アプリをダウンロード
76.47% Aramin The Phantom Of Darkcurse / Chapter 13: Volume 1-08.2

章 13: Volume 1-08.2

Berkerut terus dahinya melihat nama 'Penyihir Tua' itu. Kerana setiap kali mendengar nama itu yang selalu muncul dengan membawa berita yang mampu mengubah dunia dan sebuah kehidupan. Setiap kali Penyihir Tua itu bangkit dari tidurnya yang panjang dia akan mendapat ramalan masa depan yang tidak kira baik mahupun buruk dan mampu mengubah sejarah dunia yang fana.

Seperti apa yang berlaku 200 tahun yang lalu di mana ketika itu ialah tahun kelahiran Putra ke11, di mana semua kehidupan di muka bumi, alam dan dunia seperti menyambut kelahirannya selama setahun lamanya. Sehinggakan ketika itu semua mereka terkejut dan merasa hairan dengan apa yang berlaku.

Tahi bintang jatuh di langit selama sebulan lamanya, setiap malam walaupun hujan lebat turun membasahi bumi.

Pokok-pokok yang sangat muda dan sangat tua yang disangka sudah mati mula berdaun lebat, mengeluarkan bunga-bunga kecil yang akhirnya menghasilkan buah-buahnya.

Ikan-ikan di lautan bertelur dan melompat di permukaan air dengan indah sekali seperti sedang menari sehingga menghasilkan percikan air yang cantik dan ombak kecil selama seminggu berturut-turut, siang dan malam.

Burung-burung pula terbang keriangan di langit dan menari mengelilingi Istana Imperial Palace selama sebulan sejak di hari pertama Putra ke11 lahir. Mujur ketika itu burung itu tidak berak sekali.

Ada banyak keajaiban yang berlaku ketika itu sehingga setahun lamanya ia berterusan. Mereka semua masih tidak tahu apa sebab kejadian-kejadian itu berlaku sehinggalah suatu hari Penyihir Tua memunculkan diri ke Imperial Palace dengan tujuan melawat Putra ke11 dengan membawa berita gembira dan mengejutkan mengenai kelahiran Putra Ke11, iaitu Putra ke11 merupakan Yang Terpilih Raja segala kehidupan dan Penyelamat dunia dari kehancuran dan kegelapan di masa hadapan.

Betapa hebat dan uniknya kelahiran Putra ke11 yang telah menjadi permata dihati mereka semua sejak buat pertama kalinya adik bongsu mereka yang lahir itu membuka mata di depan mereka semua dan memandang mereka dengan mata hitamnya yang bersinar terang umpama matahari.

Boleh dikatakan sejak kelahiran adik bongsu mereka, kehidupan mereka yang terasa sunyi dan kosong terasa terisi, sempurna dan bahagia sekali. Walau hanya dengan melihatnya tidur, ketawa buat pertama kali, menangis ketika ditinggal sekejap keseorangan semasa bayi, belajar baring, belajar bertiarap, belajar duduk dan semuanya, sudah memuaskan hati mereka.

Anugerah yang amat mereka sayangi dan jagai.

Namun disebabkan oleh ramalan yang diberitahu oleh Penyihir Tua itu juga telah membuatkan mereka menjadi leka dan terlalu berfikiran positif bila mengetahui Putra ke11 ialah Yang Terpilih, dengan takdirnya begitu mereka menyangka tiada bahaya yang akan menimpanya dan dia terlindung dari apa-apa musibah.

Ketika umur Putra Ke11 masuk genap 13 tahun iaitu di mana upacara Menanggal Sumpahan akan dilakukan ke atasnya, semua mereka masing-masing sibuk membuat persiapan yang meriah sekali dan ingin upacara itu menjadi yang sempurna sekali. Ketika mereka semua sibuk dan tidak dapat menemani Putra ke11 sebentar, dia hilang secara tiba-tiba.

Seminggu mereka tidak berhenti mencari Putra Ke11. Dari seminggu berubah sebulan dari sebulan berubah menjadi beberapa bulan sehinggalah pakaian Putra Ke11 yang terakhir sekali dilihat dipakainya sebelum dia hilang dijumpai di belakang Imperial Palace berdekatan dengan hutan dan berlumuran darah yang dimiliki oleh Putra ke11.

Sejak dia hilang juga masa depannya yang telah diramal, yang seharusnya penuh dengan kegembiraan, kehormatan, kekaguman, kesempurnaan dan kehebatan telah hilang menjadi gelap, langsung tidak dapat dilihat. Dia seperti hilang dan lenyap dalam sekelip mata di dunia ini. Seperti kewujudannya hanyalah ilusi dan mimpi indah di malam hari mereka semua. Sekelip mata merampas sekali cahaya hidup mereka dan telah menjadi titik hitam di hati mereka semua. Rasa bersalah yang masih mengejar mereka umpama bayang yang tidak pernah berpisah.

Jika mereka tidak sibuk semua ketika itu pasti adik bongsu mereka masih ada bersama mereka sekarang....

Jika mereka tidak leka dan berfikiran positif yang adik mereka akan sentiasa terlindung dari bahaya kerana dia ialah Yang Terpilih dan sejak kecil sudah mempunyai Magic dan Spirit yang kuat dan tak terkalahkan oleh mereka semua abang dan kakaknya, pasti mereka dapat melindunginya dari musuh..

Jika ada seorang dari mereka yang menemani adik bongsu mereka ketika itu dari teruja ingin menyertai dalam persiapan upacara Menanggal Sumpahan adik bongsu mereka, pasti kejadian hitam itu yang telah meragut nyawa adik bongsu mereka hilang tidak akan berlaku!.

Praaakkkk!!!

Booommmmm!!!

Meja pejabat General De Kingsten tiba-tiba meletup menjadi abu ketika sudah tidak mendapat menanggung tekanan aura Magic dan Spiritnya yang tanpa sengaja terkeluar dari tubuhnya serta hilang kestabilan. Pejabatnya yang tadi kemas tiba-tiba berubah seperti di serang garuda dengan bunyi pecah, retak sebelum menjadi abu kedengaran.

Dia hampir hilang kawalan dan menyakiti dirinya sendiri ketika dalam keadaan jatuh ke dalam ilusi gelap di hatinya, yang hampir menenggelamkan fikirannya dan merosakkan mental pertahanannya.

"General!!"

Jerit tentera di luar dengan suara panik. Mereka semua berpusu-pusu ke sini kerana dikejutkan dengan bunyi letupan di pejabat General De Kingsten dan serangan aura Magic dan Spirit yang hilang kawalan terhadap tentera-tentera dan pengawal yang Mental pertahanan mereka tidak berapa kuat menyebabkan mereka rebah dan koma seketika.

Malah pengawal yang berkawal di luar pejabat General De Kingsten pun sudah rebah kerana mental pertahanan mereka telah diserang.

Ketika mereka mahu mengambil keputusan menyerbu masuk ke pejabat General De Kingsten tanpa menunggu arahan daripada lelaki yang hilang kawalan di dalam pejabat itu, mereka semua dihentikan dengan suara dingin dari dalam.

"Saya okey. Jangan risau"

Lega terus hati mereka semja ketika mendengar suara General De Kingsten.

"Jika ada apa-apa, kami memohon agar diberitahu dan diberi arahan untuk masuk general. Keselamatan General ialah keutamaan kami"

Kata tentera-tentera itu sebelum mereka berkawal di luar dengan posisi yang bersedia, menggantikan pengawal General de Kingsten yang telah pengsan kerana diserang oleh aura Magic dan Spirit General De Kingsten yang hilang kawalan tadi.

Lelaki di dalam pejabat yang sudah tidak serupa pejabat milik seorang yang berjawatan tinggi itu hanya diam tidak menjawab. Namun jika ada yang masuk ke dalam pejabat itu sekarang pasti akan terkejut hingga jiwa melayang dan mula syak sama ada mata mereka buta kerana lelaki yang amat terkenal dengan kekejaman dan kebengisannya di medan perang itu serta sentiasa bernada dingin ketika bersuara itu, kini sedang menangis seperti budak kecil....


クリエイターの想い
Ghost_Sinker Ghost_Sinker

There more De Kingsten sibling will appear in the future...lol...

11 prince and 4 princess. But 1 dead so only 14 still alive until now.

Mereka semua adik-beradik ialah generasi ke5 dengan abang sulung mereka sebagai Leader bagi generasi ke5. Anak buah mereka pula selepas itu akan automatik menjadi generasi ke6 dan yang seterusnya...

Mereka ialah Sis-con dan Bro-con yang extreme. Dibayangi rasa bersalah hingga kini kerana gagal melindungi adik mereka yang masih kecil...

next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C13
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン