アプリをダウンロード
75% Hanya si Dia / Chapter 15: Bab 15

章 15: Bab 15

Wanie duduk di birai katil, matanya memandang wajah Afif yang sedang tidur. Dia tak sanggup membaca mesej yang di hantar oleh Illa. Dia terjaga apabila hp Afif berbunyi, pada mulanya dia nak biarkan sahaja bunyi itu, tapi apabila banyak sangat berbunyi dia bangun dan capai hp Afif. Apabila dia baca semua mesej dari Illa di skrin hp. Sungguh dia sakit hati. Dia ingin macam ini dengan Afif, dia ingin bermanja dengan Afif macam mana Illa dengan Afif chat bersama.

Sungguh dia cemburu dengan Illa. Dia cemburu apabila Afif layan Illa dengan baik, tak sama sepertinya.. Wanie bangun dari katil dan capai tuala dan tutup kepalanya. Dia berjalan keluar dari bilik, pintu bilik di tutupnya rapat. Afif buka matanya perlahan, dia duduk dari baring. Dia capai hpnya di atas katil sebelahnya. Dia buka hpnya yang di hantar oleh Illa. Dia mengeluh perlahan.

Wanie duduk di kerusi meja makan. Dia cekup mukanya. Susah sangatkah Afif nak layannya seperti mana Afif layan Illa? Wanie mengeluh perlahan, setitis demi setitis air matanya jatuh. Sepasang tangan menyentuh bahunya, Wanie angkat mukanya dan pandang orang itu. Afif?

Afif pandang wajah isterinya yang sudah basah dengan air mata. Wanie mengelap air matanya dan senyum kepada Afif.

"Abang nak apa-apa ka? Atau Wanie terbuat abang terjaga?" Tanya Wanie sambil pandang wajah suaminya. Afif masih memandang wajah isterinya lama. Afif bawa tangannya di dagu Wanie, Afif tarik wajah Wanie hampiri dengan wajahnya. Satu ciuman hinggap di bibir Afif, Wanie terkejut. Di tarik semula wajahnya dari tangan Afif, Afif pandang Wanie yang berdehem.

"Sayang buat apa dekat sini?" Tanya Afif apabila mereka berdiam selama beberapa saat. Wanie pandang suaminya.

"Erm.. Wanie terjaga dari tidur, tak sabar nak tunggu matahari naik. Nak raya dah kan." Wanie teruja, dia bangun dari kerusi dan menuju ke peti sejuk. Afif pandang tingkah laku isterinya.

"Terlalu excited sampai bangun awal macam ni?" Tanya Afif apabila Wanie cuba nak lari padanya.

"Ha lah. Orang excited nak raya memang lagu ni. Takut tertinggal sembahyang raya. Abang apa tahu." Wanie jeling Afif dan menuju ke arah Afif dengan botol air mineral dan cawan.

"Ye lah sangat." Afif turut jeling isterinya. Afif pandang isterinya lama.

"Minum air sejuk pagi-pagi macam ni?" Tanya Afif sambil menghalang tangan Wanie yang pegang botol mineral dari terus tuang dalam cawan.

"Dahaga lah.." Wanie cuba tarik tangannya dari pegang oleh Afif. Afif masih tidak melepaskan tangan isterinya. Dia rampas botol mineral dari tangan Afif dan letak semula dalam peti sejuk, cawan yang di pegangnya letak di tempatnya balik. Afif jalan menuju ke arah isterinya yang pandangnya geram.

"Nak ayaq." Wanie ketap bibirnya di hadapan Afif. Afif menggeleng.

"Tak boleh minum air sejuk. Pergi minum air putih." Wanie jeling Afif yang duduk di sebelahnya.

"Ayaq putih, ayaq putih. Sebut kosong dah lah. Puutih. Ceshh. Tadi tak mau tolong boh. Eee dah lah lapaq ayaq." Wanie bebel sendiri. Afif menahan ketawanya mendengar bebelan isterinya. Kali pertama dia nampak isterinya bebel macam tu. Pekat betul utara dia.

"Jangan nak bebel, abang cium nanti baru tahu." Wanie yang menghampiri suaminya di jeling geram. Di duduk atas kerusi geram, dia minum air yang di bawanya tadi. Afif cium pipi isterinya yang sedang minum air. Wanie marah dalam keadaan minum air. Sekali lagi Afif cium pipi isterinya. Wanie letak cawan atas meja geram, dia hendak pandang Afif dan Afif cium mulutnya. Wanie terkejut, Afif tarik leher Wanie perlahan supaya Wanie tidak lepas ciumannya. Aiman, Aiyin dan Aenin memandang suami, isteri itu dari tadi sengih-sengih Aiyin dan Aenin dengan babak di hadapan. Aiman menarik tangan kedua adiknya itu pergi dari ruang tamu. Senyuman Aiman terukir perlahan.

'Mungkin aku tak percaya hang Fif. Tapi aku tahu.. Hang boleh bahagiakan sepupu aku.' Aiman kata sendirian dalam hatinya sambil senyumannya masih terukir. Aiyin dan Aenin memberi high five di hadapan Aiman. Aiman yang malas dengan adiknya di ikut juga rentak kepala adiknya itu.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Bunyi takbir raya di televisyen menyambut jeritan Aiyin dan Aenin yang lari ke arah dapur menuju kepada Wanie yang siapkan sarapan untuk suaminya dan Aiman.

Ketupat dan gulai di letak di atas meja hadapan Afif dan Aiman. Aiyin peluk tubuh Wanie yang monyok.

"Raya!!!" Jerit Aenin dari belakang. Aiyin gelak dengan kata-kata Aenin.

"Ish! Rimas!" Wanie tolak Aiyin dari peluknya. Aiyin ketawa dia menuju kearah Aenin.

"1,2,3 jerit Aenin." Arah Afif, Aiman dan Aiyin serentak.

"Mayang raya!!! Hahahaha." ketawa Aenin di sambut oleh Afif, Aiman dan Aiyin. Di pandang Wanie yang mencebik geram, di tolak Aenin geram.

"Aduh.." Renyek Aenin.

"Untunglah." Wanie jalan ke arah dapur. Di tutup api dapur yang panas kuah gulai tadi.

"Raya taun depan ada lagi." Aiyin menuju ke arah Wanie.

"Nak teriak.." Wanie mengelap air matanya yang tiada. Propa ja hang ni Wanie.

"Cish. Buat teruk hang ni." Aenin menghampiri Wanie dan kakaknya.

"Tak pa.. Selepas kami balik dari er apa tu. Yang hampa sebut tadi?" Afif tanya kepada Aenin.

"Mayang raya." Aenin pandang Afif. Afif sengeh.

"Mayang raya. Abang bawa sayang jalan-jalan satu kl dengan pakai baju raya nak?" Afif pandang belakang isterinya. Wanie senyum, dia tolak kedua sepupunya jauh darinya, dia jalan ke arah Afif.

"Betul?" Afif pandang isterinya sambil senyum.

"Ya. Siap tau. Nanti kami balik, kita pi teruih." Jawab Aiman. Afif hanya mengangguk sambil suap ketupat dalam mulutnya.

"Ok. Nak sikit." Wanie nganga mulutnya di hadapan Afif. Afif suap Wanie ketupat dengan gula, isterinya itu tak suka makan dengan gulai. Entah pasaipa.

"Masih." Wanie senyum kepada suaminya, begitu juga dengan Afif.

"Hampa nak pi kol bapa ni?" Tanya Wanie kepada dua adik beradik yang duduk di belakangnya.

"Nak pi lah ni. Kan abang Fif dengan abang Aiman tengah makan." Jawab Aenin yang main hpnya. Wanie menganggukkan kepalanya. Aiyin memandang Wanie tajam, dia menunjuk sesuatu di hp Aenin. Wanie senyum gembira, di jalan perlahan ke arah Aenin.

"Ha! Bagitau abang Aiman!" Wanie rampas hp Aenin dan berlari dari ruang dapur.

"Wei Wanie! Jangan buat pasai weii." Aenin kejar Wanie yang sudah hilang dari pandangan. Aiyin gelak sakan di tempatnya lari. Afif dan Aiman pandang Aiyin yang inginkan jawapan. Apa benda tadi. Tak sempat Aiyin nak jawab soalan dari kepala Aiman dan Afif, Wanie tiba di meja makan.

"Bok meh aku punya hp!" Marah Aenin di belakang Wanie. Wanie bagi hp Aenin dengan gelaknya masih ada.

"Hang biaq betoi?" Wanie menanya kepada Aenin yang berjalan anak ke kerusi sebelah Aiman.

"Apa wey?" Tanya Aiyin yang menuju ke arah Wanie.

"Hang ingat musang?" Tanya Wanie kepada Aiyin, Aiyin mengerut dahinya. Begitu juga Afif dan Aiman.

"Wanie!" Marah Aenin lagi. Wanie tak peduli dengan tengkingan dari Aenin.

"Musang mana hang ni?" Tanya Aiyin pelik.

"Ish! Musang yang orang ejek tu. Badhrul." Wanie geram dengan kelembapan Aiyin.

"Ouh! Awat dengan dia?" Wanie mengetuk dahinya geram.

"Abang Aiman, izinkan Wanie ketuk kepala Aiyin?"

"Di persilakan." Jawab Aiman laju. Terus Wanie ketuk kepala Aiyin geram, dengar juga bunyi tengkorak Aiyin. Aiman dan Afif menahan ketawa. Jangan main-main dengan Wanie.

"Badhrul tu lah yang chat adik hang." Geram Wanie dengan sepupunya.

"Eeee.. Hang biaq betul Aenin. Tak dak musang lain ka hang nak.." Aiyin memandang Aenin jijik.

"Ada musang lain ka kat sekolah kita?" Tanya Wanie hairan. Seingat dia badhrul seorang lah musang dalam sekolah dia dulu. Ya.. Dulu Aiyin dan Aenin satu sekolah dengan dia di kedah, lepas habis sekolah Aiyin dam Aenin balik rumah depa.

"Ouh sorang ja ka? Si Azmin tu hensem lagi pada Musang tu hang tau." Wanie memandang Aiyin jijik begitu juga dengan Aenin.

"Eee.. Musang tu ok lagi dari cempedak tu. Werk. Gena hang kata cempedak tu hensem." Wanie ingin muntah apabila dia menyebut nama cempedak.

"Eh. Pelik sangat nama tu kenapa?" Afif pandang tiga sepupu itu. Aenin dan Aiyin menunjukkan ke arah Wanie, Wanie sengeh.

"Bini abang Fif yang bagi nama tu kat abang titee dengan ex pakwe kak Aiyin." Afif memandang isterinya.

"Sebab. Musang tu dah curi barang aku!" Wanie jerit geram kepada Aenin. Aenin sengeh.

"La.. Sebab tu ja?" Afif tanya kepada isterinya. Wanie mengangguk sambil di cebikkan bibirnya di hadapan Afif. Afif senyum dengan wajah Wanie.

"Cempedak pula?" Tanya Aiman pula. Wanie pandang wajah Aiman.

"Cempedak tu makan cempedak depan Wanie.. Wanie tak suka!" Wanie pura-pura nangis. Haish.. Macam-macam isterinya ini.

"Lain kali bagi lempang senang dekat musang dengan cempedak tu.. Ganggu sayang lagi.. Kesian isteri abang. Meh sini nak pujuk." Afif peluk isterinya dan tepuk bahu isterinya, Afif sumbat ketupat yang masih ada masuk dalam mulut Wanie. Wanie yang pura-pura nangis di makan ketupat yang di sumbat Afif. Di pandang Afif geram. Afif senyum dengan perangai isterinya. Aiman, Aiyin dan Aenin menggeleng kepala dengan sepupu mereka.


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C15
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン