アプリをダウンロード
54.16% Kiss Me Liar / Chapter 65: Episode 65 : Kawan Baik Sayang

章 65: Episode 65 : Kawan Baik Sayang

"Darra!!!"panggil Pearl dengan tangan terdepa luas semasa gadis tersebut berlari anak menyambut Darra di depan rumah agam Keluarga Duke Elijah.

Darra yang fully dress up, kelihatan begitu cantik seperti seorang cik muda. Sampaikan pengiring Pearl ikut memandang ke arahnya hendak melihat kehadiran Darra.

          "Oh my gosh!Dah dua minggu kita tak jumpa!Rindunya aku..."ucap Pearl saat memeluk erat tubuh Darra sebelum membelek penampilannya. "Cantiknya kawan kita hari ni?"agahnya sambil cubit manja pipi kiri Darra.

            "Kau seorang aje ke?"Darra pegang belakang pinggang Pearl sambil tu.

             "Mestilah...play date kita kan...kenapa ada orang lain pulak?"Pearl terus merangkul lengan Darra. membawa mereka ke arah pedati yang siap menunggu di depan laluan tersebut. "Aku nak bawa kau ke kedai dress paling popular dekat bandar ni, kemudian kita akan pilih dress paling cantik untuk majlis hari lahir Ricardo tu nanti.."

             "Ohh...kau pun dijemput sekali?"tunduk Darra kepada kelindan di sebelah pintu pedati apabila lelaki itu tunduk kepadanya.

             "Putera Eilian yang ajak...aku ikut aje la.."jawab Pearl semasa mendaki tangga untuk naik ke pedati.

Setelah itu Darra ikut dari belakang.

Mereka berdua saling bertentangan di situ dan pintu pedati pun tertutup.

             "Bukan main rapat lagi kau orang berdua ya?"seloroh Darra semasa membetulkan kain dress dia supaya tidak terpijak.

               Pearl memegang pipi sebelah kanan dengan malu. "Hahah..mana ada. Biasa aje.."senyumnya selepas itu seperti seseorang sedang dilamun cinta.

               Melihat betapa gembiranya kawannya, Darra ikut tersenyum. Kalau Pearl gembira, tenang sikit hati dia nanti taktala sudah tiada lagi bersama Pearl. "Aku ajak kau keluar hari ni sebab ada hal penting yang aku nak ceritakan dekat kau.."

               "Apa dia?Gosip?Aku suka gossip?"Pearl dengan teruja menepuk tangan. Dia pandang Darra penuh semangat.

Cepat atau lambat dia kena beritahu pada Pearl supaya kawannya tidak memarahi dia selepas semua kejadian dari terjadi.

                "Aku sukakan Alfareeze...dan begitu juga dengan Alfareeze."

Semasa Darra beritahu, pedati mereka mula bergerak.

                 Dan Pearl terkejung di depan Darra, senyuman dibibirnya ikut memudar. "Apa kau katakan tadi?"dia salah dengar ke.

                 "Sejak dua bulan yang lepas, Alfareeze dah tahu siapa diri aku yang sebenarnya. Dan dia lafazkan perasaan suka dia pada aku...tapi aku menolaknya"

                "Tapi Alfareeze bakal bertunang dengan Puteri Eiliana...kenapa-"

                "Aku yang buatkan Alfareeze menerima perjodohan dia bersama dengan Puteri Eiliana. Tapi apa yang aku nak beritahu kau bukan tentang kami berdua bersama. Ianya hanya sementara saja sehinggalah musim bunga tiba.."

                 Berkerut-kerut kening Pearl. "Apa yang kau cuba katakan ni?"serius dia tak boleh nak fahamkan apa-apa. "Sebenarnya apa yang dah berlaku?"

Bersama senyuman sedih di bibir. Darra menceritakan segalanya dari awal sehingga akhir kepada Pearl. Kecuali bahagian dimana dia akan pergi keluar dari negeri ini nanti. Itu saja yang dia tidak beritahu.

                "Dan itulah yang terjadi..."beritahu Darra setelah selesai.

                  Sementara Pearl dekat kerusi setentang Darra sudah berjuraian air mata, hidung tersumbat kerana banyak menangis kerana kisah Darra. "Darra...kenapa kau baru nak beritahu aku semua ni?"sakitnya dada dia!Kalau dia sendiri dah sedih begini apatah lagi Darra yang menanggungnya.

                 "Janganlah menangis.."pinta Darra dengan perlahan. "Aku tak apa-apa. Semuanya akan baik-baik aje. Jadi kau tak perlu risau mengenai aku.."

                 "Tapi kau... Alfareeze-" tersekat-sekat Pearl nak bercakap kerana sedu sedannya.

                 Cepat-cepat Darra ubah tempat duduk. Dia duduk di tepi Pearl. "Shh...kami berdua dah buat keputusan...sama-sama setuju. Sehingga musim bunga tiba, aku dan Alfareeze akan bertemu secara rahsia."

                "Tapi macam mana dengan ayah kau?Kalau dia tahu pasti dia akan pisahkan kau orang berdua?"cebik Pearl kesedihan.

                "Hahah...jangan risau la. Ayah aku dah tahu. Jadi dia tak kisah..."

                "Ayah kau tahu?"

                "Mm...dan dia tak kisah.."sebab mereka berdua selepas ini tidak akan berada di Cameron lagi. Sebab itu ayahnya izinkan dia menemui Alfareeze. "Dah..dah..jangan menangis. Kan ini kisah aku. Kenapa kau yang menangis?"Darra seka air mata dari pipi sejuk Pearl.

                "Mestilah...kau kawan baik aku Darra. Kau gembira, aku gembira. Kau sedih aku sedih...takkan kau nak aku ketawa bila dengan semua ni?"Pearl pukul lengan Darra bersama muncung tidak puas hatinya.

                Sambil ketawa, Darra pegang kepala Pearl dan dipeluk rapat kepadanya. "Hahaha...comel la kau ni!Patut Putera Eilian sukakan kau..."dia menepuk-nepuk tepi bahu Pearl.

                 "Ni kau...aku belum sempat nak marah tentang idea yang kau beri pada Putera Eilian untuk memikat aku!"riak sedih tadi terus berubah menjadi marah. Pearl pandang Darra dengan kening berkerut tidak puas hati.

                 "Apa yang aku buat?"

                 "Kau bagi dia galakkan...dan sekarang dia tak   berhenti cuba ambil hati aku.."

                 "Tapi kau sukakan?"

                 "Suka tu memang la suka...tapi kau tu...buat aku terkejut aje la!"

                  Darra ketawa. "Putera Eilian tak berhenti menganggu aku, sebab itu aku beri cadangan pada dia supaya beritahu dengan jujur pada kau terus. Daripada buang masa ikut kau macam anak itik hilang ibu... sekarang tengok la..dia sendiri gembira, kau pun gembira...tak ada yang salahpun.." jelasnya hendak pertahankan diri.

                 "Hish..kau ni kan!"Pearl menarik muncung panjang sebelum rangkul lengan Darra dan rehatkan kepala ke bahu itu. "Tak adil la kalau aku seorang aje yang gembira. Aku pun nak tengok kau gembira Darra."

Darra diam tidak membalas selepas itu. Kepalanya dipaling ke luar tingkap pedati. Melihat pemandangan di luar dengan renungan terkilan. Tak apa..kalau bukan sekarang, kemudian hari kan ada

Pedati yang membawa mereka berhenti di hadapan sebuah bangunan tiga tingkat sepanjang tiga buah lot. Dan setiap lot itu mempunyai nama premis yang berbeza. Mereka berdua keluar dari situ sambil diiringi dengan pengiring Pearl.

Masuk sahaja ke premis yang menjual dress dan pakaian formal untuk event, Darra dan Pearl habiskan masa di situ untuk memilih pakaian.

Setelah itu mereka pergi ke kedai hadiah pula untuk membeli hadiah Ricardo. Pelbagai hadiah mereka belek. Sampaikan barang yang tidak perlu pun mereka terbeli gara-gara suka pada hiasan comel dan benda berkerlipan di situ.

          "Tadaaa!"sua Pearl akan sepasang rantai pada Darra. "Cantik tak?"

Darra yang sedang mengambil satu glob bersalji dari rak memalingkan kepala. Dia pandang kotak kayu berwarna merah putih bereben hitam yang terisi dengan sepasang rantai yang sedondon. Sebelah rantai itu kunci, sebelah rantai adalah mangga.

            "Cantik.."angguknya tidak jadi mengambil glob tadi. "Kau beli untuk siapa?"

             Sambil tersenyum manja, Pearl menutupi   kotak itu lantas di letakkan ke tapak tangan Darra. "Untuk kau dengan Lord Alfareeze...macam kau beritahu, kau orang berdua mungkin akan tidak akan dapat bersama. Jadi anggap la ni hadiah kenang-kenangan kau orang dari aku..jangan risau. Aku dah bayarkannya.."

Tersentuh dengan pemberian itu Darra mencapai kotak tersebut sebelum menolaknya semula pada Pearl. Dia tidak boleh menerimanya. Dia enggan menyimpan sebarang kenangan yang membuatkan dia teringat akan sesiapa di sini selepas pergi nanti.

             "Terima kasih...kau tak perlu susah-susah belikan hadiah..kan aku dah beritahu, aku okay.."

              "Alah...ambil la..."rayu Pearl dengan muka puppy face dia.

              "Hish kau ni kan..."Darra melepaskan keluhan mengalahnya lantas mengambil juga kotak itu kerana enggan di desak sepanjang perjalanan balik nanti dengan Pearl.

               "Hahaha...tiada siapa dapat menepis charms aku ni"terbahak-bahak Pearl ketawa kerana melihat muka mengalah Darra waktu itu.

                "Menyampah aku...dah la pergi sana. Aku dah pilih hadiah ni..kau dari tadi membeli barang entah apa-apa aje...kita nak cari hadiah Ricardo bukan barang kau..."

                "Alah...benda dah cantik..comel..takkan ditengok aje..beli la kan?"

                "Itulah pandai kau..."tepi kepala Pearl diluku Darra dengan perlahan.

Selesai membuat pembayaran, Darra dan Pearl luangkan masa lagi di restoran pula. Mereka makan, minum dan berborak.

Hampir lewat malam juga barulah Darra sampai ke rumah agam Keluarga Duke Elijah.

Anthony yang menyambut Darra balik ketika itu memandangkan kebanyakan maid dan butler sudahpun berehat.

            "Selamat pulang cik muda.."sambut Anthony.

             "Hai Anthony..."angguk Darra semasa lelaki itu mengambil beg barangan di tangan dia. "Ayah saya di mana?"

              "Tuan sudah pun beransur ke biliknya. Memandangkan beliau terlalu sibuk menyusun atur dokumen beberapa hari ni, beliau terus tertidur selepas makan malam tadi."

               "Terima kasih untuk kerja keras hari ni Anthony.."ucap Darra memegang lembut lengan lelaki berusia 40 tahun itu.

               "Ah ya..cik muda.."bisiknya Anthony dengan  perlahan.

                Darra yang baru saja mahu memijak anak tangga pun berpaling. "Ya?"

               "Saya rasa cik muda patut pergi ke tingkat tiga, ruangan lobi tengah yang menghadap perpustakaan lama di sayap utara.."beritahu Anthony penuh misteri.

                "Hm?"bingung sekejap Darra masa tu. Dia hairan sebab Anthony seakan menyembunyikan sesuatu. "Memangnya ada apa dekat situ?"

                 "Balang gula-gula..."beritahu Anthony sebelum beri tundukkan kecil kepada Darra. "Saya letakkan semua barang-barang ni di bilik cik muda kalau begitu."

                  "Balang gu-"terhenti Darra bila sedar apa maksudnya. Berdengus tak percaya dia kerananya. Memangnya Alfareeze ni jenis yang tidak reti takut ke apa?Bolehnya dengan berani jejak kaki di dalam rumah sewaktu ayahnya ada?

Tidak berlengah Darra membelok ke kanan. Melalui Lorong kosong sehingga bertemu dengan sebuah tangga lurus naik ke atas.

Keadaan di situ malap tidak bercahaya terang, sumber cahaya yang ada hanya cahaya bulan penuh yang memancar melalui kubah kaca bumbung di siling. Jadi sendirian tidak berteman dan diselubungi gelap malam, Darra akhirnya tiba di tingkat tiga yang diberitahu. Dan seluruh tingkat itu dikelilingi dengan rail kayu dan pohon hijau mengelilingi sekitar tingkat tersebut.

Sekali bila dia membelok ke tepi sebuah pokok, kelibat lelaki berpakaian serba biru gelap dan berjaket labuh sedang sandar di rail kayu. Sedang dongak memandang bulan.

           "Alfa?"panggil Darra perlahan.

            Dengan perlahan Alfareeze menurunkan kepalanya sebelum pandang Darra. "Hei..."sambutnya.

            "Kenapa kau boleh ada dekat sini?"Darra berdiri di rail kayu itu bersebelahan dengan Alfareeze, tangannya di silang ke dada. "Aku tahu kau orangnya berani tapi jangan la sampai gali kubur sendiri..." dengusnya perlahan.

              Alfareeze terus hadapkan badannya di depan Darra. Kedua belah tangannya memerangkap kanan dan kiri Darra. "Anthony yang tolong aku uruskan ayah kau supaya dapat selinap masuk ke sini...kenapa?Kau risaukan aku ke?"dia dekatkan wajahnya ke depan muka itu.

             Ketawa kecil lepas dari Darra. Dia dongakkan kepalanya sedikit sambil cengkam kolar jaket labuh Alfareeze menarik lelaki itu supaya merapat kepadanya."Tak adanya nak risau..aku nak jugak tengok kau kena marah kalau tertangkap dengan ayah..."

             Manja-manja Alfareeze menggosok hujung hidung pada pipi dan hidung Darra beberapa kali. "Lamanya kau keluar dating dengan Pearl...penat orang aku intip kau ke hulu ke hilir satu pekan hari ni.."

             "Hahaha..."Darra ketawa kerana kegelian dibuat gosokan lembut Alfareeze pada mukanya ketika itu. "Kau intip aku?"

             "Lebih kepada menjaga..."bisik Alfareeze sebelum memberi kucupan lembut di dahi Darra dan bersemuka semula dengannya.

               Darra tersenyum lebar. Dadanya berbunga kegirangan kerana dapat bersama dengan Alfareeze begini. Dia tahu nanti dia yang akan rasa sakitnya selepas mereka berpisah...tapi tak salah kan kalau dia nak rasa bahagia tu walaupun sekejap. "Jadi kekasih sementara aku nak Alfa?"pelawanya.

               Bergetar dada Alfareeze sesaat selepas mendengar ucapan itu. "Kenapa tak ajak aku jadi suami kau terus?"dia lingkarkan tangan ke sekeliling badan Darra sebelum memegang belakang kepala itu dengan tangan sebelah lagi.

               "Kita ada lima bulan sebelum musim bunga tiba..."bisik Darra di depan bibir tu. "Sebelum kau jadi milik orang...jadi milik aku sekejap..tak mahu?"

                 Sambil tersenyum meleret dengan handsome, Alfareeze mengangguk. "Okay..."jawabnya sebelum memberi deep kiss ke bibir Darra.

Darra balas kucupan itu dengan pelukan erat di sekeliling leher Alfareeze.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C65
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン