アプリをダウンロード
32.2% DIA ATAU DIA? / Chapter 19: Bab 18

章 19: Bab 18

Pagi ini aku, Sarah dan Qistina keluar berjoging di taman berdekatan dengan rumah sewa kami. Tasik dan air pancut serta pokok-pokok bunga itu membuatkan taman itu lebih cantik dan ceria.

Setelah penat berjoging, kami berehat di atas bangku yang berada di tepi tasik itu. Haus lah pulak. Lupa lah nak bawak air dari rumah tadi...

"Korang nak air tak? Biar kita pergi beli." pelawaku.

"Boleh je." kata Sarah.

"Kite pun nak." kata Qistina.

"Ok. Kite pergi dulu eh." kata aku.

"Thank you, Nayli." ucap Qistina dan Sarah. Aku melangkah kaki ke kedai serbaneka yang berdekatan.

Telefon aku yang tertinggal di bangku itu berdering.

"Nayli tinggal phone dia ke?" tanya Qistina.

"Ye kot. Jap." kata Sarah. Dia mengambil phone aku. Nama Haizeq tertera.

"Haizeq." kata Sarah kepada Qistina. Dia menjawab panggilan itu.

"Hello." sapa Sarah.

"Hello. Sarah. Kenapa kau jawab ni? Mana Mia?" tanya Haizeq.

"Kitorang kat taman yang dekat kat rumah tu... Joging jap. Nayli pergi beli air. Kenapa?" tanya Sarah.

"Takpe lah. Tunggu aku kat situ. Aku dah nak sampai." jawab Haizeq. Dia memutuskan talian.

"Kenapa?" tanya Qistina.

"Haizeq nak datang sini. Biasa lah. Kalau tak nampak muka Mia sehari, mencari lah..." kata Sarah. Qistina tergelak kecil.

______________________________

Aku terlanggar bahu seseorang semasa berada di kedai serbaneka itu. Habis terjatuh botol-botol mineral.

"I'm so sorry." kata lelaki itu.

"No, I'm sorry." kata aku. Tak sempat aku nak pandang wajah dia, dia mencangkung untuk mengutip botol-botol yang terjatuh itu. Aku kenal bau perfume ni.

"It's okay." kata aku kepada lelaki itu. Aku turut mencangkung. Aku pandang wajahnya.

"Lah... Eiman ke? Ingatkan siapa lah tadi. Tu lah tinggi sangat... Tak nampak muka." kata aku. Eiman memandangku sambil tergelak.

"Mana ada tinggi. Kau tu yang kecik." kata Eiman. Aku menjeling Eiman. Sekali lagi dia tergelak.

"Gurau je. Nah." kata Eiman sambil menghulurkan botol-botol mineral itu.

"Thanks. Joging gak ke?" tanya aku.

"Haah." jawab Eiman.

Aku berjalan menuju ke kaunter. Eiman mengikuti aku. Dia juga membeli air mineral. Kami keluar dari kedai itu dan menuju ke bangku tadi.

"Eh, Eiman pun ada?" tanya Sarah. Eiman hanya tersenyum.

"Nampak phone kita tak?" tanya aku apabila mencari phone di dalam poket seluar tetapi tidak di jumpai.

"Nah." Sarah menghulurkan phone aku. Aku mengambilnya dari tangan Sarah.

"Korang duduk lah dulu kat sini. Kita nak jog jap." kata aku. Mereka mengangguk.

Aku jogging mengelilingi tasik itu. Aku berhenti apabila phone aku mendapat pesanan. Daripada Papa.

Papa:

- Buat apa tu kakak?

- Dah bangun ke belum?

Aku:

- Dah bangun.

- Tengah jogging. Papa tengah buat apa? Papa dengan Mama sihat? Adik-adik?

Papa:

- Oh... Awal bangun. Selalunya bangun lambat. Rajin pulak tu. Jogging siap...

Aku:

- 😅😂

Papa:

- Papa dengan Mama sihat. Adik-adik pun sihat. Kakak tu? Dengar cerita dua hari lepas kakak pengsan. Kenapa tak bagitahu?

Aku:

- Siapa bagitahu?

Papa:

- Haizeq. Kenapa tak bagitahu? Tell me now.

Aku:

- Kakak tak nak mama dengan papa risau. Papa kan dah tua... Nanti sakit pape kang, susah pulak...

Papa:

- Tua? Papa muda lagi lah... Baru 17 tahun...

Aku:

- 😂 Tok soh nok nipu la... You're 47 now. And I'm 20. Ada ke anak lagi tua daripada ayah dia? Tengok dah cakap klate...

Papa:

- 🤣😂 Ok lah. Jaga diri tu elok-elok. If anything happen, just tell me. Tok soh nok risau laa...

Aku:

- Baik boss.... Papa pun jaga kesihatan. Kirim salam kat mama and adik-adik. Bye. Assalamualaikum.

Papa:

- Waalaikumussalam. Ok. Jaga bakal menantu papa tu elok-elok.... Bye.

Aku:

- Menantu mane lak ni papa!!!??

Papa:

- Haizeq lerr...

Aku:

- Papa ni...

Papa:

- 🤣 Dah la. Bye...

Aku:

- Bye...

Aku tersenyum. Ah! I miss them already... Aku menutup phone aku lalu memasukkannya ke dalam poket. Tiba-tiba ada orang terlanggar aku dari belakang. Aku terjatuh. Muka aku berkerut. Aduh... Sakit lutut aku.

"Miss, I'm so sorry. are you okay?" tanya jejaka itu. Aku memandang lelaki itu.

"Oh, it's okay. I'm fine." balasku sambil tersenyum kelat. Dia menolong aku bangun.

"Thanks." ucapku.

"No problem. Are you injured?" tanya lelaki itu, risau.

"No. I'm fine." jawabku.

"Ok, then." kata lelaki itu. Dia melambai ke arahku sambil tersenyum. Dia menyambung joggingnya. Aku memandangnya. Asal macam pernah nampak dia ni? Wait. Bukan ke...

"Hah! Buat apa tu?" tiba-tiba ada suara datang dari sebelahku dengan kuat. Aku terkejut.

"Oh mak kau!" aku melatah. Aku memandang orang itu. Dia sedang tergelak. Dah agak...

"Haizeq! Kau ni... Terkejutlah! Sejak bila pulak kau kat sini?" tanya aku.

"Di mana ada Mia, di situ ada Haizeq yang handsome dan setia yang menanti..." kata Haizeq. Dia tergelak. Aku memukulnya perlahan sambil tersenyum malu.

"Siapa tadi tu? Boyfriend? Sampai hati kau curang dengan aku..." rajuk Haizeq.

"Mana ada boyfriend. And, sejak bila pulak aku curang? Kita bukan ada apa-apa pun..." kata aku. Aku memuncungkan bibir. Sebenarnya, aku sedih. Memang betul pun kitorang takde apa-apa. Aku dah lama suka dia... Tapi dia? Entah lah. Haizeq memandangku.

"Nak ada apa-apa ke?" tanya Haizeq sambil mengangkat kening dan tersenyum manis. Haih... Dia buat muka macam tu lagi... Macam mana aku tak suka dia?

"Ada apa-apa apa?" tanya aku pula. Tak paham.

"I mean, nak couple dengan aku ke?" tanya Haizeq, masih tersenyum. Aku terdiam. Haizeq mendekatkan mukanya berserta dengan senyuman manis itu. Damn! Berdebar sis...

"Mana ada." jawabku.

"Habis tu kenapa buat muka macam tu tadi?" tanya Haizeq. Alah... aku nak jawab apa ni? Ha sudah!

"Kenapa diam? Tak tahu nak jawab ape lah tu... Mengaku je lah." kata Haizeq, tersengih.

"Takde apa-apa lah..." kata aku. Haizeq ketawa.

"Hahahahhah... Nervous lah tu. Dah la taknak mengaku." kata Haizeq, tersenyum. Aku muncungkan bibir.

"Eeee... Rasa nak kiss je. Cute lah!" kata Haizeq. Aku membulatkan mata. Haizeq tak habis lagi dengan ketawanya.

Kami berjalan bersama-sama.

"By the way, macam mana kau tahu aku dekat sini?" tanya aku.

"Tadi aku call kau. Tapi Sarah jawab. Dia cakap kau pergi beli air and dia bagitahu yang korang kat sini. Kenapa tak ajak aku tadi?" tanya Haizeq.

"Aku tak nak kacau kau pagi-pagi ni. Anyway, kenapa kau bagitahu papa aku yang aku pengsan?" tanya aku.

"Kenapa? Salah ke?" tanya Haizeq.

"Tak salah. Aku tanya je." kata aku.

"Masa kat KL haritu. Papa kau suruh aku bagitahu dia kalau apa-apa jadi kat kau..." kata Haizeq.

"Ohhh...." aku hanya mengangguk.


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C19
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン