アプリをダウンロード
50% DEAR MY LOVE ROSAE NATALIA / Chapter 2: Bab 02

章 2: Bab 02

SELEPAS berpisah dengan Hyung Won. Rosae hanya menghabiskan masa berkurung dalam bilik. Terlalu banyak kenangan yang dia cipta selama lima tahun bersama lelaki itu dan dia tak pasti jika dia mampu mencintai lelaki lain seperti mana dia mencintai Hyung Won.

Pernah beberapa kali dia cuba menghubungi Hyung Won. Tetapi panggilannya tak dijawab, mesejnya pula tak di balas. Mungkin sibuk kerana dia terlibat dengan pengambaran drama terbaru 32 episod sebagai bintang utama.

"Lupakan dia, lupakan dia, lupakan lelaki tak guna tu Rosae" katanya pada diri sendiri. Pantas telefon pintar dicampak di atas katil bersaiz queen, bercadar merah jambu yang terletak bersebelahan dengan meja soleknya.

Wajah dia raup kasar lalu merenung dirinya dari cermin. Apa ertinya lagi hidup ini tanpa lelaki bernama Min Hyung Won? Dia dah serahkan segala-galanya pada lelaki itu dan tak ada apa-apa lagi yang tinggal padanya.

"Kau memang bodoh Rosae sebab percayakan dia akan cintakan kau seumur hidup dia" dia tersenyum. Tetapi air mata mengalir jatuh membasahi pipi.

Dia tak kesal kerana ditinggalkan oleh lelaki itu. Dia kesal kerana memberikan kehormatan yang seharusnya dia berikan hanya untuk seorang lelaki yang bergelar suaminya dan halalnya sahaja. Tak mungkin ada lelaki sanggup menerima dirinya jika tahu dia telah memberikan permata berharganya pada lelaki lain.

Katalk!

Bunyi chat masuk menyedarkan dia dari lamunannya.

Dia bangun, mengambil telefon di atas katil lalu membuka chat yang dihantar oleh kawannya Yeon Joo. Berserta dengan mesej ringkas Yeon Joo sertakan juga link satu artikel yang ditulis oleh salah satu media hiburan Korea.

Rosae duduk lalu membuka link tersebut dengan gementar. Entah apalah yang dikirim oleh kawan baiknya itu. Mata tak berkelip sebaik sahaja dia membaca tajuk pada artikel tersebut.

[BREAKING NEWS0 Moedel/Actor Min Hyung Won

reported Break up with model

Chae Ro Sae after five years

In relationship.

Tak ada kata yang mampu terucap dari bibir bila membaca berita tentang dirinya dan Hyung Won. Malu, kecewa, marah, sedih dan benci semuanya bersatu saat itu. Sekali lagi telefon dia campakkan jauh dari dirinya.

Dia tak mahu baca apa-apa komen dari netizen yang mungkin menanti-nantikan saat itu. Selama ini pun ada sahaja komen-komen buruk netizen yang mahu mereka berpisah Kedua-dua tangan memicit-micit kepala yang terasa sakit. Tiba-tiba bayangan Hyung Won muncul memandangnya dengan senyuman.

Rosae menggenggam kedua-dau penumbuknya. Jelingan tajam dihalakan tepat ke wajah lelaki itu. Rasa bencinya terhadap Hyung Won kian membuak-buak. Lebih-lebih lagi bila melihat senyuman lelaki itu.

"Pergi berambus lelaki tak guna!" jeritnya. Bantal dia ambil lalu dicampak ke arah almari pakaian. Bayangan Hyung Won serta merta hilang. Nafas dia tarik dalam-dalam lalu dilepaskan berat. Dada yang terasa sesak dia urut lalu bangun berjalan ke meja solek.

Lama dia merenung wajahnya sendiri di cermin. Tak ada senyuman yang mampu terukir dibibir saat ini. Matanya bukan setakat merah seperti hantu. Tetapi juga bengkak kerana menangis tak henti-henti disebabkan Hyung Won.

Seingatnya kali terakhir dia menangis teruk seperti ini ketika dia berusia 12 tahun. Waktu itu dia tak mahu berpindah ke Korea dan berpisah dengan nenek, datuk, mak su, Emir Rafiqi.

"Adik abang kenapa nangis? Muka tu dah buruk. Dah berhenti nangis, senyum sikit. inshaAllah nanti abang pergi Seoul jumpa Lia.janji" kata-kata Emir Rafiqi tiba-tiba sahaja tergiang-giang di telinga.

Rosae tunduk, air mata dia kesat dnegan belakang tangannya lalu kembali memandang ke cermin. Perlahan-lahan dia tarik senyum meskipun bibirnya enggan memberikan kerjasama. Tetapi dia paksa juga untuk tersenyum kerana kata-kata seorang kawan yang tak ubah seperti abang kandungnya sendiri mahu dia terus tersenyum.

Laci dia buka mengeluarkan satu kotak lama yang dihadiahkan oleh seseorang. Kotak dia buka lalu melihat barang-barang yang kini telah menjadi kenangan dalam hidupnya. Ada suart, cincin daun dan gambar dia bersama seorang kanak-kanak lelaki.

Sekeping gambar lama dia ambil, ditenung agak lama. Ketika ini dia masih kanak-kanak dan cuma tahu menghabiskan masa dengan bermain. Emir adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya yang nakal. Mandi sungai, bermain dibendang, panjat pokok semuanya perkara biasa buat Rosae ketika itu.

"Abang Emir, mesti abang dah tua sekarangkan? Entah-entah abang dah lupa Lia sebab tu abang dah tak hantar kad untuk Lia. Lima tahun, sepucuk kad pun tak ada, kad Liapun abang tak balas. Huh, Lelaki ni semuanya sama aje kut cepat berubah hati. Dulu janji lain. Tapi janji tu tinggal janji. Perempuan yang terpaksa tanggung semua derita disebabkan seorang lelaki" luahnya dengan penuh rasa kecewa.

Gambar dia masukkan semla ke dalam kotak lalu membaca kad-kad yang dihantar oleh Emir. Sejak 12 tahun lepas. Kalaulah Emir adalah abangnya. Pasti dia dah belasah Hyung Won kerana menyebabkan Rosae menangis.

Dear My Love Rosae Natalia

Rosae, saya ada berita nak sampaikan pada

Awak. Saya berjaya lanjutkan pengajian .Di universiti!

Saya harap suatu hari nanti

Kita dapat jumpa dan... Emir Rafiqi rindukan

Rosae Natalia sangat-sangat. Jaga diri,

Selalu senyum, saranghae.

Itulah kad terakhir dari Emir yang dia terima lima tahun lepas. Dia tak tahu kenapa dia berasa janggal setiap kali membaca kad-kad dari Emir. Masa kecil, bukan main beria-ia Emir mahu dia memanggilnya dengan panggilan abang dan memanggilnya dengan panggilan Lia.

Namun beberapa pucuk kad yang dia terima tujuh hingga lima tahun lepas. Emir tidak lagi menggelar dirinya 'abang' dan memanggil Rosae sebagai 'Lia' aneh. Tetapi itulah realiti yang harus dia terima. Orang yang dia anggap seperti abangnya sendiri juga telah berubah.

"Mungkin Abang Emir dah ada teman wanita kut. Manalah tahu girlfriend dia cemburu. So, dia dah tak tulis abang. Ada girlfriend lupa dengan adik dia" Rosae tersenyum kelat sambil menutup kad tersebut. kad dia tutup lalu disimpan semula ke dalam kotak. Kemudian kotak diletakkan dalam laci yang berkunci.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk oleh seseorang.

Rosae menoleh.

"Rosae, boleh mama masuk?"

Rosae bangun dan membuka pintu biliknya. Kelihatan si ibu datang bersama hidangan minuma petang. Makanan dan iar dia letakkan di atas meja lalu duduk di sebelah satu-satunya anak yang mereka ada itu. Mata Rosae yang bengkak sudah cukup menjelaskan dia tak dapat lupakan perbuatan Hyung Won terhadapnya.

"Rosae tengah buat apa?" soal ibunya. Sempat juga mata memerhati sekeliling bilik tersebut.

"Tak ada apa-apa. Baring-baring, main phone" jawabnya sedikit janggal.

"Anak mama okey ke tak ni?" soal si ibu sambil membelai rambut lurus Rosae yang terhurai.

"Rosae okey. Mama tak perlu risau ya" jawabnya dengan senyuman. dia okey atau tak biarlah dia sahaja yang tahu. Dia tak mahu menyusahkan atau membebankan ibunya dengan masalah peribadinya.

"Mama tahu Rosae sayangkan dia. Tapi ingat jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau betul dia jodoh Rosae suatu hari nanti dia akan kembali pada Rosae. Kalau dia bukan jodoh Rosae, sekuat manapun Rosae mempertahankan cinta Rosae pada dia. Ianya takkan berhasil" kata si ibu yang sudah pernah melalui pahit getir percintaan pada zaman mudanya dahulu.

"Rosae tahu dan percayakan takdir. Mama tak perlu risau okey. Tapi... Entahlah kenapa Rosae sedih sangat bila Hyung Won buat Rosae macam ni. Rasa macam jiwa ni dah mati" luah Rosae. Matanya kembali berkaca-kaca hendak menangis.

Puan Nadia memeluk erat anaknya sambil mengusap lembut belakang Rosae. "Mencintai seseorang dengan sepnuh jiwa kita tak salah. Tapi jangan sampai kita menderita. Mama percaya suatu hari nanti akan ada seseorang yang lebih baik untuk anak mama"

Rosae meleraikan pelukkan itu. Wajah Puan Nadia dia renung agak lama. Kalaulah ibunya tahu yang dia telah serahkan segala-galanya pada Hyung Won. Pasti ibunya kecewa kerana ibunya selalu berpesan supaya dia menjaga maruah dan kehormatannya sebagai seorang perempuan. Tetapi disebabkan cinta dia melupakan semuanya.

"Maafkan Rosae ma" ucapnya. Dia kembali ke dakapan ibunya. Air mata yang jatuh membasahi pipi cepat-cepat dia kesat dengan tangan. Kalau boleh dia tak nak ibunya tahu dia sedang menangis.

"Rosae tak buat apa-apa salahpun. Jatuh cinta, bercinta, putus cinta dan kecewa tu dah macam isi dan kuku dalam dunia percintaan ni. Tak perlu rasa bersalah" balas Puan Nadia sambil mengusap lembut belakang anak perempuannya itu.

Rosae minta maaf sebab dah kecewakan mama. Bisik hatinya. Tubuh Puan Nadia dia peluk lebih erat.

"Uhuk! Uhuk! Rosae, Rosae nak bunuh mama ke apa ni?" serasa seperti dia sesak nafas bila dipeluk begitu erat.

Dia cepat-cepat meleraikan pelukkan itu. "sorry,sorry Rosae tak sengaja. Mama okey ke tak ni?" soalnya menatap tepat ke wajah ibu tercinta.

"Mama okey" Puan Nadia menggenggam erat kedua-dua tangan Rosae. Wajah Rosae sekali lagi dia renung. Mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk dia berterus terang tentang suatu perkara pada Rosae. Biarlah anaknya itu tenang dahulu.

"Kenapa pandang Rosae macam tu??" soal Rosae ada segaris senyuman janggal terukir di hujung bibir nipisnya.

"Tak ada apa-apa. Mama tak sangka anak mama ni cantik sangat. Lagi cantik kalau mata tu tak merah dan bengkak. So stop crying like a baby. Baby pun tak nangis macam tu tau" pesan Puan Nadia.

Rosae melekapkan kedua-dua tangan pada pipi bila mendengar pujian dari ibunya. "Rosae tahu Rosae lawa. Tengoklah siapa ibu dan papa Rosae" tersenyum. Sempat juga dia buat muka comel untuk melegakan hati si ibu.

"Dah mama keluar dulu. Rosae jangan lupa minum dan makan kuih tu. Malam ni keluar makan, mama masak lauk kegemaran Rosae" pesan Puan Nadia. Dia bangun dari katil empuk kepunyaan Rosae.

Namun ketika melangkah keluar dari bilik Rosae. Dia terpandang bantal di atas katil. Rosae yang menyedari keadaan itu cepat-cepat mengambil bantal tersebut lalu memeluknya.

"Tadi ada tikus lalu tu yang Rosae baling bantal dekat almari" alasan diberikan sebelum si ibu bertanya.

"Tikuslah sangat. Setahu mama rumah kita tak ada tikus" Puan Nadia menggeleng dan terus berjalan keluar dari bilik Rosae.

Bab 02 ni macam boring sikitkan? tak apa kita relaks-relaks dulu. 

Bab 03 inshaAllah takkan bosan . 

nantikan Bab 03 next week! 

tinggalkan feedback anda ye. supaya sist boleh perbaiki 

apa yang kurang atau terlebih. 😘😘 


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C2
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン