アプリをダウンロード
26.51% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 236: Tamparan Keempat (4)

章 236: Tamparan Keempat (4)

編集者: EndlessFantasy Translation

Teratai Mabuk sedang berseronok dan asyik dalam keghairahan bertempur sewaktu dia terdengar arahan Jun Wu Xie. Ini membuatkan dia berhenti bertempur buat seketika.

Tindakan Teratai Mabuk yang berhenti secara tiba-tiba itu memberikan ruang bernafas untuk pihak lawannya yang berkemahiran tinggi itu. Namun ini hanya membuatkan hati mereka bertambah gerun.

'Dia kata cepat selesaikan?'

'Raksasa ini menahan dirinya selama ini?'

Kumpulan pakar ini menyambar peluang untuk mendapatkan sokongan Kumpulan Qing Yun dengan membunuh beberapa orang pemuda yang disangkakan lemah dan bersikap terburu-buru itu. Mereka kini sangat menyesal dengan keputusan mereka tadi, tetapi semuanya sudah terlambat.

Mencapai roh tahap biru bersama-sama roh berkontrak mereka telah membuatkan kumpulan ini dianggap hebat. Setiap seorang di antara mereka sangat berpengaruh di negara masing-masing.

Kalau tidak kerana jemputan daripada Kumpulan Qing Yun yang dipandang tinggi dan sangat dihormati, mereka tidak akan mengembara begitu jauh ke negara sekecil Kerajaan Qi ini. Tidak ada siapa yang menyangka perjalanan ini akan menjadi yang terakhir dalam hidup mereka.

Kerajaan Qi yang masih muda, baru ditubuhkan kurang daripada seratus tahun yang lalu, dianggap tidak penting dalam kalangan kuasa besar yang lain. Negara-negara besar yang lain menganggap negara ini tidak berbaloi untuk diserang. Negara-negara yang lebih kecil pula berasa kesal dengan jarak Kerajaan Qi yang terlalu jauh sehingga mustahil untuk ditakluk. Negara-negara jiran yang terdekat juga mempunyai kekuatan yang setara dengan kekuatan Kerajaan Qi. Semua faktor ini membolehkan kerajaan Qi berkembang maju dan mampu membina negara mereka dalam zaman yang penuh kacau-bilau dan huru-hara ini.

Di mata pakar-pakar ini, negara sekecil ini tidak boleh dibandingkan langsung dengan kawasan jajahan di bawah kawalan mereka.

Tetapi dari negara kecil yang tidak penting serta dibenci inilah munculnya syaitan yang menakutkan dan tidak mampu dihentikan!

Pemuda yang masih di dalam usia remaja ini mampu membunuh pakar roh tahap biru dengan mudah. Walaupun dikelilingi serta diserang lebih daripada sepuluh orang pakar yang handal, dia masih tetap dapat bertahan!

'Dia ni manusiakah?'

Teratai Mabuk bukan seorang manusia, tetapi malangnya pakar-pakar yang angkuh dan dangkal ini tidak akan tahu tentang hakikat itu.

"Lepaskan kami! Apa sahaja kerosakan yang telah kami lakukan, Kumpulan Qing Yun akan membayar ganti rugi sepuluh kali ganda! Apa saja permintaan Tuan, kami akan tunaikan! Saya berpangkat Tuan Tua di dalam Kumpulan Qing Yun! Saya ada eliksir dan pil ubat yang tidak terkira banyaknya!" Arahan Jun Wu Xie, 'cepat selesaikan' telah membuatkan Jiang Chen Qing hampir gila kerana dia amat arif tentang kekuatan yang dimiliki oleh pemuda itu. Tambahan pula, pemuda itu akur segala arahan Jun Wu Xie.

Dia percaya apa saja yang diarahkan oleh Jun Wu Xie, akan dilaksanakan oleh pemuda itu!

Pemuda itu jelas sekali tidak peduli apa akibatnya yang akan mereka terima apabila Kumpulan Qing Yun membalas dendam!

Kematian tidak pernah dirasakan begitu hampir dengannya. Jiang Chen Qing akhirnya belajar erti ketakutan.

Wajah Teratai Mabuk berkerut dan dia memandang Jiang Chen Qing. Kemudian dia berpaling ke arah Jun Wu Xie dengan penuh tanda tanya. Dia tidak tahu apa-apa tentang perjanjian yang dibuat oleh manusia. Bunuh atau biarkan hidup, semua ini hanya akan ditentukan oleh tuannya.

Jiang Chen Qing dapat melihat kata-katanya berkesan kerana pemuda itu berpaling memandang Jun Wu Xie untuk meminta arahan selanjutnya. Dia cepat-cepat meneruskan, "Cik Jun, kalau kamu lepaskan kami hari ini, saya akan minta Pemerintah kami merawat kaki Pak Cik kamu!" Dia ingat-ingat lupa tentang tuan muda Keluarga Jun yang lumpuh itu.

Jun Wu Xie baru sahaja mahu membuka mulutnya untuk membalas tetapi kata-kata Jiang Chen Qing membuatkan dia terhenti. Matanya kemudiannya mengecil.

"Sebelum ini kaki Pak Cik saya telah dirawat oleh Pemerintah kamu."

Jiang Chen Qing berkata dengan tergesa-gesa, "Kali ini pasti berbeza! Ketika itu Pemerintah sebenarnya kami tidak mahu merawat Pak Cik kamu. Saya jamin kali ini, kalau kamu lepaskan kami, saya pasti akan minta Pemerintah kami rawat kaki Pak Cik kamu!"

Wajah Jun Wu Xie menjadi gelap dan matanya semakin dingin. Dia merenung tajam ke arah wajah Jiang Chen Qing yang berlumuran darah itu.

"Teratai Mabuk."

"Ya!"

"Bunuh dia."

Mata Jiang Chen Qing terbeliak kerana terkejut dan dia memandang Jun Wu Xie dengan perasaan tidak percaya. Kenapa pula gadis ini tiba-tiba membuat keputusan untuk membunuhnya?

Dia langsung tidak terfikir yang kata-katanya sendiri telah memusnahkan takdirnya…..

Kalaulah dia diam sahaja, dia mungkin boleh hidup lebih lama berbanding orang lain, walaupun mereka semua sudah ditetapkan untuk mati di sini hari ini.


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C236
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン