'Papa bagi hadiah ni sempena hari lahir adik,adik jaga elok-elok eh.'' Kata papa sambil menghulurkan bungkusan hadiah misteri pada aku dan aku meraihnya dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Aku memandang kiri seketika sebaik sahaja aku terdengar satu suara. Aku dapat melihat bayangan susuk tubuh seseorang dan bayangan aku sendiri.
Di situasi itu....
''Selamat tinggal Dayyan, aku masuk kelas dulu tau.'' Aku melambai-lambai ke arah Dayyan sambil berlari masuk ke dalam kawasan sekolah dan sejurus selepas itu
BAMMM
Kedengaran bunyi kereta berlanggar
Lantas aku terjaga dari tidur. Aku mengurut dadaku dek kerana benar-benar terkejut. Perghh, mimpi tu seram weh. Sejurus selepas itu, aku menuruni anak tangga dan terlihat sosok tubuh Dayyan yang sedang duduk membaca buku di balik tingkap yang terbuka luas. Menampakkan lagi pemandangan yang begitu indah.
"Dayyan jom keluar...." Ajakku acuh tak acuh, jelas terpancar rasa ketidakikhlasan dalam hati untuk mengajak Dayyan keluar.
Dan tiba-tiba sahaja aku mengajak dia keluar.
"Maaf weh , semalamkan kita sudah keluar , jadi aku ingat hari ni nak duduk rumah, aku nak belajar." Dan sebab itulah aku malas hendak mengajaknya untuk keluar, sudahku duga pasti ada sahaja alasannya yang hendak diutarakan, hendak belajarlah , hendak kemas rumahlah , itulah , inilah. Kalau hendak diceritakan semalam dia keluar itu pun setelah dipaksa , dirayu dan diheret untuk keluar.
"Aku dah agak dah." Itu sahaja yang aku mampu balas untuk permintaan maaf Dayyan, kalau aku tidak jawab risau pulak aku dilabel sombong walaupun dia tidak pernah mengungkapkan perasaan itu, aku tidak tahulah kalau di dalam hatinya pernah. Hish, kenapa dengan aku ni asyik fikir yang bukan-bukan sahaja tentang dia sedangkan Dayyan itu kawan baik aku. Entah kenapa aku merasakan aku sudah semakin mahu menghindari Dayyan , takkanlah sebab aku sudah jumpa kawan yang lebih baik dari Dayyan.
~ na na na na naaaaaa~
Aku tersentak lantas aku memeluk tubuh dek kerana terkejut walhal itu bunyi nada dering telefon aku sendiri.
"Siapa itu ?" Dayyan pantas bertanya dan aku hanya memandang dia sekilas sebelum aku melihat nama yang tertera di skrin.
"Iman Hafiz ?" Terkejut juga tapi dalam pada yang sama ada sesuatu yang aku berharap sangat.
''Angkatlah weh, mana tau ada hal penting.'' Suara Dayyan seolah-olah lagi memaksa aku untuk mengangkat panggilan telefon tersebut.
"Huh? ..Okey....Okey.." Aku mengelamun.
"Assalamualaikum ...kenapa weh..?'' Aku pantas melekapkan telefon bimbit ke telinga.
''Wa'alaikumussalam , angkat pun ingat kena tunggu lagi setahun baru kau nak angkat."
"Hahahah... maaf ...kenapa ye?'' Sudahku duga,dia pasti akan perli aku sebegini rupa. Salah aku juga siapa suruh aku lambat sangat mengangkat, berangan sampai sepuluh jam.
"Aku nak ajak kau tengok bola dekat stadium malam ni."
Alhamdulillah .Sesuatu yang aku sangat berharap dan sesuatu yang aku berharap sangat. Dia ajak aku. Dia ajak aku keluar. Aku betul-betul sudah dapat kawan baru.
''Weh kau nak join tak nak ni..?''
"Aku nak...''
"Huh? Betul-betullah sikit, bunyi macam kau tak nak ...."
"Aku nak sangat , aku betul-betul nak.''
............