Prefect episode 3
Lorong belakang sekolah. Ada perhimpunan haram para pengawas sedang berlangsung. Amir melaporkan kepada guru namun tidak ada seorang pun yang layan. Jadi, dia sendiri yang akan bertindak. Amir cuba mencuri dengar intipatinya.
Kak Shaz adalah ketua bagi perhimpunan haram ini.
"Kita perlu untuk martabatkan organisasi kita. Pengawas di sekolah ini ada kuasa veto. Kita dah bermesyuarat dengan cikgu untuk kekalkan veto kita untuk pastikan disiplin dan nama baik Interlek terjaga."
Amir masih tekun mendengar.
"Aku nampak ada seorang student celaka ni mungkin boleh jadi ancaman."
Wafiq, penolong ketua pengawas mengujar. Dengan keputusan bodoh pun dia boleh jadi penolong ketua pengawas, sekolah berprestasi tinggi ini akan punah jahanam di tangan pengawas.
"SIAPA?"
Kak Shaz bertanya.
"A—"
Amir sudah hilang sabar. Lalu dia menjawab :
Amir : Amir? Aku ke? Ini rupanya perhimpunan gelap terkutuk korang."
Amir adalah satu-satunya pelajar yang berani menentang pengawas meski dia tahu yang dia akan kalah teruk.
Wafiq meluru ke arah Amir dan memukul badannya. Berkali-kali. Bertubi-tubi. Sehingga Amir tidak ada daya untuk melawan pengawas. Khadam-khadam pengawas yang mengampu bersorak meraikan.
"STOP! WAFIQQQ!"
Aisyah. Amir ada perasaan terhadap perempuan itu. meskipun dia adalah pengawas. Dia baik hati. Tak seperti pengawas lain yang kurangf ajar serta biadab dengan pelajar uniform putih.
"Aisyah?"
Amir bercakap perlahan. Aisyah meluru kea rah amir lalu bertanya.
"Kau okay?"
Amir mengangguk.
"Nasib kau baik harini." Wafiq mengancam dengan sinis terhadap Amir.
"Kan aku dah cakap. Jangan buat hal dengan pengawas."
"tapi bukan ke pengawas yang dah genggam sekolah ni. Jadikan Interlek jahanam."
"Haha. Ya. Aku tau tu, Mir."
Aisyah senyum pada Amir. Ini adalah keajaiban. Apabila dua mata bertemu dengan ideologi yang berbeza. Amir telah jatuh cinta dengan seorang pengawas yang menjadi musuhnya.
"tapi kau tak macam tu, Aisyah. Aku salah."
Aisyah terketawa.
:"Organisasi tak pernah salah, Mir. Yang salah siapa ahlinya atau penggeraknya. Kalau sebuah keluarga tu porak poranda kerana bapak, ahli lain tak pernah akan salah. Tapi seluruh keluarga akan jadi busuk, betul?"
Dia teringat akan kisahnya bersama keluarga besar. Aisyah memang prihatin. Tidak seperti perempuan lain. Tak seperti organisasi pengawas lain.
"Oh. By the way, thanks sebab selamatkan aku."
Amir berterima kasih.
"alah takde hal la. Kau tu jaga diri. Jangan berani sangat."
Amir terketawa.
Prefect episode 4
Esoknya. Amir dan Aisyah sedang bertukar fikiran tentang ideologi masing-masing.
"Macam mana pengawas?"
"kau hati-hati. Diorang memang plan nak target kau ni."
"Asal bagitau?"
Amir terketawa. Dia bersenda dengan perempuan yang telah memikat hatinya itu.
"Lucu la kau ni. Aku taknak la tengok kau kena buli lagi. Kau kan pernah masuk debat sama-sama ngan aku dulu. Kau dah banyak tolong aku. Apa salahnya aku balas jasa."
Dia masih ingat, fikir Amir.
"Tak cukup."
"Apa yang tak cukupnya?"
Aisyah bertanya.
"Aku dah selamatkan nyawa kau tau tak waktu debat tu. Kau hanya selamatkan aku dari kena pukul je."
Aisyah mengelamun. Benar juga kata-kata Amir.
"Jadi macam mana nak cukup?"
"Jadi gf aku."
"HAHAHAH SIAL LA. KAU NI KANNN…MEMANG TAK BERUBAH DARI DULU. Okay. Baik. Tapi kau janji jangan buat benda bodoh yang Malukan aku eh."
"WOHOOO!"
Amir menjerit keriangan. Mereka berada di lorong mural sekolah. Tempat yang jarang dilalui sesiapa pun. Aisyah tidak mahu pengawas tahu tentang perjumpaannya dengan Amir. Kerana cinta, ideologi terpadam. Tetapi apakah aisyah tidak cinta pada ideologinya sendiri?
Setelah itu, amir jumpa dengan rakannya.
"Yow mir."
"Ye."
Ijak : aku dengar kau ada isu dengan pengawas.
Amir : aku taknak cakap pasal tu.
Amir beredar. Kepalanya masih pening. Setelah itu wafiq datang pada mereka.
"Jak eh. Pelik nama kau. macam air. Jak air. HHAHAHAHA. KAU BARUA APA DENGAN SI SIAL NI."
Cermin mata Ijak ditanggal.
Dipijak hingga pecah.
Ijak : Kau tengok sendiri kehancuran yang kau dah buat. Kau tau kan kalau kita sentuh pengawas, sekolah ni akan hancur lebur!"
Ijak dibelasah. Amir tertunduk.
"Aku dah kalah?"
Aisyah salah, fikirnya balik. Jika tidak ada organisasi, penggeraknya tak akan gila. Amir lawan Wafiq yang sasa. Dia menumbuk kepala Wafiq.
"BANGSAT APA KAU BUAT?"
Wafiq terus cuba menumbuk amir.
"Silap besar kau gaduh dengan aku dekat tempat terbuka."
Amir menjawab. Lalu dia buat-buat terjatuh untuk memberi wafiq puas dan beredar.
Murid yang lain melihat kejadian ini. Timbul rasa perjuangan dalam diri mereka kerana majoritinya pernah kena dengan pengawas sekolah.
Prefect epsode 5
"KORANG NAMPAK KAN APA YANG DIA DAH BUAT???"
Amir telah memulakan taktikalnya. Dia bermain dengan psikologi. Amir telah memulakan suntikan jarum kepercayaan kepada setiap yang melihat tadi.
"SIAPA YANG NAK BERJUANG DENGAN AKU, JUMPA KAT LORONG BELAKANG SEKOLAH ESOK!!!"
Keesokan harinya, waktu rehat. Seketika pengawas sedang berkumpul dan berperhimpunan haram, seumpulan pelajar datang mengepung mereka. Inilah rancangan Amir. Kapla Anti-Cronysm Organization.
Semua pengawas meletakkan tangan di atas kepala mereka.
"TUNDUK SEMUA! TANDA HORMAT PADA ORGAISASI BARU YANG AKAN PERINTAH SEKOLAH NI!"
Wafiq dan kak Shaz tersentak. Sejak bila Gerakan ini berhasil?
"Eh, siapa yang tak tunduk, kena bersih jamban."
0009 memberikan arahan. 0000-0090 adalah kod-kod rahsia organisasi ini.
Mereka semua tunduk dengan hinanya.
Prefect episode 6
"Mempersembahkan…."
Semua dipaksa menepuk tangan mereka.
"0000. Kapla anti-cronysm organization."
Amir berjalan dengan tegap dengan memakai topeng.
"Siapa tu?"
Wafiq bertanya. Amir membuka topengnya. Mata bertemu mata. Aisyah melirikkan mata terhadap Amir. Apa yang telah berlaku? Mereka terpana.
"Aku akan hukum korang. Kami yang akan mengambil alih…"
Cikgu Sofi melihat kejadian ini telah menghalau perhimpunan gelap dan menghukum semua pelajar yang terlibat.
"HOI APA NI????? BERSURAAAAAAAAAAAIIIII."
Cikgu hanya membenarkan pengawas yang memberikan kenyataan. Wafiq memutarbelitkan fakta. Anti-kronisme dikenakan hukuman yang berat di dataran sekolah tanpa ketahui fakta yang faktual.
***
Di sebuah ruang rahsia
????: Persembahan yang menarik.
Prefect Episode 7
Dataran sekolah. Amir bersama beberapa orang kuat anti-cronysm organization dikenakan hukuman kerana mencetuskan perhimpunan haram dan melaksanakan perang saraf serta buli mental terhadap pengawas. Pengetua memanggil nama Amir.
Pengetua : Semalam. Pengawas melaporkan ada beberapa orang murid membuat perhimpunan secara haram dan melakukan perang saraf terhadap pengawas. Apa yang dilakukan adalah melanggar visi dan misi sekolah. Ingatlah, visi sekolah yang paling ulung iaitu melahirkan insan yang holistik dan berdisiplin. Itu mereka sudah langgar.
Amir bangun daripada kelompok pelajar di dataran. Pengetua tersentak. Dia terkejut dengan keberanian dan kebiadaban amir. Pengawas lain juga tidak sangka seorang pelajar skema mampu menentang pengetua.
Amir : Apa yang kau maksudkan dengan visi tu. Kau tak nampak lagi ke? Setiap kali kau cakap, kau hanya tunding jari kat murid biasa. Habis tu? Pengawas yang bersalah tidak dikenakan hukuman? Biar aku jelaskan apa maksud visi sekolah yang kau tak faham-faham lagi. Murid yang holistik adalah murid yang patuh pada undang-undang sekolah. Bukan buat undang-undang. Bukan manipulasi undang-undang walaupun kau pengawas. Murid yang berdisiplin akan lahir jika guru tidak termakan jilat pengawas yang hina lagi jijik. BANGKIT ANTI-KRONISMEEEEEEE!
Mendengar laungan keramat dari ketua mereka, beberapa orang murid berdiri dan membantah pengetua di dataran. Rusuhan kecil telah berlaku namun dapat dikawal apabila pihak berkuasa datang dan bertindak. Keadaan berjaya dikawal.
"Pengawas itu anjing,"
"Pengawaaas itu anjing."
"Pengawas itu anjing"
"Pengawas iu bangsat."
Murid-murid biasa telah mengalunkan lagu yang membakar semangat untuk menentang kekuasaan pengawas di Interlek. Kuasa veto pengawas serba sedikit diancam. Kak Shaz digesa meletak jawatan untuk menyelamatkan organisasi. Kak Shaz terlalu lemah untuk mengalahkan persatuan anti-kronisme. Guru-guru tak dibenarkan untuk masuk campur. Ini kerana pengetua telah memberi keizinan buat pengawas untuk membuat sesuka hati.
Pelantikan baharu ketua pengawas. Amir tersentak. Dia akan perang dengan organisasi pengawas. Lebih mengejutkan, manusia yang dia akan perangi ialah Aisyah. Aisyah tekah dilantik untuk mengatasi Amir. Amir dan Aisyah berjumpa untuk berbincang isu yang semakin memuncak ini.
Amir: Aisyah…asal kau…khianat….
Aisyah : Apa maksud kau, Mir? Kau tahu tak apa yang kau dah buat. Kau kata nak hancurkan kronisme. Kau kata nak baikkan keadaan. Tapi kau sendiri yang dah musnahkan. Kau ingat ini semua boleh ubah sekolah ke?!
Amir : Aku tau.
Amir menyilangkan tangannya.
Amir : Sebab tu aku tau risiko dia besar.
Aisyah : Hentikan organisasi kau. Kalau tak, aku sendiri yang akan pastikan kau kena hukuman setimpal.
Amir : Perempuan tak guna. Bukan ke dulu kau yang cakap kat aku bahawa organisasi tak pernah salah. Ooo…kalau pengawas maksum bukan? Kalau kami yang nak lawan pengawas yang kononnya maksum terus jadi salah.
Aisyah terdiam.
Amir : Kau tau tak, sebab organisasi lahanat ni, berapa orang teraniaya. Berapa yang hampir terkorban kerana depresi? Berapa yang perlu tukar sekolah?
Aisyah : Tapi kau kena berhenti. Ni untuk nama sekolah!
Amir : Boleh kau berhenti cakap pasal maruah? Ada ke sekolah ni nak bela maruah kitaorang. Yang sekolah ni tau. Pengawas. Pengawas. Pengawas. Aku tubuhkan organisasi ni pun untuk selamatkan orang dari pengawas.
Aisyah : Amir..
Amir : Apa lagi yang kau nak dari aku, Aisyah. Tak cukup kau tengok aku kena pukul dengan wafiq, sekarang, apa salah aku untuk aku balas balik!?
Aisyah : Aku nak kau yang dulu. Tolong. Aku mintak maaf. Aku tau pengawas salah. Tapi itu bukan alasan untuk kau buat macam ni.
Amir : Kalau macam tu, awak boleh ajarkan saya?
Aisyah : Ajar?
Amir : Ajar cara apa yang BETUL LAH! Oh, cara kau yang pilih kroni yang paling betul eh. Baik. Terima kasih.
Aisyah kebuntuan. Dia tiada pilihan lain selain menguruskan urusan perpindahan sekolah bagi pelajar bernama Amir. Amir telah banyak membantunya. Tetapi apa yang dia boleh buat. Amir beredar dari situ.
Prefect Episode 8
???? : Menarik.
Keychain berbentuk bunga dimain.
????: Rahimin, panggil Amir untuk hadap ustazah.
Rahimin akur. Selaku ketua organisasi SERASI, mereka sememangnya mempunyai agenda untuk perang dunia bersama pengawas. Pengawas telah menuduh organisasi badan rohaniah tidak melakukan kerja. Sebenarnya, pengawas yang tidak memberi perincian. Mereka yang kaki hasad, dengki dan iri hati.
Sambil memasang lagu Malique dan Mona Fandey berjudul Sedih Hati, Rahimin bergerak ke kelas Amir. Rahimin mengangguk-angguk pada lirik Malique :
Apa rasanya hidup diampu khadam
Apa rasa jamu darah daging resipi haram
Apa rasa fantasi jadi dewa
Anunanki kebal istimewa
Kakistokrasi
Duta neraka
Baka derhaka
Punca malapetaka.
Dia menyorokkan telefonnya di dalam poket seluar. Mujur tiada guru yang perasan.
"Assalamualaikum. Maaf ganggu cikgu. Nak panggil Amir."
Amir lantas bergerak ke bilik ustazah Masyi.
Amir : Assalamualaikum ustazah, ada apa yang saya boleh tolong?
Ustazah : Ustazah dah nampak kebolehan Amir. Boleh ke Amir tolong SERASI untuk angkat martabat dari dihenyak pengawas.
Amir terkejut. Nampaknya, Interlek sekali lagi akan berlaku perang yang amat dahsyat. 2 panji hitam Interlek akan melawan kekuasaan pengawas.
Amir: Baik. Tetapi saya nak SERASI bantu saya.
Ustazah : Bagaimana?
Amir : Strateginya. Kita biarkan pengawas tumbang dengan kelemahan mereka. Saya tahu, hati pengawas tidak tetap ustazah. Kita ada matlamat, bukan?
Ustazah : Tujuan ustazah hanya untuk tidak melihatkan SERASI tak buat kerja je. Ustazah taknak SERASI kena tindas. Siapa lagi badan rohaniah yang boleh diharap jika tidak kita yang perjuangkan.
Amir bersetuju. Ustazah menawarkan Amir untuk latihan bersama Rahimin.
Ustazah : Kalau ada apa-apa berlaku, sekurang-kurangnya korang bersedia.
Amir dan Rahimin mengeluarkan kekuatan masing-masing. Amir kalah dengan bukaan silat Rahimin. Rahimin mengangkat Amir lalu menghempas tubuhnya.
Rahimin : Mir, lawan guna otak. Bukan nafsu.
Pengerusi SERASI itu memberikan sedikit tips untuk berlawan.
Amir bangkit dari pengsannya. Dia datang lagi dengan tumbukan bertubi-tubi tetapi malangnya Rahimin masih menang.
Rahimin : Huh, aku kena latih lagi kau ni. Kau tahu tak, strategi itu lagi mahal dari berlian manakala kekuatan lebih murah dari garam.
Amir : Maksud kau?
Amir tumbuk kepala Rahimin tetapi ditepis.
Rahimin : Kalau sekuat mana pun kau tapi fikiran kau tumpul, kau tak akan menang. Macam pengawas, sekuat mana pun kita, kita boleh gagal jika tidak ada strategi.
Rahimin memberhentikan latihan.
Rahimin : Betulkan cara tumbuk kau. Cara berfikir. Tajamkan akal. Baca banyak buku. Belajar kemahiran untuk meyakinkan orang menggunakan kosa kata yang utuh. Cukupkan JERI. JASMANI EMOSI ROHANI INTELEKTUAL. Apa Moto kita?"
Amir : HEBAT, ILMU, IHSAN, BESTARI YES YES YES!"
Rahimin menggeleng. Dia mengetap bibirmya sebelum memulakan.
Rahimin : Buang Yes Yes yes.
Amir : Okay. Hebat…ilmu…ihsan…bestari.
Rahimin : Aku nak kau tahu apa definisi Hebat. Hebat tak ditentukan melalui kau kuat tapi tak pandai lawan. Atau kau kuat tapi tak ada strategi. Ilmu pulak bukan kalau kau pandai gila nombor satu selalu dalam kelas je. Ia lebih besar. Bagaimana kau gunakan ilmu untuk kalahkan musuh. Kau aplikasikan ilmu tu. Ihsan pulak adalah bagaimana kau bersifat baik dengan orang lain. Bukan bererti kau tolong semua orang. Kerana baik juga berpada-pada. Tapi mesti baik. Orang paling berilmu tapi tak ada adab adalah DAJAL. Bestari pulak adalah macam mana kau selesaikan masalah dalam keadaan masa singkat. Ingat tagline Haji ZAIM, Bermula impian melakar kejayaan.?"
Amir terkesima. Padanlah organisasi SERASI tidak pernah kalah melawan pengawas. Mereka ada ilmu yang hebat. Mereka ihsan. Mereka hebat. Mereka bestari. Itu adalah rahsia rupanya. Dan sekarang, dia perlu fokus untuk pejuangkan hak sekolah.
Prefect episode 9
Perjupaan rahsia Kak Shaz dan Aisyah.
Kak Shaz : Aku akan bagi kau kitab Pengawas yang jadi akar umbi sekolah ni. Tapi kau janji, pejuangkan hak pengawas!
Dengan ragu-ragu, Aisyah mengambil kitab itu. Kak Shaz tersengih. Aisyah mengundur ke belakang lalu membuka kitab itu.
Aisyah : Protokol ni lah yang mengutuhkan organisasi kita, kak.
Kak Shaz tahu yang Aisyah akan teruskan perjuangan menentang kebangkitan pelajar uniform putih.
Kak Shaz : ya.
Aisyah mengoyakkan kitab itu. Dia mencampakkannya ke dalam longkang.
Aisyah : Tapi kiab ni jugaklah yang menyebabkan orang lain teraniaya.
Kak Shaz terkejut dengan tindakan itu. Kak Shaz menendang badan Aisyah. Aisyah terjatuh. Kepalanya dipijak-henyak. Aisyah dicekik sekuat hati. Sehinggalah, dia mati di situ.
Berita tentang kematian Aisyah telah tersebar kepada pihak sekolah. Tetapi tidak ada tindakan yang diambil pada kak shaz dan penyebab kematian Aisyah disembunyikan. Kononnya, Aisyah mati kerana jatuh pengsan. Kak Shaz tersenyum tetapi dia juga bimbang. Kitab itu telah hilang dan dihancurkan. Apakah dia perlu bayar akan kehancuran organisasi ini di tangannya sendiri?
Di sudut Amir :
Ijak : Aku tahu kau sedih, Mir.
Amir menangis. Dia jarang sedih. Tetapi dia tidak kuat hari ini.
Amir : betullah apa yang kau katakan.
Ijak : Apa yang kau merepek ni ?
Amir : Disebabkan perbuatan aku sentuh pengawas, ramai yang dah terkorban!
Ijak : Mir, itu apa yang kau nampak. Tapi bukan apa yang orang lain nampak. Kalau kau tak sentuh organisasi tu, sampai bila kita nak derita!? kita dah bahagia sikit kan?
Amir : Bahagia? Ini ke bahagia do. Aku tahu Aisyah mati sebab kena cekik ngan si Shaz. Berita tu kena manipulasi. Dia dah banyak tolong aku, tapi aku yang buta,
Dia menyambung lagi.
Amir :waktu aku kena bahan dengan Wafiq, dia yang hentikan. Kalau tak, mungkin aku pun dah terkorban. Cinta aku dah takde, Aisyah dah takde doh. Celaka punya KAK SHAZ!