アプリをダウンロード
100% about Me / Chapter 11: Bab 6

章 11: Bab 6

"Dayyan kau okey ke tak?'' Aku memerhati Dayyan dengan pandangan simpati, dia hanya berpura-pura mebelek –belek buku pelajarannya. Aku tahu yang dia tak boleh fokus membaca dengan masalah yang dia alami kini dan aku tahu jugak sukar untuk dia lupakan apa yang sudah berlaku.

''Dayyan tenanglah . Janganlah macam ni . Jomlah keluar main dekat padang tu, kau kena kuat Dayyan.'' Aku cuba menyakinkan Dayyan bahawa dia sebenarnya boleh hadapi semua ini. In shaa Allah, kau boleh Dayyan.

''Aku nak bagitahu kau sesuatu sebenarnya.'' Akhirnya Dayyan terbuka hati untuk memberitahu apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Aku membongkokkan badan ke hadapan menunjukkan yang aku berminat mendengar masalah Dayyan sambil menongkatkan dagu pada tangan kanan yang bersandar pada riba kiriku.

Dayyan terdiam seketika , mungkin dia cuba mencari kekuatan untuk menceritakan masalah dia.

''Apa dia? Cerita aja aku sudi dengar.'' Aku cuba memancing dia memberitahu dia bahawa aku tidak sabar mendengar cerita dia.

''Sebenarnya aku.."

~ na na na na na na~

Dalam situasi beginilah telefon aku berdering. Aku mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluar untuk melihat siapakah gerangan yang menelefon aku sebentar tadi. Aku sempat melihat reaksi Dayyan yang sedikit kecewa tadi.

''Iman Hafiz?'' Dan bertambah kecewa Dayyan apabila aku menyebut nama Iman Hafiz di hadapannya. Aku pantas mengangkat panggilan Iman Hafiz dengan segera.

''Assalamualaikum.''

''Main? Okay aku datang.''

Aku terus mematikan panggilan telefon tersebut. Sekarang ini, aku dilanda perasaan serba –salah yang amat. Betul-betul rasa serba-salah yang amat-amat sangat. Sudahlah aku yang sokong Dayyan untuk menceritakan masalah dia, kini takkanlah aku nak suruh dia berhenti. Walhal aku yang beria sangat nak dengar masalah dia. Dan satu lagi bukan senang bagi diri dia untuk menceritakan semua ini.

Apa aku nak buat ni?

Lagi bertambah serba –salah aku apabilat melihat Dayyan yang pura-pura tersenyum seolah-olah yang dia baik-baik sahaja.

''Aku..'' Apa aku nak cakap ni.

''Takpelah kalau kau nak pergi, aku okey je''. Dia tersenyum. Selalu tersenyum seperti biasa.

Ding!

Loceng rumah berbunyi. Sekejap. Siapa pula yang datang ni. Aku berdiri dan berjalan melangkah ke pintu utama untuk melihat siapakah gerangan yang datang ke rumah aku ni.

''Ayyar?''

Aku melihat Ayyar yang terpacak di hadapan aku dengan pandangan hairan.

''Kau buat apa dekat sini. Kau bukan nak pergi pa...'' tiba –tiba sahaja aku hilang kata. Entah mengapa dan sebab apa aku pun kurang pasti.

''Aku nak jumpa Dayyan. Aku bawa ayah aku sekali.''

Hairan. Aku tak tahu aku perlu gembira ke tidak sekarang ni. Aku tak rasa ini masa yang sesuai untuk Dayyan berjumpa dengan Ayyar salah seorang ahli group hoodie.

''Ayyar kalau kita jumpa Dayyan esok boleh sebab sekarang dia tengah ..tidur haah tidur .Aku tak nak kacau dia.''

Dan hanya itu idea pintar yang keluar.

Dan situasi ini terhenti jauh tersimoan dalam kotak ingatan seolah-olah aku tidak ingat hal ini terjadi.


next chapter
Load failed, please RETRY

次の章はもうすぐ掲載する レビューを書く

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C11
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン