アプリをダウンロード
3.06% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 38: Cecair Berubat Pengumpul-Roh (2)

章 38: Cecair Berubat Pengumpul-Roh (2)

編集者: EndlessFantasy Translation

"Kalau macam tu, terima kasih." Yun Luofeng menggenggam 1,000 tahil yang ada di tangannya lalu tiba-tiba bertanya, "Oh ya, adakah Pavilion Perubatan menerima cecair berubat?"

"Cecair berubat?"

Lelaki berjubah hijau itu kaku sejenak. "Ia bergantung pada jenis cecair berubat, dan jika kesan cecair berubat itu sangat bagus, kami dari Pavilion Perubatan akan memberikan harga berpatutan."

Yun Luofeng kelihatan sedikit hampa.

Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini - kesannya pasti cukup baik, bukan?

"Kenapa? Cik Yun hendak menjual cecair berubat?" Walaupun lelaki berjubah hijau itu senyum dengan sopan, tetapi dia tidak mengambil serius hal ini.

Siapa yang tidak tahu Cik Sulung Keluarga Yun ini ibarat sampah? Tetapi kini, tiada yang tahu bagaimana dia tiba-tiba berminat dengan seni perubatan dan membelanjakan wang yang banyak untuknya! Tambahan pula, dia sudah mendengar tentang Jeneral Yun yang mengamuk di rumahnya hari ini, dan dia meneka puncanya tidak lain tidak bukan ialah si pemboros ini, Yun Luofeng.

Berdasarkan status gadis ini sebagai orang baru dalam bidang ini, apalah gunanya cecair perubatan yang dia hasilkan?

"Buat masa sekarang, saya masih belum berniat begitu. Bagaimanapun, jika saya ingin menjual cecair berubat, saya akan ke sini."

Ahli Pavilion Perubatan yang lain telah membawakan herba Yun Luofeng. Setelah menerima herba itu, sambil lelaki berjubah hijau itu merenungnya, dia berpusing untuk pergi, susuk tubuhnya yang tinggi perlahan-lahan hilang ke jalanan...

...

Setelah pulang ke Kediaman Jeneral, Yun Luofeng pergi ke kawasan gunung di belakang, dan setelah mengarahkan supaya dia tidak diganggu oleh sesiapa, dia masuk ke dalam Dunia Kod Dewa.

Di dalam Kod Dewa itu, Xiao Mo merenung Yun Luofeng dengan pandangan berbaur geram dan meminta simpati, wajahnya kelihatan terkilan dan seolah-olah mahu menangis.

"Tuan sudah lama tidak melawat saya! Satu lagi, bila Tuan akan 'makan' lelaki itu?"

Yun Luofeng hanya menjelingnya. "Ke mari dan bantu saya. Saya hendak menanam ubat herba yang saya dapatkan hari itu di ruangan perubatan. Ah, seperti ada yang tidak kena, kenapa ruangan perubatan ini macam bertambah luas?"

Ubat herba ini ialah herba yang Yun Luofeng dapat ketika pertama kali membeli herba di Pavilion Perubatan dan diberikan secara percuma kepadanya. Oleh kerana dia terlalu sibuk, baru sekarang dia ada masa untuk menanamnya.

"Tuan, oleh kerana Tuan sudah menjadi pertapa rohani, ruangan perubatan ini juga turut bertambah besar. Semakin bertambah kekuatan Tuan, kawasan dalam ruangan perubatan ini juga akan jadi lebih luas." Xiao Mo mengetap bibirnya. "Tambahan lagi, ubat herba yang Tuan bawa ini herba paling biasa, yang digunakan untuk merawat kecederaan secara perlahan. Untuk herba jenis ini, Tuan cuma perlukan masa sepuluh hari untuk menukarkannya menjadi herba rohani!"

"Bukankah kamu pernah cakap sekurang-kurangnya perlukan masa tiga bulan untuk menukar herba perubatan biasa kepada herba rohani?"

"Tuan Dungu!" Xiao Mo hampir terlompat - geram dengan Yun Luofeng kerana gagal menepati jangkaannya dan bersikap tidak sabar mahu melihat kemajuan - Xiao Mo menyatakan, "Apa yang saya katakan sebelum ini ialah bahan-bahan herba untuk mandian perubatan! Ubat herba itu agak bernilai, dan membesarkannya menjadi herba rohani memang memerlukan masa tiga bulan, mungkin lebih dari itu. Ubat herba di tangan Tuan itu biasa saja, jadi Tuan boleh menuainya dalam masa sepuluh hari!"

Yun Luofeng sedar dia tersalah faham maksud Xiao Mo sebelum ini.

"Tolong saya ambil penyodok, saya akan mula menanam herba ini. Kita akan menggunakan ubat herba ini untuk menguji keberkesanan ruangan perubatan ini!" Yun Luofeng mengambil satu herba, kemudian berpusing memandang Xiao Mo dan memberikan arahan.

Xiao Mo berdeham lalu pergi mengambil penyodok dan berjalan ke depan Yun Luofeng. Dia kemudiannya membantu gadis itu menanam ubat herba dalam ruangan itu.

- -

Hari sudah pun lewat ketika Yun Luofeng meninggalkan Dunia Kod Dewa. Oleh sebab dia mengarahkan untuk tidak diganggu sesiapa, sehingga sekarang, tiada siapa yang datang ke kawasan gunung itu untuk mengganggunya.

Dia kemudiannya bergerak ke arah dapur.

Herba itu sudah ditanam, jadi sekarang masa yang sesuai untuk mula membuat Cecair Berubat Pengumpul-Roh!


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C38
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン