アプリをダウンロード
62.5% CINTA GELANDANGAN / Chapter 5: BAB 5

章 5: BAB 5

ESOKNYA,

Kali ini, Ain dan Annie yang buka kedai. Mereka datang seawal 7 pagi. Selama 4 hari berturut-turut, asyik aku saja yang buka kedai. Kali ni, orang lain pula yang buka.

PAK!

Annie terpijak sebuah sampul surat berwarna putih semasa sibuk membuka kedai.

"Apa ni?"

Annie membetulkan rambutnya yang melurut ke bawah. Dia mengambil sampul surat putih yang bercorakkan merah jambu itu.

"Ergh... buruknya tulisan."

"Apa tu?" Ain menjenguk juga. Dia berdiri di sebelah Annie dan membaca ayat yang tertulis di hadapan sampul surat putih itu.

'Kepada: Barista Idamanku'

Ain dan Annie tersenyum. Barista idaman? Untuk siapa?

"Untuk Ain kot. Amiklah" Annie menyerahkan surat itu kepada Ain.

Ain menggeleng-geleng.

"Ain tak pernah jumpa mana-mana lelaki pun lagi dekat sini. Cukup yang dekat rumah tu jelah Ain suka. Ambil balik"

"Habis tu? Surat siapa? Tak disertakan nama langsung" Keluh Annie. Stres saja mukanya memandang surat itu.

"Dia kata untuk barista idaman. Dia tak nyatakan untuk siapa. Kita semua dekat sini ialah barista, Chef dan akauntan. Jadi sesiapa pun yang dikenali sebagai barista, boleh buka kan?"

Ain angguk.

"Buka sajalah. Tidak mungkin dia hantar semalam. Mesti dia hantar baru je tadi. Sebelum kita sampai sini. Jadi dia hantar pada yang buka kedai nilah. Sebab dia tahu, yang buka kedai ni akan baca dulu"

"Yang buka kedai ni dulu?" Annie berkerut.

"Hm. I guess it is for me, kan?"

Ain mengangkat bahunya. Dia sendiri rasa ragu-ragu dan mahu tahu siapakah penerima dan pengirim surat tidak bernama itu. Dia juga mahu tahu isi kandungannya. Perasaan curious tu mula datang bila Annie sudah membuka sampul surat itu.

"Ehem"

"Annie, baca kuat sikit. Sementara Ain nak kemas meja ni"

Annie senyum. "Baiklah. Ehem!"

Annie membetulkan anak tekaknya. Manalah tahu tiba-tiba nak baca, terkeluar suara orang lain. Suara katak atau kambing, lagilah dia tak mahu.

"Ehem. Kehadapan puteri barista ku sayang. Sudah lama kita tidak berjumpa walaupun baru beberapa jam kita berpisah. Aku menulis surat ini untuk berpesan kepadamu..."

Annie menyuarakan surat itu seperti seorang penyair Negara. Begitu bersemangat sekali dia bercerita sehingga lupa yang Ain berada di situ.

Ain pula khusyuk mendengar walaupun sedang mengemas meja. Dia mahu tahu, siapakah barista bertuah yang telah memenangi hati seorang lelaki yang tidak dikenalinya? Dia mahu bertanya kepada barista itu nanti.

"Yang benar: gelandangan hina"

Annie menamatkan bacaan itu.

"Gelandangan hina?"

Annie dan Ain menyoal serentak. Gelandangan? Hina?

Jadi adakah yang menulis surat ini adalah daripada seorang gelandangan?

"Banyak sangat spekulasi yang Ain fikirkan dalam kepala. Haih. Baguslah tu. Kita semua pun sudah mencecah 25 tahun dan boleh berkahwin"

Ujar Ain.

"Surat tu..."

Qabil berjalan masuk ke dalam kedai. Terkejut Ain dan Annie dibuatnya.

"Surat tu bukan untuk korang berdua..."

"Ah, alamak!"

Annie menyorokkan surat itu dibelakangnya.

"Adakah surat ini... milik Encik?"

Qabil mengangguk. Sedih benar nampaknya. Surat yang disangka akan dibaca oleh si kekasih hati, rupanya dibaca oleh si kekasih rusuk kiri. Langsung tiada perasaan gembira di hatinya malah perasaan malu yang menebal pula muncul.

"Saya tulis untuk salah seorang barista yang bekerja dekat sini. Bukannya untuk kamu berdua."

"Maaf encik. Kami juga barista dekat sini. Sangkaan kami, Encik mahu hantar pada salah seorang dari kami" Ain tersengih.

Alamak. Apa yang dia harus buat sekarang? Keadaan yang indah tadi, terus jadi tak betul. Itulah kau! Surat yang bukan milik kau, dan bukan pasti lagi milik kau, usahlah disentuh. Kan sudah timbul masalah perkauman sebegini!

"Maafkan saya sebab terbaca encik. Tapi boleh kami tahu, barista mana yang telah menambat hati encik?" Soal Annie.

Dalam meminta maaf, dia dapat selongkar. Nanti dia boleh kenakan orang itu.

"Nama dia..."

Qabil berkerut.

"Nama dia...?"

Annie dan Ain sedia menunggu jawapan. Lama juga nak tunggu Qabil ni buka mulut untuk beritahu nama barista itu.

"Tak ingat pula nama dia"

"Allah."

"Rupa parasnya bagaimana?"

"Rupa parasnya cantik dan comel."

Ujar Qabil.

"Encik, bagi lebih spesifik boleh? Nnti bolehlah kami hantar surat ini padanya. Kalau begitu saja, kami juga boleh termasuk dalam golongan cantik dan comel itu"

Pinta Annie sambil tersenyum manis.

Qabil mengeluh. Dia menurunkan sebuah kerusi di atas meja lalu duduk di atasnya. Dia duduk seperti orang tua yang sedang merenung masa depan.

"Hidungnya bulat bak bulan purnama"

Annie yang mula berdebar-debar tadi, hampir terkeluar air liurnya. Dia mahu ketawa melihat gelagat Qabil yang sudah berada dalam dunianya sendiri.

"Matanya biasa tetapi bulu matanya seindah wajah saya"

Sudah! Annie sudah tak tahan. Dia mahu gelak!

"Bibirnya seperti diserang tebuan kerana tebal yang melampau"

"HAHAHA!"

Annie ketawa Semahu-mahunya. Diserang tebuan? Annie dan Ain rasa, dia tahu siapa.

"Maaf encik. Perincian encik terlalu spesifik. Saya boleh gila dibuatnya. Hahaha. Diserang tebuan. Kemungkinan yang encik sebut itu ialah Eyya. Dia dari kecil memang ada bibir tebal dan comel sebegitu"

"Eyya?" Qabil memandang Annie.

"Betullah. Namanya Eyya"

"Ya, kenapa dengan saya ni?"

Aku masuk ke dalam kafe itu dengan seorang lelaki yang mengiringiku. Dari luar lagi aku dengar bertapa bisingnya di dalam. Sebenarnya aku dengar annie gelak jelah yang lebih.

"Eyya, lelaki ni cakap bibir kau kena serang tebuan." Ujar Annie.

Aku berkerut. Memandang Qabil yang tersengih-sengih seperti lala wangi.

"Awak kutuk saya?"

"T... tak."

"Tak. Dia tak kutuk Eyya pun. Dia cuma nak tanya nama Eyya tapi tak ingat nama. Jadi dia terangkan muka Eyya bagaimana"

Jelas Ain cuba tenangkan situasi.

"HAHAHA. Meriah betul dekat sini ya. Lama tak jejak kaki dekat sini"

Jejaka tampan disebelah aku sudah ketawa terkekek-kekek. Dia ni lagilah. Tak boleh dibuat kawan langsung. Ada saja yang nak bergaduh.

"Apa? Apa yang kau nak gelakkan sangat?"

Aku bercekak pinggang. Baru saja masuk kedai, aku sudah panas hati.

"Ni siapa?" Qabil menunjuk ke arah lelaki disebelah aku.

Aku senyum.

"Ni Rafi. Doktor dekat Hospital Besar Kuala Lumpur"

"Abang ke?" Soal Qabil lagi.

"Taklah. Saya boyfriend dia lah"

Rafi senyum manis lalu memeluk leher aku secara tiba-tiba. Terkejut aku dibuatnya.

"Boyfriend?" Qabil berdiri. Annie pula menggeleng-geleng memandang Rafi dan Eyya.

"Betul ke ni?" Soal Qabil lagi

Aku menggeleng dan menolak Rafi kuat ke tepi. Ish! Suka-suka je.

"Bukanlah. Kami adik-beradik angkat. Hubungan keluarga kami sangat rapat bagaikan aur dengan tebing. Muka pun tidak sama, memang tiada jodoh langsung dengan dia ni"

Qabil mengurut dada dan bernafas lega. Phew! Dia hampir bunuh diri tadi. Tak guna betul sang doktor.

"Sorry. Girlfriend saya seorang barista juga. Sebab itu saya suka lepak disini"

Ujar Rafi.

"Siapa?" Qabil berkerut.

"Tu" Rafi menunjukkan ke arah Annie yang sedang berpeluk tubuh. Annie tersenyum malu apabila Rafi memandangnya. Seminggu tidak berjumpa dengan Rafi. Rindunya Ya Allah.

"Saya... ada kerja dekat dapur. Nanti kita sembang lagi" Annie mengundur langkah meminta diri.

"Saya ikut" Rafi berjalan mengiringi Annie. Mereka berjalan bersama-sama masuk ke dalam dapur.

PANG!

Haa sudah. Bila mereka berdua ni rapat je. Terus hancur lebur dapur tu dibuatnya.

"Ahh... bersyukur awak masih belum dimiliki orang" Qabil senyum.

"Kenapa?" Aku mengangkat kening memandang dia.

"Awak suka saya eah?"

"Err... rasanya saya pun ada kerja dekat dapur. Babaii" Qabil terus menukar topik. Dia terus berjalan menuju ke dapur. Sejak bila pula dia jadi barista dekat kafe ni? Buang masa dan tenaga saja.

Sementara itu, Ain sudah senyum mengusik memandang aku. Dia tahu apa yang Qabils sorokkan walaupun baru kenal pada hari itu. Ahhh dia harapkan tunangnya juga ada disini.

BY Eyya Dhyna


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C5
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン