アプリをダウンロード
25.8% Aku Di Dunia Elf / Chapter 24: Tenggelam Di Dalam Tasik

章 24: Tenggelam Di Dalam Tasik

Issac memandang ke arah hutan di seberang sungai dengan pandangan tajam. Dia mencuba untuk melihat jika ada pergerakan yang mencurigakan di hutan itu. Issac memandang ke arah Aubree yang berada di belakangnya sebelum dia memandang ke arah Angela pula.

Terakhir sekali, dia memandang ke arah kumpulan Tentera Elf yang mengikuti mereka untuk rondaan kali ini. Issac merasa jumlah mereka sangat sedikit dan jika mereka pergi ke hutan di seberang sungai, mereka tidak akan dapat mengalahkan Tentera Kegelapan jika benar Tentera Kegelapan ada bersembunyi di hutan tersebut.

Kerana tidak mahu siasatan mereka berubah menjadi sia-sia, Issac menyuruh semua Elf menaiki kuda masing-masing dan bergerak pergi dari tempat itu.

Angela melihat Issac langsung tidak percaya dengannya, membuatkan Angela menghentakkan kakinya kerana kecewa dan marah. Dia sangat marah kerana Issac tidak mahu mendengar kata-katanya. Walaupun dia marah, Angela tetap menaiki kudanya sendiri dan dia pun mengikuti Issac.

Bagi Aubree pula, dia tidak peduli apa pun keputusan yang dibuat oleh Putera Pertama itu kerana apa saja keputusan lelaki itu tidak ada kena-mengena dengan Aubree.

'Kalau mereka nak pergi serang hutan itu juga, saya hanya tinggal lari saja. Tak mungkin saya nak korbankan diri saya nak tolong mereka. Sudah mereka yang nak cari nahas, biarlah mati saja di dalam hutan tu sekali! Padan muka!'

Walaupun Aubree merasa seperti itu, Aubree tahu jika Issac dalam diam sedang merancang sesuatu. Ahli sihir Elf adalah antara kumpulan penjaga Kerajaan Elf yang kuat dan tidak mungkin Issac akan mengabaikan kata-kata Angela begitu saja.

Jika Angela mengatakan ada sesuatu di dalam hutan itu, Issac tentu saja akan percaya dengan Angela tapi Issac juga tidak akan menyerang begitu saja tanpa perancangan yang teratur.

Aubree melihat jumlah Tentera Elf yang bersama dengan mereka dan langsung tidak sesuai untuk dibawa bertarung. Silap hari bulan, baru melangkah masuk ke hutan itu, nyawa mereka semua akan melayang.

Aubree berfikir jika Issac akan kembali ke kediaman Putera Ketiga untuk membincangkan masalah ini dengan Kilan. 'Hmm, pretty smart. Dalam keadaan yang macam ni pun, Putera Ais ni masih boleh berfikir dengan tenang.'

Mereka memeriksa beberapa tempat lagi sebelum mereka akhirnya berhenti di sebuah restoran tepi tasik untuk makan tengah hari. Kawasan restoran itu terletak betul-betul di tepi tasik dan hanya menggunakan atap untuk melindungi para pelanggan dari cahaya matahari.

Restoran itu seratus-peratus dibentuk dari sumber alam semua jadi. Tiang yang menopang atap restoran adalah berasal dari batang kayu yang kecil dan nipis manakala atap rumah pula adalah berasal dari daun-daun pokok yang bergabung membentuk atap. Di setiap daun pokok terselit tumbuhan menjalar yang berbunga dengan warna yang berbeza-beza.

Aubree yang melihat restoran ini pertama kalinya sangat terpegun melihat reka bentuk restoran ini kerana ini pertama kali dia melihat struktur restoran yang seperti ini. Di dunia moden pun tidak pernah ada yang secantik dan seunik seperti ini.

Aubree tidak memberi perhatian kepada Elf yang lain lagi dan terus berjalan mendekati tasik yang tidak dibina pagar. Dia memandang ke dalam air tasik dan melihat air tasik yang sangat cantik. Keadaan air tasik ialah jernih dan Aubree boleh melihat ikan-ikan yang berenang di dasar tasik.

Aubree tersenyum melihat pemandangan yang cantik di depannya.

Angela mengambil tempat duduk di sebelah Issac. Dia berpusing ke belakang untuk melihat Aubree yang sedang teruja memandang ke dalam tasik. Melihat wajah teruja Aubree itu, Angela mencebik kecil. Kerana dia tahu ini pertama kalinya Aubree datang ke sini. 'Ini pertama kali dia datang ke sini? Kesian... Kalau sudah jadi pembantu, memanglah tak ada peluang nak pergi ke tempat yang seperti ini...'

Angela berpusing ke depan, tidak mahu mempedulikan Aubree lagi. Dia cuba bercakap dengan Issac. "Issac, kau nak pesan apa nanti..." Angela berhenti bercakap.

Angela melihat Issac sedang tekun memandang sesuatu. Dia segera memandang ke arah tempat yang dipandang oleh Issac dan sedar yang Issac sedang merenung Aubree yang duduk mencangkung di tepi tasik dan sedang bermain dengan air.

Genggaman tangan Angela di bahagian skirt menjadi ketat, sehingga membentuk kedutan di skirt Angela. Angela memandang Issac dan Aubree silih berganti.

Kerana tidak tahan dengan renungan Issac, Angela mengangkat tangannya dan menggoyangkan jari telunjuknya. Serta-merta, jari telunjuk Angela mengeluarkan cahaya.

Tiba-tiba, Aubree yang sedang bermain air itu merasa ada seseorang yang telah menolak belakangnya. Aubree tidak sempat berbuat apa-apa dan badannya tercebur ke dalam tasik.

"Wargh~"

SPLASH!

Angela tersenyum senang hati. Dia terus menggoyangkan tangannya. Dia menjadi teruja mahu mempermainkan Aubree yang sudah ada di dalam tasik.

Aubree muncul kembali di permukaan air. Dia mengelap wajahnya yang basah. Dia sangat terkejut apabila ditolak ke dalam air tadi. Melihat tiada satu pun Elf di tepi tasik, Aubree tahu ini mesti pekerjaan Angela kerana hanya Angela saja yang berani cari pasal dengan Aubree.

Belum sempat Aubree menjeling ke arah Angela, kakinya terasa seolah-olah ditarik dari dalam air. Akibatnya, Aubree tenggelam lagi ke dalam air. Sampaikan tangannya yang diangkat ke atas pun tenggelam ke dalam air.

'Celaka! Tak guna punya ahli sihir! Saya tidak buat apa-apa pun pada dia, kenapa dia tiba-tiba buat saya macam ni!'

Aubree mahu menggunakan kuasanya untuk melawan Angela tapi bila memikirkan yang dia tidak boleh membocorkan identiti dirinya, Aubree terpaksa bertahan di bawah air selama beberapa minit sebelum dia naik ke permukaan lagi.

'Nasib baik saya boleh tahan nafas dengan lama dalam air!'

Aubree hanya muncul di permukaan selama beberapa saat saja sebelum dia ditarik semula ke dalam air.

'Hantu punya ahli sihir! Tunggu kau!'

Issac yang memang memerhati Aubree tadi terkejut bila dia melihat Aubree terjatuh ke dalam air. Melihat gadis itu tenggelam timbul dalam air, dia segera berdiri dan berniat mahu menolong gadis itu.

Sayangnya, dia lambat sesaat dari salah seorang Tentera Elf. Salah seorang Tentera Elf yang melihat Aubree tenggelam timbul di dalam air segera terjun ke dalam tasik untuk menolong Aubree.

Issac yang sudah berdiri itu terkaku di tempat dia berdiri. Entah kenapa dia merasa kesal dengan dirinya kerana terlambat bertindak. Jadinya, Elf lain lebih cepat dari dia.

Tiba-tiba, Issac mendengar Angela tertawa senang hati di sebelahnya. Ketika dia menoleh ke arah Angela, dia melihat Angela sedang ketawa saat menonton Aubree yang tenggelam timbul di dalam tasik.

Terus saja fikirannya teringat yang Aubree tiba-tiba jatuh ke dalam tasik tadi seolah-olah ada orang yang menolak dia sedangkan tiada Elf yang berdiri di dekat Aubree.

Issac memandang Angela dengan tajam. "Kau sudah siap bermain?"

Suara dingin itu menyapa telinga Angela, membuatkan Angela segera menoleh ke arah Issac lagi. Tumpuannya terhadap Aubree menjadi hilang.

Melihat renungan maut dari Issac membuatkan Angela terkedu. Buat pertama kalinya Angela melihat renungan itu dan membuatkan dia merasa takut.

"Saya... Saya..."

"Jangan pernah buat benda seperti ini lagi kalau kau masih mahu gunakan sihir kau!"

Amaran itu sangat tegas dan tajam sehingga Angela yang mendengarnya merasa sedih dan kecewa. Dia tidak menyangka yang Issac akan berkata padanya dengan wajah dingin seperti itu.

"Kau ialah seorang ahli sihir yang beretika dan sudah diajar untuk menggunakan sihir kau untuk melindungi dan menyelamatkan para Elf. Apa yang kau buat ini bukan saja boleh membunuh nyawa pembantu Elf ni tapi juga boleh buatkan kelebihan kau ini ditarik semula," kata Issac dengan wajah dingin.

Issac kecewa dengan sikap Angela saat ini kerana dia sudah menggunakan sihirnya sesuka hati untuk membuli para Elf yang lemah, terlebih lagi terhadap pembantu Elf seperti Aubree. Sepatutnya Angela tidak pernah menggunakan kelebihannya seperti itu.

Kerana amaran Issac itu, Angela hanya mengangguk dengan wajah sedih dan menundukkan kepalanya. Dia juga merasa marah kerana dia merasa Issac seolah-olah mempertahankan Aubree. Sebelum ini, Issac tidak mempedulikan apa pun yang Angela buat meskipun dia terkadang menyalah gunakan sihirnya.

Tapi sekarang, kenapa lain pula?

Dalam diam, Angela menjeling ke arah Aubree yang sudah pun ditarik ke tepi tasik.

Seorang pekerja Elf di restoran itu mendekati Aubree dan Tentera Elf tadi lalu memberikan mereka dua helai tuala yang tebal. Tentera Elf yang menolong Aubree segera mengucapkan terima kasih.

Dua orang Tentera Elf yang lain mendekati mereka dan bertanyakan keadaan mereka.

"Saya baik-baik saja. Jangan risau. Terima kasih kerana sudah menyelamatkan saya," kata Aubree kepada Tentera Elf yang menyelamatkan dia.

"Betulkah kau akan baik-baik saja? Muka kau pucat ni..." Tentera Elf itu memeriksa keadaan Aubree jika dia terluka atau tidak.

Mahu saja Aubree melempang kepala tentera Elf itu kerana bertanya soalan yang sama banyak kali. 'Saya pucat sebab terminum banyak air tasiklah! Semua ni gara-gara sihir tak guna tu!'

Issac bertanya kepada salah seorang dari Tentera Elf itu tentang keadaan Aubree. Bila mengetahui yang Aubree baik-baik saja, dia pun duduk kembali di bangkunya dengan hati yang lega. Keselamatan Aubree juga penting kerana dia ialah pembantu Elf kepada Putera Ketiga. Macam mana Issac mahu menjawab pada Kilan tentang kematian Aubree jika ditanya? Macam mana dia mahu menjelaskan yang sebenarnya kemalangan ini adalah kerana perbuatan Angela?

Kerana Aubree sudah berjaya dibawa keluar dari dalam air, Tentera Elf yang menolong Aubree tadi membawa dia duduk di bangku yang berdekatan. Dengan menggunakan Kuasa Angin, Issac menolong mengeringkan baju Aubree dan baju Tentera Elf tadi.

Sekali lagi Aubree berterima kasih kepada Putera Pertama. Dalam hati, Aubree hanya mampu mengeluh. 'Saya pun tahu nak keringkan baju saya. Cuma saya tidak mahu tunjukkan kuasa saya di depan kamu semua.'

Aubree menjeling ke arah Angela yang kini sedang menunduk di depan Issac dengan wajah sedih. Dia mengangkat keningnya kerana dia menyangka kalau Angela akan memandangnya dengan wajah bangga sejak Angela sudah berjaya mengenakan Aubree.

Ternyata sangkaan Aubree salah kerana saat ini Angela tidak ubah seperti seorang anak perempuan yang dimarahi oleh ayahnya. Aubree melirik ke arah Issac pula. Dia punya firasat jika Issac yang menegur Angela atas perbuatannya tadi.

'Sudahlah, saya malas nak fikir lagi. Yang penting saya selamat...'


next chapter
Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C24
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン