Ketika para pengawal yang lain menolong Ricka dan kawannya berenang ke tepi, Nathan yang juga ketika itu ada bersama dengan pengawal yang lain, mendekati Aubree.
"Aubree, apa yang jadi di sini?" tanya Nathan.
Aubree tersenyum ke arah Nathan semasa lelaki itu menghampirinya. "Nathan... Saya pun tidak pasti. Yang saya nampak, dahan pokok kayu tu patah dan jatuh. Di sanalah Ricka dan kawan-kawannya jatuh ke dalam sungai. Nasib baik kamu ada berdekatan, terima kasih sebab sudah menolong mereka."
Aubree dengan wajah tidak bersalah itu tersenyum kecil terhadap Nathan dan bersikap seolah-olah dia lega jika Ricka dan kawan-kawannya selamat. Sedangkan dalam hati, hanya dia yang tahu bagaimana gembiranya Aubree melihat Ricka dan kawan-kawannya mendapat malang tersebut.
Aubree menunjukkan Nathan dahan kayu yang sudah patah akibat perbuatannya.
Nathan tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. "Oh, begitu ya? Saya dan kawan-kawan saya sedang meronda di kawasan ini. Tidak sangka terdengar mereka meminta pertolongan..."
Mata Nathan melekat pada lima buah bakul pakaian yang ada di dekat Aubree. "Saya nampak kamu sudah siap membasuh. Kamu sudah mahu kembali?"
Aubree juga memandang ke arah semua bakul pakaian itu. Tiba-tiba, sebuah idea muncul di kepala Aubree. 'Kalau saya boleh suruh Nathan angkat semua bakul pakaian ni, saya tak perlu angkat lagi bakul-bakul pakaian ni seorang diri. Saya sudah penat membasuh semua pakaian, saya sudah tidak larat hendak mengangkat semua bakul ni seorang diri.
"Ya, saya baru saja siap membasuh..."
Aubree sengaja tidak mengatakan 'kami' kerana dia tahu Nathan tentu akan mendapat petunjuk yang ingin Aubree sampaikan kepada lelaki Elf itu.
Seperti yang diinginkan oleh Aubree, Nathan mendapat petunjuk yang disampaikan oleh Aubree. Kening Nathan berkerut hebat tapi masih tidak dapat menutup wajah tampan lelaki Elf itu.
"Kau basuh semua ni seorang diri? Kenapa yang lain tidak tolong kau?" tanya Nathan.
Aubree tidak menjawab tapi sebaliknya hanya tersenyum kecil.
Meskipun Aubree tidak menjawab, Nathan terus mendapat jawapannya. 'Macam mana saya boleh lupa kalau keadaan Aubree di sini tidak baik? Tiada Elf yang akan menolong dia lagi setelah khabar buruk itu... Aish, kenapa saya boleh lupa ni?'
Nathan merasa kekok dan agak malu. Dia terlupa pula dengan situasi yang dihadapi oleh Aubree saat ini. Dia pun menggaru belakang kepalanya. "Ah, ya... Saya lupa..."
"Nathan!"
Nathan menoleh ke belakang, memandang ke arah kawan-kawannya yang sedang memandang Nathan.
"Patutkah kita bawa mereka kembali ke kediaman Yang Mulia untuk dapatkan rawatan? Mereka nampak lemah ni..." Salah seorang dari pengawal Elf tadi bertanya.
Nathan memandang ke arah Aubree dulu sebelum dia memandang ke arah kawan-kawannya yang lain. "Baiklah, kamu semua hantar mereka untuk dapatkan rawatan dulu. Saya akan menyusul nanti..."
"Baiklah..."
Kawan-kawan Nathan pun menolong menghantar Ricka dan kawan-kawannya kembali ke kediaman Putera Kilan untuk mendapatkan rawatan. Nathan tidak mengikuti mereka dan hanya memandang mereka berlalu.
"Kau tidak mahu ikut mereka?" tanya Aubree.
Dalam hati, Aubree sudah pun ketawa terbahak-bahak. 'Saya memang tahu kau tidak akan ikut kawan-kawan kau sebab kau nak tolong saya. Tapi saya hanya nak tanya supaya tidak ketara sangat yang saya minta tolong. Hahaha...'
Nathan tersenyum sambil menggeleng mendengar pertanyaan Aubree. "Saya akan tolong kau untuk angkat semua bakul ni. Lagipun, kawan-kawan kau yang lain sudah pulang untuk mendapatkan rawatan. Tiada yang akan dapat tolong kau lagi. Oleh kerana saya sudah ada di sini, apa salahnya saya tolong kau..."
Aubree tersenyum seolah-olah dia terharu dengan bantuan Nathan, sedangkan yang sebenarnya, memang dia mahukan pertolongan dari lelaki itu pun. "Terima kasih. Saya pun tidak tahu apa yang akan saya lakukan kalau tiada orang yang tolong saya angkat semua ni..."
Nathan tersenyum lagi dan bergerak mendekati bakul pakaian yang pertama. Aubree juga mengikuti pergerakan Nathan. Mereka mengangkat bakul pakaian yang pertama dari arah yang bertentangan.
Dari bakul pertama sehinggalah bakul yang terakhir, Nathan menolong Aubree untuk mengangkat semua bakul pakaian itu ke bahagian tempat menjemur semua pakaian itu.
Ketika Nathan ingin menolong Aubree untuk menjemur semua pakaian itu, dia dipanggil oleh seorang pengawal. Dengan wajah rasa bersalah, Nathan pun meninggalkan Aubree.
Aubree yang kini ditinggalkan seorang diri untuk melakukan kerja itu mengeluh kecil. Dia merasa jika melakukan kerja ini berduaan lebih cepat berbanding seorang diri. Tapi Aubree juga tahu tugas Nathan sebagai seorang pengawal lebih penting.
Akhirnya, Aubree pun terpaksa menjemur sehelai demi sehelai pakaian itu seorang diri. Dalam masa 30 minit saja, kawasan tempat menjemur sudah pun dipenuhi dengan pakaian yang berwarna-warni.
Hanya ada setengah saja lagi kuantiti dalam bakul pakaian yang terakhir untuk Aubree habiskan menyidai semua pakaian itu. Aubree berhenti sekejap untuk berehat. Dia duduk mencangkung di tepi bakul pakaian dan mengeluarkan sebuah keluhan lelah.
Aubree meregangkan otot-otot tangannya dan menggosok belakang lehernya. "Penatnya. Kalau saya masih di dalam badan saya yang sebelum ini, benda ringan macam ni tidak akan rasa susah! Tapi badan ni sangat lemah. Saya boleh tahu jika besok, seluruh badan saya akan merasa sengal dan sakit. Huh, malang betullah nasib saya dapat badan yang lemah ni!"
Aubree memandang ke arah pakaian yang tersisa di bakul yang terakhir. Dia mengeluh lagi sebelum Aubree memandang ke langit.
Semenjak dia meninggal di dunia lama dan masuk ke Dunia Elf ini, beberapa bulan sudah berlalu.
Beberapa bulan yang berlalu itu hanya diisi oleh Aubree dengan melakukan kerjanya sebagai pembantu rumah di kediaman Putera Ketiga dan Aubree merasa pekerjaan sebagai pembantu rumah adalah benda yang paling membosankan.
Bagi Aubree yang sudah hidup sebagai seorang pembunuh upahan sepanjang hidupnya, pekerjaan sebagai pembantu rumah ini sangatlah membosankan dan membuang masa. Aubree lebih memilih untuk tidak melakukan apa-apa daripada melakukan pekerjaan ini.
"Patutkah saya lari dari tempat ni? Lagipun, kalau saya lari... Tiada yang akan cari saya. Tiada yang akan peduli pun kalau saya hilang atau mati..." Aubree memegang dagunya sambil berfikir. "Errmm, lagipun situasi saya di sini pun sangat buruk. Lebih baik saya lari daripada perkara yang lebih buruk berlaku..."
"Tapi sebelum tu, saya harus siapkan menjemur semua pakaian ni dulu..."
Aubree berdiri lagi sambil mengangkat sehelai pakaian. Ketika dia membuka sisa air di pakaian itu, tiba-tiba Aubree terfikir akan sesuatu.
Senyuman lebar muncul di wajah Aubree. Aubree menggunakan kedua-dua tangannya untuk memegang hujung ke hujung pakaian itu. Serentak dengan itu, badan Aubree terus berubah gaya.
Dengan menggunakan pakaian yang dipegang oleh Aubree, dia melatih ilmu bela diri yang pernah dia belajar selama ini.
Kerana Aubree berada di tengah-tengah kawasan menjemur, tiada yang boleh melihat apa yang dilakukan oleh Aubree. Oleh sebab itu, Aubree dengan senang hati saja berlatih di sana.
Aubree terus berlatih dan berlatih tanpa berhenti sehinggalah kehadiran satu suara mengejutkan Aubree.
"Saya tidak tahu pula kalau kamu mempunyai ilmu bela diri."
Mendengar suara itu, Aubree terus berhenti berlatih dan dia memandang ke belakang, ke arah suara tadi berasal.
Dia terkejut mendengar ada Elf yang juga ada bersama dengan Aubree saat ini sedangkan Aubree sudah yakin seratus-peratus jika tiada Elf pun yang berada di kawasan ini.
Kain berwarna putih yang dijemur di bahagian belakang Aubree diselak oleh seseorang, mempamerkan seorang Elf yang tampan dengan wajah dingin.
Serta-merta, Aubree berundur ke belakang. Wajahnya berubah menjadi berkerut. Aubree tidak menyangka yang dia tidak akan menyedari kehadiran Putera Pertama itu di sini. Bunyi tapak kaki dia pun tidak didengari!
'Are you kidding me? Kenapa saya tidak dengar bunyi langkah dia datang ke sini? Adakah ini bermakna kekuatan dia lebih tinggi sampaikan aura dia pun saya tidak sedar? Ini bahaya... Saya perlu berhati-hati di dekat dia...'
Issac melihat Aubree berundur dan menunjukkan wajah berjaga-jaga. Aubree terlihat seperti seekor haiwan yang merasa terancam dengan kehadiran musuh dan bersedia untuk mempertahankan diri jika diserang.
"Kau tidak perlu merasa begitu terancam di dekat saya. Saya tidak akan buat apa-apa pada kau," kata Issac.
Kata-kata Issac itu membuatkan Aubree semakin meningkatkan pertahanan dirinya. 'Dia... Dia... Kenapa dia tiba-tiba guna bahasa tidak rasmi dengan saya? Saya cuma pembantu biasa, kenapa dia bercakap dengan saya dengan bahasa yang selalu dia guna semasa bercakap dengan kawan-kawan dia? Hissh, dia ni mencurigakan betul!'
Aubree menarik nafas dalam-dalam dan berusaha menenangkan dirinya. Dia tidak boleh membiarkan identiti dirinya yang sebenar terbongkar di depan lelaki berwajah dingin ini.
Setelah dia menenangkan dirinya dalam masa satu saat saja, Aubree terus menunduk untuk memberi salam hormat kepada Putera Pertama itu.
"Salam hormat, Yang Mulia..."
Kening kanan Issac terangkat sedikit setelah dia melihat perubahan dalam masa sesaat pada Aubree. 'Dia dapat mengawal perasaan dia dan dapat menenangkan diri hanya dalam masa sekejap saja? Ermm, mengagumkan! Saya tidak pernah berjumpa dengan pembantu seperti dia? Siapa dia sebenarnya?'
"Saya nampak yang kamu sedang berlatih ilmu bela diri tadi? Setahu saya, pembantu rumah tidak mempunyai ilmu bela diri sama sekali. Jadi, saya merasa tertanya-tanya, dari mana kamu belajar ilmu tersebut?" tanya Issac, memandangkan tepat ke wajah Aubree yang hanya menunduk itu.
Jari-jemari Aubree di pakaian yang dia masih pegang tadi menjadi erat. Fikiran lincah untuk mencari jawapan. 'Saya tahu ini! Saya tahu dia masih curiga dengan saya! Haissh! Fokus, Aubree... Kau perlu menjawab soalan lelaki muka ais ni dulu!'
"Saya selalu melihat para pengawal berlatih. Jadi saya mahu mencuba untuk berlatih agar saya boleh mempertahankan diri saya sendiri, Yang Mulia," jawab Aubree dengan berhati-hati.
Aubree tahu jika Issac ialah lelaki yang sangat teliti dan peka. Kesalahan yang kecil pun dia boleh nampak dan sedar. Jadi Aubree tidak boleh melakukan kesalahan sekecil apapun.
Tapi tanpa Aubree sedar, dia sendiri pun sudah melakukan kesalahan yang sudah pun dilihat dan disedari oleh Issac sendiri.
"Oh? Kamu melihat para pengawal berlatih menggunakan ilmu bela diri ini? Tapi kenapa saya tidak pernah melihat ilmu bela diri ini digunakan di sini?" tanya Issac lagi. Meskipun dia bercakap dengan suara yang tenang, soalan yang dia lontarkan itu memberi tekanan kepada Aubree.
'What the f*ck?'
Saya tulis masa Aubree sudah ada di Dunia Elf selama berbulan-bulan sebab setiap perkara yang berlaku mempunyai selang masa selama dua atau tiga hari.
Pardon me for the the bad words yang ada dalam cerita ni.
Saya harap semua pembaca boleh faham. Huhuhu...