アプリをダウンロード
72.47% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 645: Pengukuhan Roh (7)

章 645: Pengukuhan Roh (7)

編集者: EndlessFantasy Translation

Menyedari keadaan badannya, Jun Wu Xie tidak tergesa-gesa mahu terus menguji pelbagai kesan simbol Pengukuhan Roh lagi. Sebaliknya, dia terus merekodkan dengan teliti segala kesan berbeza daripada lebih dua puluh simbol yang diuji oleh Hitam Kecil dan Teratai Kecil sebelum ini.

Selain api dan angin, kebanyakan simbol Pengukuhan Roh itu menguatkan atau meningkatkan kebolehan lain.

Contohnya seperti yang Fan Zhuo sebutkan sebelum ini. Dia tahu tentang tiga jenis simbol Pengukuhan Roh yang boleh meningkatkan kepantasan, kekuatan atau ketahanan. Jun Wu Xie telah mengenalpasti dua set simbol daripada tiga yang dinyatakan itu. Dia juga menemui dua lagi set yang membuatkan tubuh makhluk roh begitu ringan dan lincah atau membolehkan mereka menyamarkan diri.

Simbol Pengukuhan Roh yang berbeza akan memberikan kesan yang sangat berlainan. Kalau kesan simbol ini dipadankan dan digunakan dengan baik, hasilnya pasti mengagumkan!

Jun Wu Xie yang keletihan dan melepek di meja itu merehatkan badannya untuk menyerap lebih banyak tenaga rohani daripada Teratai Salji.

Dia telah menemui cara untuk menggunakan Pengukuhan Roh dan juga memahami sebahagian kesan pada simbol Pengukuhan Roh. Namun begitu, dia masih berhadapan dengan cabaran jika mahu menggunakan simbol ini dalam pertempuran. Perkara paling utama ialah bagaimana mahu meletakkan simbol Pengukuhan Roh itu ke badan makhluk roh dengan lebih baik. Sebabnya, kesan yang bertahan selama seminit itu tidak begitu berguna dalam pertempuran.

Jun Wu XIe terus berfikir sambil terbaring di meja. Kemudian dia perlahan-lahan mula terlena. Hitam Kecil sudah pun berasa sangat letih, tapi tetap berusaha bangun. Hitam Kecil melompat ke atas katil, menggigit selimut dan mengheretnya ke sebelah Jun Wu Xie. Ia bergelut untuk cuba menyelimutkan tuannya.

Selepas mencuba beberapa kali, Hitam Kecil akhirnya rebah di atas meja. Ia mengubah badannya sedikit, bersandar pada tangan Jun Wu Xie dan menutup matanya untuk terus berehat dengan tenang.

Awal pagi keesokan harinya, Qiao Chu mengetuk pintu bilik Jun Wu Xie. Dia terjaga dari tidurnya lalu mengangkat Hitam Kecil yang masih lena itu sebelum membuka pintu.

"Fan Zhuo suruh saya datang tanya kamu kalau kamu mahu melihat dia menempa cincin roh kami," tanya Qiao Chu dengan penuh bersemangat sambil memandang Jun Wu Xie. Fan Zhuo telah membantu Hua Yao dan Fei Yan menempa cincin roh mereka semalam. Hari ini ialah giliran Qiao Chu dan Rong Ruo.

Jun Wu Xie tidak berniat untuk pergi tapi selepas mempertimbangkannya seketika, dia mengangguk.

Jun Wu Xie mempunyai cara unik untuk memupuk kuasa rohaninya. Ini membolehkan dia menambah semula dan memulihkan kuasanya dengan pantas. Namun bukan begitu halnya dengan Fan Zhuo. Dia telah menempa cincin roh Hua Yao secara berturut-turut. Jun Wu Xie dapat mengagak yang kuasa rohani Fan Zhuo pasti banyak menyusut. Berdasarkan penilaiannya, Fan Zhuo tidak sepatutnya mampu meneruskan penempaan cincin roh hari ini.

Jun Wu Xie berjalan ke bilik Fan Zhuo sambil memeluk Hitam Kecil. Sebaik terlihat Fan Zhuo, keadaan pemuda itu tidaklah seteruk yang Jun Wu Xie jangkakan. Kuasa rohaninya juga tidak begitu teruk menyusut. Jun Wu Xie berasa bingung dan dia menyuarakan keraguannya. Fan Zhuo terkejut, tapi cepat-cepat tersenyum pada Jun Wu Xie.

"Jangan lupa yang saya ni datang dari Alam Pertengahan. Orang-orang dari Alam Pertengahan mampu menggunakan cara khas untuk meningkatkan kuasa rohani mereka. Kalau saya gunakan kuasa rohani saya tanpa cara itu, pasti saya sudah rebah selepas menempa hanya sebentuk cincin sahaja."

"Cara istimewa untuk meningkatkan kuasa rohani?" tanya Jun Wu Xie sambil mengangkat keningnya. Dia telah lama berasa ingin tahu dengan kebolehan Qiao Chu dan yang lain untuk memaksa kuasa rohani mereka mencapai tahap ungu seperti yang pernah disaksikannya sebelum ini.

"Ya. Orang-orang dari Alam Pertengahan memang dilahirkan dengan kebolehan ini." Qiao Chu yang berdiri di sisi mengangguk setuju.

"Kalau kamu berminat nak tahu lebih lanjut, satu hari nanti saya akan jelaskan dengan lebih terperinci." Fan Zhuo berjanji sambil tersenyum lebar. Fei Yan dan Hua Yao telah pun keluar sejak awal pagi lagi, Mereka mahu mencari kawasan tidak berpenghuni untuk menguji Cincin Roh mereka dan melihat betapa kuatnya roh berkontrak mereka sekarang ini.

"Tak perlu tergesa-gesa." Jun Wu Xie bersetuju dengan mudah. Setelah semua kesangsiannya dijelaskan, dia tidak merasakan yang dia perlu terus berada di situ lalu keluar dari rumah tumpangan tersebut. Dia mahu mencari bahan sesuai yang akan membolehkan dia menggunakan simbol Pengukuhan Roh pada badan makhluk roh dengan lebih lama lagi.


next chapter
Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C645
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン