アプリをダウンロード
48.38% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 15: Chapter 14

章 15: Chapter 14

Di sebuah tempat yang terletak di bahagian bawah tanah di istana WhiteFairy, terlihat dua sosok manusia yang berlainan jantina iaitu Sakura dan jugak sang pemimpin Ayato.

Kesunyian melanda sehinggalah satu cahaya muncul di tengah-tengah bilik.

Di dalam cahaya terlihat tiga sosok tubuh manusia dan mereka adalah Ryunosuke, Aiko dan jugak gadis kecil yang masih terlena.

Bersamaan hilang cahaya, tubuh Ryunosuke rebah ke tanah dengan pernafasan yang kian melemah. Dia sudah di batas limit.

"RYU!!" jerit Aiko bila melihat tubuh lelaki itu telah rebah di sebelahnya. 

"Ada apa ni!" Tanya Ayato dan Sakura serentak. Kini keduanya telah tiba di sisi Ryunosuke yang kian hilang kesedaran.

"Ryu bertahan lah!" Kata Sakura lalu mula memeriksa keadaan pelajarnya. Dia sedikit risau bila melihat kecederaan serius yang di alami oleh pelajar itu.

"Yang Mulia. Kita kena bawak Putera mahkota ke menara sihir! Kecederaan dia cukup serius." Kata Sakura denagn tegas dan diterima oleh Ayato tanpa bantahan.

Ayato lantas memberi terlipati kepada sihir agung. Setelah mendapat persetujuan dari penyihir agung, ayato lantas membawa mereka semua ke menara sihir menggunakan sihir pemindahan yang telah di sambung kan secara langsung di suatu tempat di menara sihir.

"Lekas letak tubuh Putera Mahkota di atas tilam!" Arah Sasuke setelah melihat ketibaan mereka semua.

Dengan terlatih, Ayato meletakkan tubuh Ryunosuke yang telah hilang kesedaran di atas katil berukuran king size.

"Kemari Ayato. Tolong pasang sihir ruangan. Saya akan mengubati Putera Mahkota sekali gus membuka kunci sihir dalam badannya." Kata Sasuke lalu memulakan rawatannya setelah Ayato memasang sihir ruangan diantara dia dan Ryunosuke yang hanya mendiamkan diri di atas katil.

Satu lingkaran sihir berwarna emas keemasan muncul dia atas dan di bawah tubuh Ryunosuke yang kini telah melayang di udara.

Satu lingkaran hitam keluar dari tubuh Ryunosuke dan kini kedua lingkaran sihir itu telah bertukar warna merah darah.

Sasuke agak susah mengawal aliran mana kegelapan yang kini sedang meluak keluar dari tubuh Ryunosuke. 

Selama 2 jam lebih, akhirnya rawatan untuk pemulihan di tubuhnya Ryunosuke telah pun selesai. Cuma mana gelapnya yang masih meluak tanpa henti.

Sasuke cuba meleraikan aliran mana yang cukup berbelit diantara satu sama lain dan tanpa sengaja dia merasakan satu kunci yang mengandungi kekuatan kegelapan yang cukup kuat.

Dia tidak menyangka, di tubuh anak muda itu. Memiliki dua kunci, satunya kunci yang dilakukan oleh tuan badan sendiri manakala satu lagi kunci merupakan aliran mana kegelapan yang telah lama terkunci.

3 jam kemudian,tubuh Ryunosuke perlahan-lahan rebah ke katil. Lingkaran sihir kini hilang. Sasuke menghela nafas lega. Dia hampir jatuh jika tubuhnya tidak di sambut oleh Ayato.

"Bagaimana master?" Tanya Ayato dengan perasaan risau.

"Dia dah pulih, sihir yang dia kunci pun sudah saya leraikan. Dia akan bangun esok pagi." Balas Sasuke kepada Ayato.

Ayato tersenyum lega, begitu jugak yang lain. Aiko tersenyum didalm tangisan. Dia fikirkan, dia akan kehilangan pemuda itu lagi. Dia tidak boleh bayang hidupnya tanpa pemuda itu di sisinya kelak.

"Aiko pergilah berehat, malam ini biar Aiko dan Ryunosuke bermalam di sini dan saya mahu mereka berdua ada di sini sehingga mereka pulih Sakura, Ayato." Kata Sasuke kepada Sakura yang selaku guru kepada dua remaja, manakala Ayato yang seorang ayah kepada Aiko.

"Baiklah yang mulia, saya akan memaklumkan kepada pengetua pasal perkara ini." Katanya lalu meminta diri tapi di tahan oleh Sasuke dengan alasan ingin membincangkan sesuatu. Malah Sasuke turut meminta Sakura untuk memanggil pengetua menghadapnya malam ini jugak.

Mereka bertiga pergi meninggalkan Aiko yang kini mengambil tempat di sebelah Ryunosuke yang masih dalam alam separuh sedarnya.

Dia merebahkan tubuhnya di sebelah Ryunosuke setelah dia menyelimuti tubuh mereka dengan selimut. Dengan perasaan sayu, dia memeluk tubuh kaku itu dengan perasaan yang bercampur aduk.

Kerana lelah, akhirnya Aiko terlena di samping Ryunosuke sambil memeluk tubuh itu dengan erat.

Keesokan harinya, Ryunosuke terjaga bila sinar matahari kena di wajahnya. Dia terpisat-pisat membuka mata. Pandangan matanya masih kabur, dia cuba menggerakkan tubuhnya tapi di halang oleh tangan yang melingkari tubuhnya.

Dia menoleh ke kanan, terlihat wajah manis milik sang kekasih yang sedang terlena sambil memeluk tubuhnya. Perlahan-lahan dia menggerakkan badannya agar tidak membangunkan Aiko dari lena panjangnya. Akhirnya dia berjaya lepas dari pelukan Aiko tanpa membuat gadis itu terjadi. 

Dia turun katil, langkahnya di bawa ke bilik mandinya. Selama beberapa minit berlalu Ryunosuke keluar dalam bilik air menggunakan kimono mandi tanpa mengenakan sebarang pakaian di dalam.

Ryunosuke mengambil tempat di sebelah Aiko yang masih terlena. Dia menatap wajah Aiko sambil tersenyum kecil.

"Ingat wajah aku! Ingat nama aku!Sakurai Takashima. Kau akan jadi milik aku. Aku akan datang pada kau nanti. Nikmati kesenangan kau sebelum kau berada dalam dakapan aku Aiko Nakamura!"

Emosinya marahnya kembali bangkit apabila mengingatkan sebaris kata diucapkan oleh musuhnya akan keinginan untuk memiliki Aiko seutuhnya.

"Ryu awak dah sedar!" Ryunosuke kembali tersedar dari lamunanya bila Aiko bersuara perlahan. Di matanya, gadis manis itu terpisat-pisat melihat kearahnya.

Dengan mamai yang masih tersisa Aiko bangkit dari baringan lalu menyandarkan di bahu kanan Ryunosuke, sesekali dia menguap kecil.

"Kalau mengantuk sambung tidur." Kata Ryunosuke dengan lembut. Dua sebenarnya ingin bertanya kepada Aiko tentang keberadaan mereka disini. Dia jugak tidak tahu di mana mereka sekarang.

"Kita dekat kediaman penyihir Agung. 

Semalam dia yang rawat awak.

Ohhh ya! Macam mana keadaan awak sayang? 

Ada sakit lagi ke?" Tanya Aiko yang kini mula mengingat hal semalam yang hampir menghilangkan separuh jiwanya bile melihat keadaan kekasihnya yang hampir kehilangan nyawa akibat mengalami kecederaan yang cukup parah.

"Tolong! Tolong jangan buat macam tu lagi. Saya hampir gila semalam. Saya tak tahu kalau semalam. Awak betul-betul pergi tinggalkan saya! I can't live without you Ryunosuke!You are everything to me." Sambung Aiko yang kini mula menangis.

Sejujurnya semalam dia cukup merasakan keputuasaan bila melihat keadaan Ryunosuke yang hampir kehilangan nyawa. Apatahlagi punca lelaki itu menerima situasi tersebut kerana dirinya.

Sungguh dia tidak rela dan terima, andai lelaki muda itu betul-betul meninggalkan dirinya untuk selamanya. Dia tidak boleh bayangkan kehidupannya kelak bila tiada Ryunosuke di sisinya.

"Heh berhenti lah menangis! You know I don't like to see you cry Sugar! I'm okay now.Stop worrying about me. it's all over... at least we can save one person from all the people who died!" Kata Ryunosuke perlahan sambil mengusap kedua belah pipi Aiko.

"Tapi awak hampir.."

"Tapi benda tu tak terjadi kan! Jadi kita lupakan. Oh ya ni rumah orang tua putih tu lah kan!" Potong Ryunosuke sekaligus bertanya tentang kediaman yang mereka tempati.

"Ya! Ni rumah yang mulia Penyihir Agung. Tapi kenapa awak panggil dia orang tua putih?" Soal Aiko lalu mindanya cuba mencerna sebab kekasih memberi gelaran tersebut.

"Dia kan dah tua bangka apatahlagi rambut dia dah bertukar warna. 100% putih! Itu lah kenyataannya." Kata Ryunosuke selamba lalu bangkit dari katil. Apabila dia terdengar suara ketukan dari pintu masuk.

Dia mengucap terima kasih kepada seorang pembantu rumah yang telah memberi dia dan Aiko sepasang pakaian. Setelah menerima pakaian tersebut, dia kembali menutup pintu dan menyerahkan satu set pakaian wanita kepada Aiko.

Setelah itu, dia mengenakan pakaian yang diterimanya bila melihat kelibat Aiko yang telah memasuki ke bilik air untuk membersihkan diri.

Dia agak membetulkan sedikit kolo baju kemejanya. Dia membetulkan penampilannya yang kini telah lengkap menggunakan satu set pakaian kasual.

Kemeja lengan panjang berwarna biru cair bersama seluar hitam. Aiko keluar dari bilik air semasa dia sedang melipat lengan kemejanya sehingga ke paras siku.

Dia tersenyum manis melihat kecantikan Aiko yang mengenakan gaun panjang yang sama warna dengan bajunya. Biru cair.

"Cantik! Tak pernah tak cantik." Puji Ryunosuke yang kini berhadapan dengan Aiko. Tangan lembut milik Aiko bermain di butang kemejanya.

"Kenapa awal tak pasang butang baju sampai atas! Awak memang nak bagi orang lain tengok dada awak ke?" Tegur Aiko yang geram melihat pakaian Ryunosuke yang disengajakan membiarkan tiga butang teratas tidak di pasang.

"Panas Ai. Bukan nak tunjuk pun. Kalau tertunjuk. Saya rasa tak akan ada yang berani pandang dekat saya. Awak sebelah saya pun dah cukup bagi diaorang takut. Ibarat awak ni malaikat pencabut nyawa!" Sengih Ryunosuke kepada Aiko yang masih muncung. Dia tidak berani mencegah gadisnya yang kini sedang membetulkan pakaian. Walaupun dia merasa panas tapi dari mendengar bebelan sepanjang hari baik dia terima je asalkan benda tu tidak menyusahkan. Tapi selalunya memang menyusahkan kan dia pun! 

Kini mereka berjalan berganding tangan, tanpa menghiraukan pandangan para pembantu di kediaman penyihir agung. Kerana Ryunosuke tahu bahawa semua penghuni di sini telah mengetahui jati dirinya yang sebenarnya.

Kini mereka tiba di meja makan, di pandangan mata, terlihat dua orang wanita dan 2 orang lelaki yang sedang duduk sambil menikmati sarapan mereka.

Salah seorang dari mereka menyedari kehadiran Ryunosuke dan Aiko lalu bangkit dari duduknya.

"Syukur lah kamu sudah sedar nak! Bonda berterima kasih pada kamu kerana sudi melindungi anak kedua bonda yang nakal ni." Ucap ratu bagi kerajaan WhiteFairy yang merupakan ibu kandung kepada Aiko dan isteri sah kepada Ayato. Mitsuko Hayashi.

"Bonda!!!" Jerit Aiko yang tidak terima dipanggil anak nakal. Ryunosuke hanya tersenyum kecil di samping Aiko manakala Mitsuko tertawa kecil melihat sikap anak gadisnya yang malu.

"Kemarilah Ryu, duduk di hadapan bonda. Kamu pasti sudah lapar. Abaikan anak bonda tu." Pelawa Mitsuko pada Ryunosuke tanpa nia mengajak Aiko turut serta bersama mereka.

Aiko kembali muncung sambil menatap tajam ke wajah Ryunosuke yang kini salah tingkah. Malah pemuda itu tidak tahu mahu menghadap kedua situasi yang cukup memeningkan kepalanya.

"Kenapa bonda tidak ajak Aiko sekali! Aiko pun belum sarapan lagi!" Kata Aiko dengan tidak puas hati tapi dia tetap mengikut langkah Ryunosuke yang sedari dia memeluk lengan kanan milik pemuda itu.

"Buat apa! Kamu kan dari tadi tak lepas pegang tangan Ryunosuke. 

Kalau bonda ajak Ryu secara tak langsung kamu akan datang! 

Kerana kamu memang tak pernah regang sedikitpun dengan Ryu. Walaupun dalam masa 1 detik!

Jadi nak jimat tenaga mama hanya ajak Ryu sahaja." Terang Mitsuko dengan tenang dan tidak lupa senyum manis tapi bagi anak gadisnya senyuman itu merupakan senyuman mengejek.

Ryunosuke menarik kerusi untuk Aiko terlebih dahulu, setelah Aiko mengambil tempatnya. Baru dia duduk di sebelah Aiko yang masih tayang muncung. Nampaknya dia perlu senyap untuk ambil tindakan berjaga-jaga.

"Nee Ryu. Kamu mahu makan apa. Biar bonda ambilkan. Harapkan Aiko sampai ke sudah piring kamu tidak akan terisi." Kembali Mitsuko mencurah minyak ke anak gadisnya sendiri. Dia sengaja melayan bakal menantunya dan membiarkan anaknya yang kini sedang tersalut emosi kesal dan cemburu.

"Ermm anything is possible Bonda! Ryu okey je apa pun yang di hidangkan oleh Bonda untuk Ryu. " Balas Ryunosuke dengan niat menjaga hati bakal ibu mentuanya tanpa dia sedari, niatnya itu di salah erti oleh Aiko.

Ryunosuke hampir terjerit bila merasakan kaki kanannya dipijak kejam oleh Aiko yang mengenakan sepasang heels tinggi yang bermuncung tajam.

Dengan riak yang cuba di kawal, Ryunosuke menoleh kearah Aiko yang kini sedang menatapnya tajam. Sungguh dia tidak tahu mahu melakukan apa. Lidahnya kelu seribu bahasa.

'Kenapa perempuan cepat nau naik hantu! 

Padahal benda kecik je kut! 

Aku betul-betul tak faham dengan namanya PEREMPUAN!' bisik hati kecil milik Ryunosuke, dia hanya mampu menangis dalam diam.

Padahal dia baru je pulih sepenuhnya, malah tadi gadisnya itu cukup memberi perhatian dengan penuh manis. Tapi kini sebaliknya, pelakuan yang dia dapat seakan di anak tirikan.

Ryunosuke tersenyum bile pandangannya bertembung dengan pandangan milik Ayato. Dia melihat rakan ayahnya itu hanya memintanya untuk bersabar dan tidak lupa untuk mengatakan kesian padanya.

Nampaknya bakal ayah mentuanya itu tidak mahu menolongnya mungkin takut situasi yang sekarang berbalik kepada dia kembali.

"Aiko boleh layan bakal suami Aiko. Bonda pergi layan Ayahanda. Kesian Ayahanda tunggu bonda layan." Pantas Aiko bangkit lalu mengambil alih tugas Mitsuko untuk melayan Ryunosuke. 

Tanpa bertanya, lincah dia mengambil beberapa juadah kesukaan Ryunosuke ke pinggang milik lelaki itu. Setelah selesai, dia jugak mengambil satu gelas air putih dan meminta pembantu rumah untuk menyiapkan satu teh tanpa gula untuk Ryunosuke.

"Makan lah Ryu. Awak perlu pulihkan tenaga awak!" Arah Aiko kepada Ryunosuke yang hanya mengikut tanpa membantah. Apatahlagi lagi melihat senyuman iblis yang sedari tadi hadir di bibir manis Aiko.

Sarapan mereka berlangsung tanpa sebarang bicara sehinggalah mereka dihidangkan dengan pencuci mulut.

Mata Aiko bersinar bila melihat satu piring puding caramel yang terhidang cantik dan menggoda di hadapannya.

Apatahlagi dia dapat dua pinggan, satu lagi puding berasal dari Ryunosuke. Ryunosuke memberikan puding kepunyaannya kepada Aiko. Kerana tahu bahawa gadisnya tidak akan cukup dengan satu puding. 

Apatah lagi puding caramel merupakan salah satu kesukaan Aiko. Dia pun tidak terlalu gemar dengan makanan manis selain makanan pedas.

Jadi dengan senang hati dia memberikan puding tersebut kepada Aiko yang kini terlihat bahagian.

Namun begitu, dia tetap dihidangkan beberapa manisan oleh tuan rumah walaupun di tolok secara halus. Akhirnya Ryunosuke menerima jugak sepinggan kek tiramisu.

Tapi dia hanya mampu menghabiskan 2 sudu teh selebihnya dai menyerahkan kepada Aiko yang siap menerima manisan tersebut dengan lapang dada.

Ryunosuke tersenyum lucu bila melihat telatah Aiko yang kini telah okey hanya kerana menerima manisan yang boleh kerap dia dapatkan di istana. Tapi gadisnya tetap menikmati makan tersebut seakan jarang ditemuinya.

Apatahlagi makanan itu dia perolehi secara PERCUMA! maka dia lah manusia yang paking bahagian.

"Adakah kamu sudah selesai dengan makanan kamu! Kalau ye ikut saya ke bilik kerja. Ada sesuatu yang ingin bincang dengan kamu. Hanya berdua." Kata Sasuke sambil menatap serius kearah Ryunosuke.

Ryunosuke hanya menganggukkan kepalanya lalu mengikut langkah penyihir agung meninggalkan meja makan setelah di beri kebenaran oleh Aiko.

Setiba mereka disana, Sasuke meminta Ryunosuke untuk duduk di hadapannya. 10 minit mereka hanya pandangan diantara satu sama lain tanpa memulakan bicara.

"Satu energy kegelapan yang cukup kuat dalam badan kamu dikunci. Adakah kamu tahu pasal tu Ryu!" Tanya Sasuke terus ke topik utama.

Ryunosuke terdiam, dia tidak menyangka bahawa orang tua di hadapannya itu mengetahui akan ketukan yang berada di dalam dirinya. Kerana itu dia hanya bersikap jujur tanpa menutupnya lagi. "Ya! Tapi itu bukan sekadar energy tapi jugak ketukan untuk saya!" Ujar Ryunosuke dengan wajah lesu.

Sasuke hanya menganggukkan kepalanya tanda dia faham dengan apa yang diucapkan oleh pemuda itu. Dia tahu akan sala sila keturunan Nishimura yang dulu mengamal sihir hitam. Tapi pada perubahan zaman, keturunan itu tidak lagi menggunakan kekuatan tersebut apatahlagi peperangan antara negara sihir telah pun berakhir.

Tapi malangnya, keluarga itu akan tetap terikat dengan kekuatan tersebut cuma hanya beberapa keturunan lelaki sulung yang akan memperoleh kekuatan tersebut.

Dan untuk kes Ryunosuke, merupakan hal baru kerana Ryunosuke merupakan anak pertama dari anak kedua Nishimura. Sebelum pemerintahan Ayahanda Ryunosuke, Ryutaro Nishimura merupakan anak kedua bagi pasangan raja dan permaisuri pada masa terdahulu. 

Oleh itu, dia mempunyai seorang abang yang sebenarnya merupakan pewaris sah. Tapi di atas sebab tertentu, tahta raja yang sepatutnya dimiliki oleh anak pertama jatuh kepada Ryutaro yang merupakan anak kedua.

Dan melalui hal seperti yang dihadapi oleh Ryunosuke, kemungkinan anak pertama dari keturunan Nishimura tidak memiliki keturunan kerana telah mati ataupun anak pertama tersebut tidak memiliki anak lelaki tapi sebaliknya perempuan.

Oleh disebabkan itu, kekuatan itu jatuh kepada Ryunosuke yang merupakan anak sulung bagi Ryutaro bersama isterinya Ariana Nishimura.

"Kamu tak boleh pandang remeh denagn kutukan itu Ryu.

Kamu kene cari cara, agar dapat mengawal ketukan itu daripada kekuatan itu yang mengawal kamu kelak.

Kekuatan itu sangat kuat. Bahaya dan mungkin pihak yang tak berwajib akan tertarik bila mengetahui tentang kekuatan kutukan yang kamu meliki itu Ryu.

Akan sangat bahaya andai kekuatan itu jatuh pada tangan yang salah!" Terang Sasuke dengan penuh terperinci. Dia perlu menyedarkan akan resiko tentang ketukan yang dimiliki oleh anak muda itu.

Satu kutukan yang mampu membinasakan kesemua kehidupan dalam masa 1 detik.

Bukan itu sahaja, kekuatan yang tertanam di dalam tubuh Ryunosuke merupakan kunci bagi kebangkitan kerajaan kegelapan yang telah lama di hapuskan.

Kerana tidak mahu masa depan hancur, maka dia perlu mengambil langkah agar dapat mengelakkan bencana yang telah dilihatnya kelak.

"Sampai ke hari ni! Saya masih tidak ada jawapan untuk masalah ni.

Walaupun kekuatan mana dan kekuatan fizik telah pun sampai tahap sekarang. Tapi benda tu hanya sia-sia.

Saya masih tidak dapat mengawal ketukan tu. Malah kekuatan tu makin membesar.

Kekuatan tu! Seakan membakar saya dan jujur. Kekuatan itu mampu menghilangkan sepenuhnya kewarasan yang saya miliki.

Tapi cukup pada untuk sekali! Saya akan cuba mencari jalan tentang kutukan ni." Ryunosuke tertunduk. Dia sendiri bingung dengan masalahnya. Apatahlagi masalah yang dia dapat makin hari makin bertambah.

"Dan oleh sebab itu! Izinkan saya melakukan misi yang berkaitan dengan hutan larangan." Itulah apa yang difikirkan sedari dia mencelikkan mata lagi.

Dia perlu memperkuatkan lagi fizik tubuhnya serta mengasas ilmu sihir yang dia miliki kecuali perihal ketukan yang dia miliki.Sihir yang itu akan dia cari cara yang lain.

"Kamu yakin! Hutan yang kamu maksudkan merupakan lokasi para moster yang memiliki kekuatan paling tinggi.

Kalau kamu mahu mulakan misi, lebih selamat mulakan dari bawah nak." Kata Sasuke yang sedikit risau akan keselamatan anak muda tersebut. Walaupun dia tidak perlu risau kerana Ryunosuke merupakan sihir di kelas 1.

"Tak perlu, saya ada sebab kenapa nak jalankan misi di sana dan saya harap, perkara ni tidak sampai ke telinga Aiko. Dah pasti dia tidak akan memberi izin pada saya." Ucap Ryunosuke tersenyum hambar. Dia runsing memikirkan hal Aiko. Dia yakin gadis manisnya itu akan membangkang sehabisnya dengan niatnya. Walaupun itu lah jalan yang dia perlu tempur.

"Baiklah. Kalau itu jalan yang kamu pilih. 

Saya beri keizinan pada kamu.

Untuk hal lain yang berkaitan Aiko dan academy akan saya tolong kamu dan rahsia kamu ke sana akan saya amankan." Akhirnya Sasuke memberi kebenaran. Mungkin ini yang terbaik untuk pemuda itu. Walaupun jalan yang dia pilih memiliki bahaya di hadapannya.

"Terima kasih. Saya tahu awak seorang yang baik.

Walaupun kamu sering berpenampilan muda tidak sebanding dengan umur kamu sebenarnya.

Mungkin perminat kamu akan Menangis histeria bila mengetahui kebenarannya. Sangat mengharukan." Ucap Ryunosuke dengan tersenyum senang. Entah kenapa, dengan penyihir agung dia tidak menunjukkan sikap kesopanan apatahlagi orang dihadapannya merupakan orang yang disegani oleh seluruh kerajaan.

"HAHAHAHAHA! seperti kuah tumpah ke nasi. Kalian berdua mempunyai sikap yang sama." Kata Sasuke dengan tawa yang kuat. Kini terubat sedikit kerinduannya pada anak didiknya yang telah tiada.

"Nama pun anak beranak!" Balas Ryunosuke lalu teruk tertawa bersama. Seketika hatinya tenang tanpa memikirkan segala masalah yang kini dihadapannya. 

Untuk saat ini, dia akan meluangkan masa bersama Aiko tanpa memikirkan segala masalah yang kian mengasak mindanya. Ya dia pun perlukan rehat sebelum menghadapi cabaran yang akan dia terima dari masa ke masa.

                                  


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C15
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン