuai jika dia terus membeli ubat herba seperti biasa. Jika tidak, identitinya boleh terbongkar melalui ubat herba yang dia biasa beli.

"Jeneral Yun, nampaknya cucu kamu sebenarnya lebih bijak. Dia tahu yang dia cuma seperti sampah dan menggunakan Cecair Berubat Pengumpul-Roh ke atas dirinya cuma akan jadi sia-sia. Lebih baik kamu pulang dan berehat. Kenapa perlu membazir duit?" Lin Ying ketawa dengan kuat sebanyak dua kali, jelingan jijiknya menjalar pada wajah Yun Luofeng yang amat jelita.

Apa gunanya seorang wanita menjadi begini cantik? Bukankah dia cuma seperti pasu bunga yang cantik tapi tidak berguna? Tidak akan ada lelaki yang mahu meletakkan pasu bunga seperti ini di dalam rumah mereka!


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C49
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン